::Choice in ur hands!!!::

Monday 31 May 2010

::tersilap anak::

Minggu lepas mama n aqeel balik kampung Taiping with Love dgn mak long & Co. Papa pergi training dkt PD 3 hari..Mak long drive sbb Aqeel tak boleh tgk mama yg drive.mesti dia sibuk nk duduk ats riba..

Pada satu malam yg sungguh dingin sbb hujan sgt lebat petang itu, mama n aqeel tidur dengan mak long n saradyna juga tiga org kakak..Kami semua sgtla kepenatan berjalan satu hari suntuk pada siang itu..
Tengah malam tak tau pukul berapa, Mama bangun menyusukan aqeel..lepas tu aqeel asyik nk tergolek masuk continent area m.long & co..

dh nak pagi tu Mama rasa mama menyusukan dia lagi..(keadaan tersangat mengantuk n mamai jd mama tau aqeel biasanya mmg pandai cari nenen sendiri)..
tapi tak lama lps tu mama dgr dia nangis..ish Aqeel ni nape nangis lg dh dpt nenen pun..mama pun bukak mata tgk sape yg mama peluk..trnampak aqeel ada kt ujung kaki mama n sape yg tgh isap nenen tu sebenarnya??? Saradyna yg tgh mamai tu rupanye..hahahaha...dia pun mamai n trsalah cr nenen..yg herannya macam mana saradyna boleh tergolek sampai dkt area acik..ish2 budak nila....

persoalannya, Saradyna kenyang tak???

Sunday 23 May 2010

::my obsession::

my obsession since Aqeel Haziq was born - obsess towards baby feeding bottles....hehehe...
i got a lot of baby bottles..i bought many of them n some of it were given.
a few of them havent been used yet..

i)the first bottle is - Tommee Tippee 'close to nature' - like this very much n i fed EBM to Aqeel with this bottle..no nipple confusion as it has a unique design of teat.

ii)collection of AVENT - bought the BreastPump n got 2 and I add 7 bottles for EBM. so we hav 9. then, magic cup of AVENT..now they got BPA free bottles in the market so it's a bit pricey.

iii)collection of MAM - the forever use bottles are MAM..Aqeel Haziq comfortables with the teat.
we hav 3 colours-pink,green n purple.:)

iv)Anakku toddler cups - 1 is given by mak long n Aqeel loves the cup with straw.Mama loves it too.

v)Nuk, Fiffy, Pureen bottles - altogether are 6 n given by acu n mama's friends. only 2 hav been used and other still in the box.:)

vi) for EBM storage we hav Avent and also standard bottle Pigeon, a series of MomsLittleOnes, BumbleBee n limited edition Anakku.(it was no longer on the market)

huh...and bcoz of this i am the agent of Avent n Mam bottles n teats in my workplace.

Friday 21 May 2010

::what I saw::

Every day, my journey to work is the same!!. Here is the 30minutes journey..

i saw the same cars, lorries n buses..
i saw the cows,buffalos n also the dead animals..snakes,cats,dogs n even birds which was terribly collided by large vehicles.
i hate it very much...i hate the journey but i'v to go it..and i'v gone through it for almost 2years..
but there's also some things I like..

I like the view of Genting Highlands that I can see from far..I like the view of man-made lake (i dont know what they do but i guess maybe they breed the fish or prawn).

I like it when there are no other vehicles..but sometimes it's scary..:)
maybe i should think of fill in the form of transferring to other schools..

it's because, the road with holes here n there, bumping everywhere is hurting my car especially the tyres...
after a year, i (actually my hubby) had to change all 4 tyres bcoz they were terribly hurt. and i'm tired of the journey..BUT i still love my work place..of course i love the first work place where i start my career n also my life..

So, what did u see along your journey to work??

Wednesday 19 May 2010

::masih belum berhenti::

satu tahun tiga bulan...Aqeel Haziq dah besar..dia masih lagi baby mama papa yg tegar minum susu ibu...saya mmg tak nak lagi berhenti minum susu ibu kata beliau..;)

Seminggu yg lalu mama tak sihat..amat2 tidak sihat dan sakit yg paling teruk sekali selepas pemergian abah tok..tidak dapat dinafikan kehilangan beliau amat terasa lalu Mama tidak dapat mengawal emosi dan mengundang cik Asma datang menyerang...sampai 4 kali berulang hospital n klinik, ambil nebulizer n tak lupa m.c selama 3hari berturut-turut..

ingatkan mmg dh terkena buatan orang but suddenly 'the bestfriend' buat lawatan sosial lewat seminggu itu..:)

mmg saya nak tambah 1 lagi tp belum rezeki kami..merancang jauh sekali tp Papa kata selagi Aqeel Haziq minum SI, rasa2nya adik akn muncul lmbt lagi..dan yg penting Mama kena tambah berat badan dulu..jadi saya berazam untuk tambah lagi 5 kilo...oh,no..boleh ke ni? tak tau apa lagi nak makan..apa lagi nak minum..

