A warmest welcome to dear readers.Thanks for visiting us.It's all about our little family.:)
::Choice in ur hands!!!::
Tuesday, 17 November 2009
::Abah masih di GH Penang::
Kami ke Penang lg Sabtu dan Ahad yg lepas..Bertolak pagi sabtu seusai solat subuh.Kami tak lagi bertolak selepas Nur Kasih (malam) kerana masih trauma dgn kejadian 2minggu lalu.Kali ini pastinya pulang ke kampung dgn Red Aero suami yg hampir 8 bulan sudah tak keluar dr negeri Selangor..('bmw' cikCT masih di workshop)..Abah masih di GH Penang..masih lagi berbaring di atas katil.Sedang menjalani radioterapi sesi kedua selepas yg terakhir pd bulan Mei lepas.Tiada apa perubahan dan Abah masih sakit.Masih tidak boleh berjalan walaupun sudah menjalani beberapa kali sesi fisioterapi.Dan sebenarnya kuman yg jahat itu sudah pun merebak ke tulang belakang ke pinggang Abah.Kami?Sudah menduga keadaan ini maka kami redha.Allah,kuatkan iman kami menghadapi dugaan dan ujian ini..Itu keputusan hasil MRI.Itu yg menyebabkan Abah tiba2 tiada daya untuk mengangkat kaki.Itu yg menyebabkan Abah tiba2 terbaring terlantar di atas katil.Dan kerana kesan radioterapi yg dulu2 dan sekarang itu juga yg menyebabkan Abah kadangkala meracau.Saraf-saraf Abah sudah terganggu dan fikirannya kadang2 hanya teringatkan peristiwa 20-30 tahun yg lalu. Abah kini 65 tahun dan peristiwa yg masih terkesan di minda Abah ialah kemalangan yg dialami dgn Mama lebih kurang 30tahun lalu. Itu yg berkali2 keluar dari mulut Abah berkenaan polis yg dtg, lawyer yg menguruskan kes. Yang penting sekarang Abah masih kenal kami.Masih ingat lagi dimana anak-anak tinggal.Masih boleh membaca Fatihah dgn lancar.Masih ingat ayatul Kursi.Cuma perlu diingatkan untuk baca kerana pandangan dan fikirannya sangat terganggu kerana kesan ubat-ubat itu. Abah masih kenal dengan orang yg datang melawat dia.Saya sebenarnya sangat terkilan kerana tidak berupaya untuk menjaga Abah.Saya sangat kagum dengan Mama kerana sangat tabah.Abah memang tak nak org lain jaga dia selain Mama..Walaupun kadang2 ada hari yg Mama tak tahan melayan kerenah Abah yg meracau marah2 tapi Mama tetap disisi Abah.Mama sangat sabar.Makan,tidur semua di hospital sepanjang Abah di wad.Ya Allah, berikan kesihatan yg sempurna kepada Mama.Mama sangat sabar.Ya,walau berkali Abah mencabut drip,walau berkali dimarahi Abah namun Mama tetap disitu..(kadang2 pastinya air mata Mama mengalir bila tahap kesabaran menipis.Saya sgt pasti kerana kadang2 bila bercakap di telefon mengadu keadaan Abah, kedengaran suara serak dengan hidung seoalah2 selsema)..Sesi terapi berbaki lagi 2 kali dan selepas ini kami mungkin akan membawa pulang Abah selepas doktor putuskan tiada apa lagi yg mereka boleh lakukan.Namun,kami akan tetap berikhtiar.Bukan doktor yg tentukan jangka hayat Abah,jd kami harus berikhtiar. Mana tahu bila bawa pulang Abah sihat?Mana tahu nanti di rumah Abah boleh berjalan?(aku terlalu optimiskah)..Sesungguhnya itu semua kuasa Allah S.W.T..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum cik siti..
sedih zura bc post siti.aku harap abah ko makin sihat dan semoga Allah mengurniakan berita gembia pada keluarga cik iti.insha-Allah...
p/s:kim slm kat mama..
Post a Comment