::Choice in ur hands!!!::

Thursday, 31 January 2013

::Ri-yaz Heritage Resort & Spa::

Sharing some of beautiful sceneries at Ri-yaz Heritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu..We went there for 3days and 2nights.I like the surroundings, tranquility of nature and the food! :)













Wednesday, 30 January 2013

::Aqeel off to school::

My little one is now getting bigger..clever..n more handsome..10days more before he turns 4 years old..:)

::dah upload gambar::

Setelah sekian lama tak boleh upload gambar dari blogger via iphone, sekarang dah berjaya!!!! Caranya, reinstall apps blogger itu..geram tgk kak runiza upload boleh, cikct tak boleh..hahahaha....

::roti bun gebu::

Roti ni memang sedap bila cicah air teh..:) sape pun boleh buat..memang senang.. Cikct pun try dr resepi roti kismis gebu cik mat gebu kita..memang menjadi..

Wednesday, 23 January 2013

::entry 2013::

Lamanya tak update blog..Sis Runiza, ticer ct sibuk sangat dgn kerja sekolah n kerja rumah..tambahan lagi, Aqeel dah start sekolah..(pre-school)..tak sempat berblogging..nak taip entry ni kena duduk senyap2 dan taip..hehehe....Ok, mai nak cerita sikit..sekarang dah masuk minggu ke4 persekolahan. tahun ni portfolio di sekolah tak banyak berubah tapi beban tugas makin bertambah..selaku guru kelas macam2 la kami kena buat. Daripada hal buku register, yuran PIBG, fail peribadi, data murid online, buku spbt sampaila ke hiasan bilik darjah. Tahun ni saya ada 42 anak dan yg pasti lelaki lebih ramai daripada perempuan. Dan ada juga pelajar orang asli dan juga warga asing. semua kena ada data yang terperinci ttg mereka. Selain dari itu, library masih memerlukan khidmat saya selaku guru unit NILAM utk tahun yg kelima. Azam tahun ni wujudkan ramai pelajar yg menjadi rakan pembaca atau elit. Rasanya dah muak budak2 tu tgk saya mengarahkan mereka baca buku, rekod dalam buku NILAM. Seterusnya, kantin pulak...macam-macam kena buat kat kantin ni. Daily inspection mmg wajib lepas tu nak ceriakan jugak. apa lagi? ha data emis pun masih perlu bantu guru sesi pagi.. Dahla, kalo citer bab tugas kat sekolah mmg banyak...senang cerita, jd mak,kerani,doktor,akauntan dan segala-galanya lah.:)

Cerita Aqeel Haziq pulak. Masuk minggu ke4 baru la ok skit. hari pertama dia melalak sampai dikuarantin oleh cikgu dlm bilik lain..tapi dia suka je duk bilik lain tu sbb ada tv. hari ke2, melalak jugak dan seterusnya sampai masuk minggu ke2 dh ok skit. minggu ke3 buat perangai lagi..sampaikan mama jd migrain duk pikir apa kerenah yg bakal dia lakonkan setiap pagi. Alhamdulillah selepas kami rutinkan jadual malam dia, baru nampak ok pada minggu ke4. Pergi sekolah mama hantar, balik pulak naik van atau kereta ticer. Improvement? pandai dah tulis nama, dan paling ketara now speaking London aje.Petang pulak lepas buat homework, mengaji dengan mama hawe. Jadi jadual dia mmg pack la waktu siang. Malam pulak dia balas dendam main transfomrers la.

Lepas antar Aqeel pergi sekolah, mama pun bersilat la di dapur. masak simple aje. kalo nak bergulai, pagi dah siap masak gulai. Balik sekolah baru masukkan ikan. Masa tu jugak nak siapkan lesson plan,prepare apa yg nk diajar, siapkan semua kerja2. Memang macam tangan sotong. Sambil periuk atasa dapur, laptop pulak atas side table. hehehe...

Papa Aqeel pulak macam biasa la..sekarang pi keje awal skit sebab kadar kesesakan trafik depan rumah sampai ke kilang amat luar biasa. Selalu breakfast simple je, roti atau minum air je. kalo mama terjaga awal, mama masak le.

Minggu ni free skit sbb minggu ni ada acara merentas desa. Hari Khamis cuti maulidur rasul dan hari Isnin pula cuti thaipusam.

Ok, hujung minggu ni nak menjejaki Sata Pak Aziz Kuala Kemaman..sapa nak ikut jom!!! :) Trip pertama 2013 ke Gambang, Kuantan dan Kemaman insyaAllah. :)

terima kasih sudi membaca.