Tapi terfikir jugak, Aqeel Haziq sgt manja.kalau ade adik sekarang macam mana la gayanye..haish, payah tu..jadi biarla dia besar dan pandai cakap or at least biar dia dh pandai poo poo di toilet..

Antara karenah Aqeel Haziq:
i) Dh faham bila Mama tanya "siapa nama Aqeel Haziq?", cepat2 angkat tangan..
tp kalo mood tak baik dia wat donno aje..

ii) bangun tengah malam cari basikal n main..TOING!!!! pening mama papa sebab kami pun terpaksa bangun dgn tersengguk-sengguk ngantuk. Yang akhirnya kami tertido semula n tak sedar bila dia baring di tengah2..

iii) main HIDE n SEEK dgn mama.tak tau belajar kt mana..nyorok bwh meja senyap2 n bila mama panggil dia jwb "TAKDE".

iv) jawab "TakNak" kalo tak mau buat.

v) "Nak..nak" kalo mintak something..

vi) dh mandi pakai diaper, dia bingkas bangun suruh mama kejar n pakaikan dia baju.huh, notti boy..

vii)tumbuh gigi yg ke 7 & 8, drooling a lot n doesnt want to eat rice..skrg nk mkn nestum saje..mungkin rasa tak selesa..

viii) tak boleh tengok Mama duduk dekat2 dgn Papa..."Papa is MINE"..punyala garang kalo nampak Mama duduk sebelah dgn Papa..jeles..

ix)tiap2 pagi papa mesti bawak round naik kete..kalo tak dapat melalak n majuk sampai seharian.

x)switch off tv kalo tgk papa n mama khusyuk nonton tv n tak layan dia main..(i'll get a new lcd tv n hang on the wall..lps ni aqeel dh tak sampai nk switch off)

xi)obses dgn kunci..especially kunci keta..tau dkt mana nk cucuk sampai basikal n moto dia pun ade tmpat letak kunci..

xii)dh tak nak main basikal o moto, terbalikkan n repair mana yg patut.

xiii)takkan minum susu botol selagi mama ada di rumah.

xiv)basikal saya boleh pinjam tapi motor saya tak boleh hokei..yg degil akn jd mangsa tarik rambut..(mama papa tak tau cmne nk ajar dia sharing)

xv)rajin sangat baca buku dan sangat kenal dgn "One chick"..kalo tak jumpa flash card tu mulut dia bising cari "aaa chick,aaa chick"

xvi)penyayang dgn kucing,arnab..kalau alihkan kucing tu dia ckp 'Tak nak, citu"..maksudnya, letak balik situ kucing tu...

too many to list down la...ini semua untuk Aqeel Haziq baca bila dh besar nanti ok...:)

Tuesday 11 May 2010

::kebetulan beliau pergi::

ada kisah yg tersirat disebalik pemergian abah..selama berulang alik dari rumah,keluar masuk wad, biasanya abah akn diambil oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam Taiping..Abang cikCT pegawai JPAM di Jengka jd mudahla urusan panggil ambulans..abah pernah berkata 'nasib baik anaknya ada bekerja dgn JPAM..tiap kali nk bwk ke hospital dan pulang ke rumah JPAM la yg mengendalikn..jd abah selesa sedikit dlm ambulans tu.

nak dijadikan cerita, seminggu sebelum abah masuk semula ke hospital pd hari selasa 4Mei itu, ambulans yg selama ini byk berjasa pd kami, terlibat dlm kemalangan yg meragut nyawa dan kini masih dibawah siasatan.

kesimpulannya, abah macam tau2 saje yg ambulans tu dh takde (hanya ada 1 je ambulans JPAM Taiping) dan abah pergi untuk selama-lamanya...

