::Choice in ur hands!!!::

Monday, 10 May 2010

::9Mac1944 - 6Mei2010::

salam semua..
abah cikCT tersayang dijemput Illahi tanggal 6Mei 2010 pkl 9:30mlm setelah 8bln terlantar diatas katil..kami merelakan pemergian beliau setelah lebih 2thn menderita Nasopharyngeal Carcinoma atau pun kanser pangkal hidung..

Disember 2007
Abah didiagnos dgn penyakit kanser tersebut buat pertama kalinya di Hospital Taiping. CikCT yg menemankan abh semasa doktor memberi keputusan ujian sel.hampir terduduk ketika doktor menunjukkan gambar x-ray keratan rentas hidung abah.ada suatu ketumbuhan di belakang hidung sebelah kanan..dan lagi terkejut bila doktor mengesahkan sudah hampir setahun ia bertapa di situ.sebelum ini abah mengadu pendengaran terganggu.setiap pagi keluar darah dari hidung.berulang alik ke bahagian ent masih tiada perubahan sehinggalah doktor buat ujian sel tersebut. cikCt sempat bertanya adakah kerana abah merokok?tapi abah sudah berhenti merokok ats nasihat ma.cuma susah jugak berenggang.tapi doktor kata tak semestinya.cuma doktor tanya, keturunan kami ni ada datang dari Negara China ke??keliru sekejap tapi kemungkinan jugak atok moyang dulu berasal dari sana cuma kami yg tak tahu.tapi ini bukan la soalan pertama..mmg selalu kalo org yg tak kenal abah akn panggil abah ni tokei..mata sepet dan kulit pun cerah sedikit..pernah sekali kami ke Giant,salesman ckp Mandarin dgn abah..sampai la abh bgtau dkt salesman itu yg abah Melayu baru dia terkejut..dan doktor beritahu struktur tulang muka abah lebih kepada org Cina.cara pemakanan beliau mempengaruhi juga sebab abah mmg suka makan sup atau makanan2 berkuah yg panas mcm org Cina.tabiat itu rupanye tidak bagus dan merangsang pertumbuhan sel tidak normal.

Januari 2008 - Mac 2009
sejak didiagnos dgn kanser, mmg abah mengelak daripada menerima rawatan hospital..di sana tiada lain boleh dilakukan selain radioterapi..ia berbeza dgn kimoterapi..kebetulan kawan baik cikCT, kakDila, ibunya juga menderita breast cancer..kami menjadi semakin rapat bila abah,mak k.dila berkongsi byk hal ttg kanser.meskipun bertahan dalam derita tapi tiada siapa pun tahu abah sakit sbb dia sentiasa cergas.kami memulakan rawatan alternatif abah dgn berjumpa HJ Lokman di Sg.Pusu..setiap 2 mggu sekali abah ke Gombak utk berubat.rawatan menggunakan ayat2 al-quran yg dibaca sendiri.prubahannya??abah masih sihat dan kuat berkebun..hobi abah ialah berkebun dan sebagai seorang guru pencen abah masih tak boleh berhenti mengajar lalu menyambung kontrak sbg guru simpanan. selain itu abah juga mendapat rawatan homeopati di Taman Ehsan Kepong..kebanyakan semua rawatan ini along cikCt yg cari info kebetulan dia pernah bekerja dgn sebuah yayasan kanser yg mengamalkan rawatan alternatif..

kenapa menolak perubatan moden??
pada awalnya mmg abah tak nak rawatn moden sbb kesan n akibatnya sungguh menderita.ini hasil dari pembacaan dan juga pengalaman yg dikongsi dengan ramai pesakit kanser.

bulan Jun 2008 abah memulakan rawatan di mylifecentre PJ..byk perubahan pd abah.sedikit pun tak menunjukkan abh seorang pesakit kanser.cuma berat badan menurun kerana diet pemakanan perlu diubah.

entry yg lalu mengenai abah:
i)http://celahtingkap.blogspot.com/2009/11/abah-masih-di-gh-penang.html
ii)http://celahtingkap.blogspot.com/2009/03/risau.html#comments

bila takde rawatan abh masih menguruskan kebun kecik dikeliling rumah n masih menjual kucai..hehe..cikCt pun rajin jugak memproses kucai2 sebelum dihantar ke kedai..kata org tgn abh ni menjadi..asal tanam pokok je menjadi..hasilnya kami setiap tahun makan buah dokong free, buah rambutan..dulu2 kami mewah dgn buah durian..kemuadia sayur-sayuran timun,terung,bendi semua fresh kutip je depan rumah...tp abh suka main panas...sampai tengahari berpanasa mengerjakan kebun..hmmm...ia mengaktifkn sel2 sel kanser dgn cepat..

Hujung tahun 2008
Abah tiba2 diserang sakit kepala..bila sakit je dia langsung tak leh bangun..kami semua risau sgt..rawatan alternatif dgn Hj.Lokman pun abh dh byk skip.dan bila Hj.Lokman bagitau bawaklah abh ke hospital kami dpt rasakan ada sesuatu yg buruk.akhirnya abh buat keputusan sendiri menjalani radioterapi...ulang alik ke Penang,abh masih larat naik bas turun bas tengok cucu2 baru..alhamdulillah,abah kata macam nostalgia lama naik bas turun bas dr Penang ke Taiping..setiap minggu lps rawatan msti balik.adakalanya doktor bg cuti 2mggu bila condition abh unstable sbb radioterapi ni mematikan sel2 yg sihat jd faham2 jelah..abh muntah2 tak lalu makan.bila sihat,mula balik radioterapi tu.

setelah lengkap cycle pertama pd Mei 2009, abah sihat seperti biasa..kami tunaikan hajat abah utk ke Jengka menjenguk abg cikCt disana.kemudian kami adakan kenduri doa selamat di Muar,Kampung mama..abah sihat dan kembali sibuk berkebun..sehinggala detik yg mengejutkan kami semua...

