::Choice in ur hands!!!::

Tuesday, 17 September 2013

::baby D.....A....::

Tak tau la ni confirm ke tak tapi rasa2 memang nak decide D...A... Ilham tu dtg masa tido.. Jadi, mama suka je.. Papa? Suka jugak la kut.. XX ke XY? Seprais!!!!! Hehe...

::medela freestyle::

Ni antara wish utk yg second ni.. Nak try medela freestyle breastpump.. Masa Aqeel, mama guna manual avent and spectra 3.. InsyaAllah bulan dpn la kut.

Lepas tu nak cari convertible car seat.. Dalam plan jangka panjang, nmpk macam mama jgkla yg akan keluar hantar aqeel pi skolah pagi2. So, mstila angkut baby kan.. Sementelah kami dh letgo baby car seat yg lama so carila yg baru kn..

Tggu bulan dpn jugaklah..

::32minggu::

Dah 32minggu.. Ikut calculation mmg ada lebih kurang 6-8 minggu lg sblm bersalin. Tapi kalo menurut pengalaman dgn abang Aqeel, tinggal lagi 4 minggu..
Honestly, nampak je mcm Mama ni cergas ke sana sini, sihat tapi hakikatnya Allah je yg tau.. Dah tak boleh tido, tak boleh baring..nak tunduk, nak jalan jauh2, semua rasa letih..sakit.. Redha la dugaan ujian Allah bagi.. Lain org lain rasanya lain pengalamannya.. Kalo boleh blk keje nak rehat nk baring nak tido..kalo boleh nak tiap2 malam org urutkan pinggang yg sakit..perut yg ketat sendat.. Itu semua kalo boleh..
For the past three weeks, i had hectic days.. Keluar masuk rumah, masak pagi2, fikir lunch n dinner and so on for other people..moga2 Allah permudahkan urusan bersalin nanti..

Preparation baby, baju2 je la dh basuh..beg belum packing.. Beg mama pun tak sempat lg nk pikir.. Abg Aqeel plak makin hari makin meragam.. Bukan baby dlm perut je buat mama tak tido mlm, dia pun sama..ada je hari tak sihat.. Bila tak sihat, mama pun tak boleh tido lena.. Asyik terjaga utk observe dia pukul 3-4pagi saat org lain lena dibuai mimpi..

Sunday, 7 July 2013

::Phuket Fantasea::

Alhamdulillah rezeki dapat menjejakkan kaki di negara jiran..Kalini pi Phuket tp tak banyak sgt berjalan..setakat mlm tadi, pergi tengok show di Palace of Elephants Phuket Fantasea ..

Banyak sebenarnya aktiviti boleh buat kat Phuket ni. Tapi dengan mak buyung bawak perut 5bln ni, berpada-padala....yep, mmg kalini saya sungguh tak rasa cergas mcm pregnant Aqeel.. Asyik nak tidur n baring aje.
Kami stay dekat Tune Hotels Patong. Ada masjid dan restoran muslim..boleh jalan kaki saje..tp biasanya cari makan encik suami yg amat mithali tu la akan keluar.

Semalam ke Phuket Fantasea, kami tgk satu show yg sungguh WOW...amazing.Sebelum tu kami makan malam di situ jugak.ada 1 hall yg besar dan makanan,minuman halal semua di satu section yg khas..jgn risau sbb cutlery, pinggan mngkuk semua diasingkan.ada halal cert lg diletakkan disitu.makanan sedap2 belaka..

Show start pukul 9mlm...rasanya hampir 10,000 penonton dalam hall tu.tapi jgn harap nak amik gambar walopun korang berjaya sneak in kamera handphone..sbb camera police is everywhere. Show tu melibatkan manusia, gajah, harimau, burung, ayam, kambing, kerbau..memang kagum semua penonton tgk..pandainya gajah2 beraksi dlm pementasan tu. Kagum tgk mcm mana mereka boleh latih sekumpulan burung boleh pulak terbang dlm hall tu.. Sampaikan si Aqeel yg mula2 takut sbb bunyi yg kuat terus teruja bila tengok gajah2 buat show.

Habis show around 11..beratur nak balik naik minivan..tp sistem di situ mmg efisien..tak kalut pun..queue up, pastu tunjuk tiket nk balik mana, nnt naik minivan..sampai hotel pukul 12mlm.








Monday, 1 July 2013

::21 weeks already::

Alhamdulillah, my little bun is 21 weeks already.. Wonder what he/she is doing now in tummyland.. :) hopefully you are growing healthily darling..

Sunday, 30 June 2013

::membuang sawang::

Assalamualaikum,
Lamanya tak menulis kan.. Sekarang baru tahu macam mana sibuknya saya dgn macam2 sistem pendidikan yg baru ni.. Dan lagi satu mungkin hormon dah berubah membuatkan saya tak berapa minat nak mengadap hp/laptop ke nak menaip cerita2..:)

Happy news #1
Ok, sekarang cikct dh masuk trimester kedua. Dah 5 bulan.. Perut dah nampak dan paling ketara pinggang dah stat sakit.. Tanda kekurangan kalsium yg ketara. Makan? Masih belum berselera. Doakan moga baby kami sihat2 saje ye.boy or girl kami tak kisah.. :)

Happy news #2
Alhamdulillah, buat pertama kali saya pohon pertukaran ke tempat bertugas yg lebih hampir dgn rumah, dan dengan izin Allah ia telah diluluskan. Yahoooo!!!!! Memang rezeki baby sebab alasan utama saya tak larat sungguh berulang jauh2 dgn keadaan jalan yang berbukit bukau dan lubang sana sini..Sekarang masih menunggu surat pertukaran dari jabatan. Sedih nak meninggalkan tempat lama tapi itukan adat pertemuan. Semoga tempat baru memberi semangat dan inspirasi kpd sy agar bekerja dgn lebih kuat.

Itu sahaja bebelan cikct..:)

Rindu teman2 blogger...:)

Tuesday, 14 May 2013

::6/5/2013 kembali lagi::

6/5/2013 mungkin tarikh biasa..oh, bg Malaysia tarikh penting juga.sehari slps pilihanraya umum.

Tak tahu bagaimana nak dimulakan bicara, samada ni suratan atau kebetulan tetapi sesungguhnya ini ujian maha hebat buat kami. Ya, sekali lagi diuji dengan perkara yg sama. Allahuakbar.

3 tahun yg lalu, tarikh ini jua, ayahanda tercinta meninggalkan kami menghadap illahi. Kami redha setelah pelbagai dugaan, kesakitan beliau alami akibat Nasopharyngeal Carcinoma.

Sekali lagi tarikh ini jua menentukan berita yg tidak bagus bagi kami. Ya Allah, kau uji lagi kami dgn perkara ini. Namun hati ini redha. Faham kerana setiap ujian menandakan Allah sayang dan kasih pada kita. Cuma kadangkala terdetik jua bolehkah kami menghadapi cabaran dugaan ini dengan sabar?!

Ibu mertua cikct pulak dikesan mempunyai ketumbuhan di belakang hidung. Sama seperti arwah abah dulu. Rawatannya cuma radioterapi. Ya itu menurut doktor.

Harapnya mak cepat sembuh. Mak, kami sayang mak...