::Choice in ur hands!!!::

Sunday, 6 June 2010

::sebulan dia pergi::

Genap sebulan abah pergi tinggalkan kami..
sesaat pun tak pernah kami lupa..
setiap hari topik perbualan mesti tentang abah..tidak kira bersama Ma, Along malahan anak2 saudara jugak asyik mengimbas kenangan bersama Abah.
setiap hari jugak mmg aku tatap wajah beliau...
setiap hari kukendong gambar2 abah semasa hari aku grad, aku kawen utk ditatap..
dan setiap kali itu juga aku bacakan al-Fatihah utk abah..

Mimpikan abah datang tersenyum merupakan mimpi paling indahku..Terima kasih Allah kerana masih menemukan kami dalam mimpi..Abah datang dengan baju kemeja yg sgt kemas dan rambut bersisir rapi..badan tegap berdiri..:)
Ramai yg mengelilingi abah sepertinya bekas anak2 murid beliau..Ya Allah, tenanglah Abah disana..Bahagialah abah disana...satu hari nnt kami akn menyusul Abah...

Pusara Abah bersebelahan ahli syurga..ya, seorang anak kecil baru berusia satu hari..
Teringat kenangan anak2 saudara yg masih teringat Abah Tok yg tak jemu melayan kerenah cucu2 setiap kali musim cuti sekolah.
Antara kata2 mereka:
"Abah Tok selalu bwk kami naik motor..Pegi mkn roti canai dan minum teh tarik"
"Abah Tok mesti tanya nak makan apa harini"

satu hari sikecik Sophea Al-Iman pulang dari sekolah..Darjah 1..dgn muka monyok bertanyakan mummy(Along cikCT);
Iman:bila daddy nak balik dr assignment??
Mummy jawab:"harini..kenapa, Iman dh rindu daddy ke?"
Iman:Tak sangat..tapi Iman lebih rindukan Abah Tok..
sebak sungguh dada along
Mummy:Kalau Iman rindu, Iman bacakan Fatihah pd abah Tok..kena rajin solat..dan doala moga satu hari berjumpa di syurga..
Iman:Kenapa dah tak boleh jumpa sekarang?(sambil mata sudah berkaca) Abah Tok dah tak sayang Iman ke?
Mummy: Iman tak ingat ke Iman hantar Abah tok masa di kubur haritu??Sekarang Abah Tok tgh berehat disana..
Iman:terdiam seketika..
Mummy:kenapa Iman rindu sangat?
Iman: Iman rindu sangat sebab Abah tok selalu manjakan Iman sangat.....

Itulah nilai kasih sayang cucu n atok yg tidak berbelah bagi...hmm, kanak2 mmg sgt memahami..jiwa halus mereka boleh menilai siapa yang menyayangi mereka dengan ikhlas...

No comments: