::Choice in ur hands!!!::

Tuesday, 21 August 2012

::Laksam Terengganu @ Tepeng::

First day raya cikCt buat laksam. Menetap selama 3thn di Kuala Terengganu mestila belajar masakan Terengganu from local friends..Nak buat laksam ni yg lecehnye nak membuat kuetiau..kuah kejap aje..:) resipi kuetiau pun ada macam2..sukahatila nak cuba yg mana..ada yg cikct belajar tepung beras campur tepung gandum n jagung sikit..tp yg ni kalo sejuk atau sedikit tebal, kuetiau tak berapa licin n jadi tak lembut..first day buat guna resipi asal ni..
tp my mom said tak bape kick la..tak lembut sgt..so, second day haritu cikct try buat buh santan sikit..n tak guna dh tepung gandum..utk kuah pulak cikct guna ikan sardin..saje pilih ikan sardin sbb lebih sedap tau..:)

Resipi utk laksam;
3cawan tepung beras
1cawan tepung jagung
1cawan santan
4cawan air suam
1sk garam
*campurkan semua bahan n gaul.Bancuh hingga semua sebati.Teksturnya mesti cair saje.jd lebih baik masukkan air sikit2 ye.
Rehatkan sekejap bancuhan tadi dlm 30min. Sambil tu boleh prepare kuah.:)

Sediakan pengukus dan tudung periuk.
Tuang sesenduk ats tudung periuk yg telah disapu minyak sedikit dan kukus hingga menggelembung atau 1-2min..dah siap, angkat n tggu kejap sebelum gulung. Ulang lg hingga abih bancuhan tepung td.

Kuah laksam;
1kilo ikan sardin direbus dgn asam keping
10 ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1/2 inci halia
1sk lada hitam
1batang serai
2keping asam
2cawan santan pekat@1kotak santan
Air rebusan ikan
Garam

Ulam-ulaman
Daun kesum
Bunga Kantan
Timun
Taugeh
*hiris halus kesemua bahan ini*

Sambal belacan;
Cili, belacan, garam, perahan limau

Cara buat kuah;
Ikan yg telah direbus td, perisikan..blend isi ikan bersama bawang2,lada hitam n air rebusan td.
Masukkan dalam periuk,tuang santan, masukkan serai,asam keping. Kacau perlahan sehingga mendidih.Kalau pekat, tambah lagi air panas.Perasakan dengan garam. (sebabkan laksam ni nk kena dengan selera org Tepeng, maka cikCt masukkan sekali bunga kantan n daun kesum)

Cara makan;
Bubuh laksam dalam mangkuk
Tuang kuah
Taburkan dengan bahan hirisan tadi.
Akhir sekali letak sambal belacan.
Nyamnyam, sedapnya....:)

Silala cuba ye...:)


No comments: