::Choice in ur hands!!!::

Tuesday, 14 May 2013

::6/5/2013 kembali lagi::

6/5/2013 mungkin tarikh biasa..oh, bg Malaysia tarikh penting juga.sehari slps pilihanraya umum.

Tak tahu bagaimana nak dimulakan bicara, samada ni suratan atau kebetulan tetapi sesungguhnya ini ujian maha hebat buat kami. Ya, sekali lagi diuji dengan perkara yg sama. Allahuakbar.

3 tahun yg lalu, tarikh ini jua, ayahanda tercinta meninggalkan kami menghadap illahi. Kami redha setelah pelbagai dugaan, kesakitan beliau alami akibat Nasopharyngeal Carcinoma.

Sekali lagi tarikh ini jua menentukan berita yg tidak bagus bagi kami. Ya Allah, kau uji lagi kami dgn perkara ini. Namun hati ini redha. Faham kerana setiap ujian menandakan Allah sayang dan kasih pada kita. Cuma kadangkala terdetik jua bolehkah kami menghadapi cabaran dugaan ini dengan sabar?!

Ibu mertua cikct pulak dikesan mempunyai ketumbuhan di belakang hidung. Sama seperti arwah abah dulu. Rawatannya cuma radioterapi. Ya itu menurut doktor.

Harapnya mak cepat sembuh. Mak, kami sayang mak...

2 comments:

Runiza said...

Salam Cik CT...
Sabar ya sis... berbanyakkan doa pada Allah... InsyaAllah, your MIL will be okay...

amirah said...

cmne ketumbuhan belakang hidung tu ti? bengkak ke hidung tu? moga dapat sembuh mcm biasa insyaAllah