::Choice in ur hands!!!::

Saturday, 28 July 2012

::Puding Roti special::

Yang ni memang special!!!
1. Khas utk mak yong - adinda ipaq yg bakal melahirkan anak sulung sooonnn!!! *mummy long yg tak sabaq*
2. Sebab sedapppp!!! Sebab errr *cikCt bleh rasa masa buat*..ehehehe..

Resepi puding roti saya;
Roti dipotong 4
Butter
Susu pekat bancuh dalam 2 gelas (agak2 kemanisan)
Telur (sebijik pun cukup)
Kismis (optional)

Grease loyang
Sapu butter pada roti
Susun dlm loyang
Tuang susu
Tuang telur pastu tekan2 bg dia meresap.

Bakar dlm oven. 140dgree dlm 25min..
Dah siap...

Tak yah makan dgn kuah kastard sbb dh sedap! Simple kan..

Monday, 23 July 2012

::No more diaper::

Err terlambat nak ucap syabas dkt Aqeel sbb dh pandai buat 'bisnes' kat toilet..tapi kan ada 1 lg masalah..macam mana potty train time tido? Skrg ni bila tido je mesti pakaikan diaper lg..rutin sebelum tido mmg la dia dh buang air kecil siap-siap tapi mesti nak jugak sebotol susu..kalo dah sebotol susu tu faham jela..mau 2-3 kali jugak episod membuang air tu..tak sanggup mama nak membasuh, menjemur tilam hari-hari..

Ada tips tak?

::It's a sensitive question::

Tolong jangan tanya orang bila lagi nak tambah anak ye..sama macam awak tanya pada org yg dh lama kahwin bila nak dapat anak? Soalan sensitif tu.. Awak tak tau mungkin dah susah payah dia berusaha dan menghadapi ujian itu awak bercakap seolah-olah awak hebat sebab ada 2,3 lebih dari seorang anak.. Tak sedarkah awak yg apa Allah beri itu ujian pada kita? Saya diuji Allah dengan diberi 1 anak, awak diuji dengan 2,3 lebih dari sorang anak..owh, mudah berkata sebab awak senang je dapatkan.. Dan senang pulak mnghakimi anak saya begitu begini sebab takde adik.. Hebatnya anak awak kan pandai serba serbi sebab ada kawan di rumah..

*i dont need negative aura around me*
*i'm trying to be cool*
*i'm trying to be positive but negative people should learn this*

Sunday, 22 July 2012

::Frozen lauk pauk; tips jimat masa::

Ibu-ibu yg bekerja dan yg takde maid terutamanya mcm cikCt, bulan pose kalo tak bersedia betul2 mmg kelam kabut.. Time bulan puasa ni kalo boleh semua nak cepat, jimat sebab masa yg ada sebaiknya digunakan utk beribadah..(target nak khatam Al-Quran bulan ni n perbanyakkan amalan)

So, harini saya dah siapkan bahan-bahan masakan disejukbekukan.. Base utk lauk pauk pun dah siap..Lega rasanya... Kira utk seminggu ni dah lepas la..Rasanya semua mak2 pun buat camni kan..

Apa yg cikCt siapkan;
- bawang merah / besar blend
- bawang putih blend
- halia blend
- cili blend

CikCt blend guna food processor..kalo pakai blend biasa kena tambah air kan nnt bawang byk air tak best..pakai food processor tak payah masukkn air..:)

Lauk pauk yg dah siap masak n frozen;
- kari ikan
- sambal tumis
- sambal kering ikan bilis
- kuah masak lemak cili api

Biasanya bila nk frozen kan lauk pauk ni, masakla rempah2, cili blend tu lama sikit..biar masak sempurna..macam kari tu takmo ltk santan lg pun takpe tp nak ltk pun tkde masalah..

Lauk pauk basah beli sikit je sbb Bukit Sentosa ni jauh dari laut..yg sampai sini semua dah tak fresh sgt..Setakat makan tiga hari ok la..jadi, cikCt dh sorting siap2 ikan tenggiri, ikan kembung, sotong n udang..

Sebelum pegi keje turunkn lauk n kuah tu dr freezer letak pd ruangan bawah.. Balik nnt dh defrost terus je masuk dlm periuk..:)

Lps tu, tambah je la sayur2an..lepas ni kita buat kuih frozen pulak ye..

Tips mommies yg lain camne pulak?

::Diaper free challenge::

Budak umur 3 tahun ni mmg dh diaper free.tapi time siang je.malam blum success lg.bila tido kna la jgk pakaikan...camne ye nk praktis diaper free time tido plak? Mommies bleh share tak?

Saturday, 21 July 2012

::*drooling*; Maclaren Quest 2012::

The best part is, this new collection comes with new image..It can be fully reclined using one hand only...so, it is suitable for newborn n comfortable for a toddler..err, sampai umor brapa la Aqeel nak duk dlm stroller?! selagi mama papa suka berjalan..

*drooling* i'v checked several stores in Malaysia n they still don't have this collection..*sob,sob*..

Errr, thinking of letting go our Maclaren Quest Sport..

::rinduuuu Tepeng badly::

Dah lamanya tak balik!!!!
Rindunya dkt mak saya!!!!
Jelesnya tengok orang balik kampung awal-awal Ramadhan ni!!!!

::Sahur 1 Ramadhan::

Healthy n simple!!
Some said, why do u hav to snap the pics before eat? I said, i like to do it coz i hav camera..:)

::Ramadhan is here::

Thursday, 19 July 2012

::KWSP@EPF - amaun pengeluaran apabila memilih skim pencen..