Monday 10 May 2010

::Aqeel dh takde abah tok::

Aqeel dh takde abah tok..
sempat jugak abah tok tgk aqeel berjalan...
sempat jugak abh tok dokong ke hulu ke hilir...
sempat jugak abh tok ke Muar dgn aqeel..ke jengka dgn aqeel...
abh tok tinggalkan pesan pd Mama...bukak akaun bank aqeel dgn hasil duit dia kumpul dari jualan kucai...:)
nanti kita bukak akaun dengan akak2 sepupu aqeel ye..semua duit jualan kucai abh tok simpan utk cucu-cucu dia...
bila dh besar nanti aqeel jdla macam abah tok..berbudi pada tanah..;)

::9Mac1944 - 6Mei2010::

salam semua..
abah cikCT tersayang dijemput Illahi tanggal 6Mei 2010 pkl 9:30mlm setelah 8bln terlantar diatas katil..kami merelakan pemergian beliau setelah lebih 2thn menderita Nasopharyngeal Carcinoma atau pun kanser pangkal hidung..

Disember 2007
Abah didiagnos dgn penyakit kanser tersebut buat pertama kalinya di Hospital Taiping. CikCT yg menemankan abh semasa doktor memberi keputusan ujian sel.hampir terduduk ketika doktor menunjukkan gambar x-ray keratan rentas hidung abah.ada suatu ketumbuhan di belakang hidung sebelah kanan..dan lagi terkejut bila doktor mengesahkan sudah hampir setahun ia bertapa di situ.sebelum ini abah mengadu pendengaran terganggu.setiap pagi keluar darah dari hidung.berulang alik ke bahagian ent masih tiada perubahan sehinggalah doktor buat ujian sel tersebut. cikCt sempat bertanya adakah kerana abah merokok?tapi abah sudah berhenti merokok ats nasihat ma.cuma susah jugak berenggang.tapi doktor kata tak semestinya.cuma doktor tanya, keturunan kami ni ada datang dari Negara China ke??keliru sekejap tapi kemungkinan jugak atok moyang dulu berasal dari sana cuma kami yg tak tahu.tapi ini bukan la soalan pertama..mmg selalu kalo org yg tak kenal abah akn panggil abah ni tokei..mata sepet dan kulit pun cerah sedikit..pernah sekali kami ke Giant,salesman ckp Mandarin dgn abah..sampai la abh bgtau dkt salesman itu yg abah Melayu baru dia terkejut..dan doktor beritahu struktur tulang muka abah lebih kepada org Cina.cara pemakanan beliau mempengaruhi juga sebab abah mmg suka makan sup atau makanan2 berkuah yg panas mcm org Cina.tabiat itu rupanye tidak bagus dan merangsang pertumbuhan sel tidak normal.

Januari 2008 - Mac 2009
sejak didiagnos dgn kanser, mmg abah mengelak daripada menerima rawatan hospital..di sana tiada lain boleh dilakukan selain radioterapi..ia berbeza dgn kimoterapi..kebetulan kawan baik cikCT, kakDila, ibunya juga menderita breast cancer..kami menjadi semakin rapat bila abah,mak k.dila berkongsi byk hal ttg kanser.meskipun bertahan dalam derita tapi tiada siapa pun tahu abah sakit sbb dia sentiasa cergas.kami memulakan rawatan alternatif abah dgn berjumpa HJ Lokman di Sg.Pusu..setiap 2 mggu sekali abah ke Gombak utk berubat.rawatan menggunakan ayat2 al-quran yg dibaca sendiri.prubahannya??abah masih sihat dan kuat berkebun..hobi abah ialah berkebun dan sebagai seorang guru pencen abah masih tak boleh berhenti mengajar lalu menyambung kontrak sbg guru simpanan. selain itu abah juga mendapat rawatan homeopati di Taman Ehsan Kepong..kebanyakan semua rawatan ini along cikCt yg cari info kebetulan dia pernah bekerja dgn sebuah yayasan kanser yg mengamalkan rawatan alternatif..

kenapa menolak perubatan moden??
pada awalnya mmg abah tak nak rawatn moden sbb kesan n akibatnya sungguh menderita.ini hasil dari pembacaan dan juga pengalaman yg dikongsi dengan ramai pesakit kanser.

bulan Jun 2008 abah memulakan rawatan di mylifecentre PJ..byk perubahan pd abah.sedikit pun tak menunjukkan abh seorang pesakit kanser.cuma berat badan menurun kerana diet pemakanan perlu diubah.

entry yg lalu mengenai abah:
i)http://celahtingkap.blogspot.com/2009/11/abah-masih-di-gh-penang.html
ii)http://celahtingkap.blogspot.com/2009/03/risau.html#comments

bila takde rawatan abh masih menguruskan kebun kecik dikeliling rumah n masih menjual kucai..hehe..cikCt pun rajin jugak memproses kucai2 sebelum dihantar ke kedai..kata org tgn abh ni menjadi..asal tanam pokok je menjadi..hasilnya kami setiap tahun makan buah dokong free, buah rambutan..dulu2 kami mewah dgn buah durian..kemuadia sayur-sayuran timun,terung,bendi semua fresh kutip je depan rumah...tp abh suka main panas...sampai tengahari berpanasa mengerjakan kebun..hmmm...ia mengaktifkn sel2 sel kanser dgn cepat..