Oktober 2009
setelah keluar masuk hospital dari hospital Balik Pulau ke Hospital Pulau Pinang (abh jalani radioterapi di Pantai Mutiara Med Ctr,P.Pinang), tiba2 abah yg sihat tak boleh menggerakkan kaki..yes,suddenly.boleh bc entry yg lalu..pelbagai dugaan kami sepanjang itu..kemudian,dipidahkan ke Hospital Taiping pula..mmg abah keluar masuk wad sepanjang Nov 2009 hinggalah Mei 2010..kami pun dh lali berkampung di hospital.Mama la yg paling tabah menguruskan abah..mama uruskan seorang diri..sampai doc n sister iktiraf kan Mama sebagai nurse..;) (she was a teacher actually)..

Mama yg uruskan sehinggalah abah menghembuskan nafas terakhir..seksa derita cuma kami yg nampak..abah tak boleh buang air besar jd Mama terpaksa korek kalo nampak ada stool yg nak kuar.Abah taknak org lain buat melainkan kalo time mandikan takpe..Ada ketika mood abah tak baik, abih dia mengamuk pd ma..sian ma..selalunya ma ngadu bila kami call..

Hari2 terakhir abah
CikCt sempat bawk abah duduk dgn cikct..seboleh2nya cikCt mmg nk jaga abah.bila abah n ma setuju kami pun bwk abah ke umah cikCt..tp ingatan abah makin lama makin merosot..kesihat an pun begitu..hinggalah 6 April 2010 abah tak bercakap n makan.kami panik terus hantar abh ke Sg.Bloh..tp sgt sedih dgn layanan disitu..malas nak ceritakan tp yg pasti amat kecewa..kami pun tekad bwk abah pulang ke Taiping..sebelum pulang,cucu2 bersalam dgn abah..abh sempat berbisik ; ni dh last ni meem'..pd ank sedara cikct..

masuk hosp.taiping abah sihat semula dan dibwh jagaan Palliative care unit..(kebanyakan patient di bwh PCU,semuanya sedang menunggu hari!!!!) kami sudah dpt mengagak bila doktor pun bgtau yg mereka tak boleh buat apa2 lagi..sel2 kanser semakin membiak telah mereputkan tulang2 abah..

cikCt dan suami balik menjenguk abah 2mggu selepas itu.1-3 mei takkan cikCt lupakan..abah mkn bila cikCt suapkan walopun sebelum itu ma kata abh taknak mkn..tp amat terkesan kerana sepanjang 3hari abah tak bukak mata n bercakap..;( sedihnya Allah saje yg tahu.Abah hanya tidur sepanjang tiga hari tersebut.bila nk balik pun rasa berat hati.

4Mei2010
Abah masuk hospital semula bila mama kata condition tak stabil..tak makan n minum jd dehydrate..ramai pelawat2 abh dirumah haritu.jd mereka sempat bckan yaasin sebelum ambulans bwk abah ke hospital semula.
5Mei2010
abh dh ok sikit tp ma kata doc psg tiub oksigen dh makanan kerana abh susah nk telan makanan..cikct dh risau..abng n kakak semua nk balik hari khamis ptg..cikCt masih ragu2 nak balik ke tidak..kemudian, ptg khamis 6hb cikct mmg nk balik..fikir2 biarlah amik saje mc hari jumaat..
6Mei2010
Ma call bgtau abh dh bukak mata.tp perasaan cikct sgt berdebar..adakah ini petanda??tiba2 pagi itu cikct menangis teringatkan abh..bila nak balik kg msti abh tya nak mkn apa..mesti dia akn blikan ikan keli keemaran kami..:) tengahari itu,cikCt mkn ikan keli goreng bercili..petang balik sekolah,cikct drive sgt laju..kami kluar ke rawang..dan pukul 9:30 mlm adik cikCt call menyampaikan khabar itu..abah dah takde...

merelakan pemergian insan tercinta yg selama ini membesarkan kami bukan mudah.terkilan tidak menghadap disaat akhir namun cikct redha..abah dh terlalu lama menderita..abah pergi dgn cara yg amat mudah..alhamdulillah mlm jumaat yg hening abah pergi tinggalkan kami di hadapan isterinya yg sgt setia..

semalam kami ke kubur...apa yg cikct sgt terharu,depan pusara abah, ada sebuah kebun kecil ditanam sayur-sayuran..sejuk sungguh pusara abah..sama seperti hobi beliau yg suka berkebun..semoga abah tenang disana..adik sentiasa doakan abah tergolong dalam golongan org yg bertaqwa..

ya Allah, Kau peliharalah ayahanda kami dan tempatkan beliau dikalangan orang2 yg beriman..jauhkanlah beliau dari seksa api neraka..ya Allah,Kau tabahkan hati kami, Kau jadikan kami anak2 yg soleh yg sentiasa mendoakan kedua ayahbonda kami..

1 comment:

Faryza said...

Al-fatihah...semoga abah Cikct dimasukkan dalam golongan org2 beriman, dirahmati, dilapang kan kubur dan di terangi cahaya di dlm kubur nya.amin..
bertakung air mata..ni baca n3 cikct..sangat faham dengan kehilangan abah tercinta...
teringat pada arwah abah...