::Utk gov servant::

Tiba-tiba cerita epf..:) nak tau kenapa? Sebab sepatutnya bulan ini mungkin menjadi bulan terakhir cikCT mencarum epf..itupun kalo takde hal lah..yg hairan bin ajaib kawan2 yg masuk sama,yg dpt surat pengesahan perkhidmatan dan kelayakan masuk skim pencen sama2 dah 2 bulan stop dr mencarum..Apahal kita masih blum stop lg?! *emo jap*

Kenapa EPF? Bagi pegawai kerajaan, mmg diwajibkan mencarum dlm EPF.slps 3tahun atau lebih tepat setelah anda disahkan dalam perkhidmatan, (kes saya skrg sudah 4thn), kita diberi opsyen nak masuk skim pencen atau teruskan mencarum..kalo nak masuk skim pencen maka bolehla ambil sebahagian duit dalam akaun tu kan..:) *sengih lebaq*

Berapa banyak yang boleh ambil? Jangan ko berangan nak ambil semua dlm akaun 1 tu ye..hihihi..Amaun yg boleh ambil hanya 45% daripada total amaun (akaun1&2)..lagi 55%?! Ko kena pulangkan le semula pd kerajaan...huaaahuaa...kalo tak nnt dia nyanyi lagu Pulangkan Maya Karin baru tau...

Anyway, kebaikannya bila EPF saya masih blom stop hingga sekarang ialah simpanan dlm epf saya lg byk la kan dr org lain..hihihi...*mula berangan lantu*...

Ok moga boleh bagi pengetahuan buat anda2 yg sedang cari info..:) anda dh update i-akaun blom?!

Wednesday, 18 July 2012

::ISLAMIC Boardbooks For Kids::

10 Islamic boardbooks;
1.Allah Makes Us
2.Allah Makes Apples
3.Allah Makes Cats
4.Allah Makes Flowers
5.Allah Makes Birds
6.Allah Makes Trees
7.Allah Makes Fish
8.Allah Makes Mountains
9.Allah Makes The Sun
10.Allah Makes Our World

RM185/set
Sms/whatsapp CikCt: 0125690320

::Cambridge Placement Test:;

Semalam kami amik exam CPT ni le..as required by our department..Takde ape yg susahnya kalo dah memang u all terer, so kacang jela..

tapi....cikCt rasa susah jugak..why?huhu, dh berkarat since teaching those students who refuse the language..n english is not second language for them but a foreign language!!!

The listening part was terrible for me..Huhu..
Anyway, I'v done my test and wait for the result...
I'v more things to do rather than think about this test..*bunyi macam org pasrah je kan*

Tuesday, 17 July 2012

::ABC Acai Berry?!::

Tadi cikCt baca link dikongsi rakan alam maya mengenai produk ajaib utk kuruskan badan ni. CikCt tertarik nak baca sbb produk ni byk dikongsi di fb.. Mmg tgh famous la ni.. Link yg dikongsi ialah

http://www.fda.gov/Drugs/ResourcesForYou/Consumers/BuyingUsingMedicineSafely/MedicationHealthFraud/ucm276098.htm

Anda mungkin tak dpt bukak link ni sbb cikCt online dgn hp..tp ia sumber boleh dipercayai dr website fda.gov. Rasanya semua tau apa itu fda kan...

Ia beracun!!
Produk ini telah pun ditarik balik di katanya kerana beracun..bacalah sendiri...

Monday, 16 July 2012

::Ice Age 4::

Weekend kami kat OU saje..checked in kat One World Hotel lps tu nak shopping kononnya tapi tak sronok la..bukan ada sale sangat pun plus pilihan tak banyak..So, papa bawak pegi tengok Ice Age 4...dah online booking awal2 lagi dkt rumah, n print tiket sendri..Aqeel excited nak tengok tiger..
Keluar dari bilik hotel after maghrib maka bergegas la anak beranak berlari marathon..jauh tu..hihi..mujur perut dh kenyang..:)
Overall, ice age 4 best!!! Tapiii utk budak transformers ni, dah nak ujung2 cerita boleh plak dia tanya bila mau habis..cer kalo tengok transformers, tak berkelip mata tu..

Monday, 9 July 2012

::Weight gain::

I'm putting on weight successfully!!!!
Kahwin 2008 - 43kg
Pregnant 2009 - 61kg
Lepas bersalin 2009 - 46kg

Now after 3 years
2012 - 54kg

Okla kan..chubby sikit!! Kalo tak melayang kena tiup angin!!

::Weekend @ Genting Strawberry Farm::

Jom santai2 di Genting Strawberry ais Leisure Farm..:) dekat je dgn umah kami..:) farm ni dekat Gohtong Jaya je..tak sampai atas puncak pun..sambil tengok strawberry, minum strawberry ice blended...free entrance..bayar masa dh pluck stoberi.. Kami tengok mushroom, giant pumpkin...jom layan gambar....

::A.q.e.e.l.H.a.z.i.q ~ anak soleh::

Semoga Aqeel Haziq menjadi anak yang soleh. Yang sentiasa mendoakan ibu bapanya.

thank you Allah. He bestowed us with a great gift, blessings and loves..

Saturday, 7 July 2012

Friday, 6 July 2012

::Weekend @ The Royale Chulan, KL::

Just got ME time to update..:) last weekend, I had LADAP ended at 2:30p.m..huhu...a bit stressful..:( ok, forget about it.. We just had a wonderful weekend at The Royale Chulan, KL again!! Hehehe...

Mr.H booked a deluxe room..However, upon our check in, they upgraded our room to executive deluxe for FREE!!! Hehehe..return customer...

Aqeel had a wonderful day..berendam dalam air sampai kecut!!

The next day, we boarded on KL Hop On Hop Off bus and here we go...let's go round the city..Alright, I'll share in my next post..
Enjoy the pics;