Hujung tahun 2008
Abah tiba2 diserang sakit kepala..bila sakit je dia langsung tak leh bangun..kami semua risau sgt..rawatan alternatif dgn Hj.Lokman pun abh dh byk skip.dan bila Hj.Lokman bagitau bawaklah abh ke hospital kami dpt rasakan ada sesuatu yg buruk.akhirnya abh buat keputusan sendiri menjalani radioterapi...ulang alik ke Penang,abh masih larat naik bas turun bas tengok cucu2 baru..alhamdulillah,abah kata macam nostalgia lama naik bas turun bas dr Penang ke Taiping..setiap minggu lps rawatan msti balik.adakalanya doktor bg cuti 2mggu bila condition abh unstable sbb radioterapi ni mematikan sel2 yg sihat jd faham2 jelah..abh muntah2 tak lalu makan.bila sihat,mula balik radioterapi tu.

setelah lengkap cycle pertama pd Mei 2009, abah sihat seperti biasa..kami tunaikan hajat abah utk ke Jengka menjenguk abg cikCt disana.kemudian kami adakan kenduri doa selamat di Muar,Kampung mama..abah sihat dan kembali sibuk berkebun..sehinggala detik yg mengejutkan kami semua...

Oktober 2009
setelah keluar masuk hospital dari hospital Balik Pulau ke Hospital Pulau Pinang (abh jalani radioterapi di Pantai Mutiara Med Ctr,P.Pinang), tiba2 abah yg sihat tak boleh menggerakkan kaki..yes,suddenly.boleh bc entry yg lalu..pelbagai dugaan kami sepanjang itu..kemudian,dipidahkan ke Hospital Taiping pula..mmg abah keluar masuk wad sepanjang Nov 2009 hinggalah Mei 2010..kami pun dh lali berkampung di hospital.Mama la yg paling tabah menguruskan abah..mama uruskan seorang diri..sampai doc n sister iktiraf kan Mama sebagai nurse..;) (she was a teacher actually)..

Mama yg uruskan sehinggalah abah menghembuskan nafas terakhir..seksa derita cuma kami yg nampak..abah tak boleh buang air besar jd Mama terpaksa korek kalo nampak ada stool yg nak kuar.Abah taknak org lain buat melainkan kalo time mandikan takpe..Ada ketika mood abah tak baik, abih dia mengamuk pd ma..sian ma..selalunya ma ngadu bila kami call..

Hari2 terakhir abah
CikCt sempat bawk abah duduk dgn cikct..seboleh2nya cikCt mmg nk jaga abah.bila abah n ma setuju kami pun bwk abah ke umah cikCt..tp ingatan abah makin lama makin merosot..kesihat an pun begitu..hinggalah 6 April 2010 abah tak bercakap n makan.kami panik terus hantar abh ke Sg.Bloh..tp sgt sedih dgn layanan disitu..malas nak ceritakan tp yg pasti amat kecewa..kami pun tekad bwk abah pulang ke Taiping..sebelum pulang,cucu2 bersalam dgn abah..abh sempat berbisik ; ni dh last ni meem'..pd ank sedara cikct..

masuk hosp.taiping abah sihat semula dan dibwh jagaan Palliative care unit..(kebanyakan patient di bwh PCU,semuanya sedang menunggu hari!!!!) kami sudah dpt mengagak bila doktor pun bgtau yg mereka tak boleh buat apa2 lagi..sel2 kanser semakin membiak telah mereputkan tulang2 abah..

cikCt dan suami balik menjenguk abah 2mggu selepas itu.1-3 mei takkan cikCt lupakan..abah mkn bila cikCt suapkan walopun sebelum itu ma kata abh taknak mkn..tp amat terkesan kerana sepanjang 3hari abah tak bukak mata n bercakap..;( sedihnya Allah saje yg tahu.Abah hanya tidur sepanjang tiga hari tersebut.bila nk balik pun rasa berat hati.

4Mei2010
Abah masuk hospital semula bila mama kata condition tak stabil..tak makan n minum jd dehydrate..ramai pelawat2 abh dirumah haritu.jd mereka sempat bckan yaasin sebelum ambulans bwk abah ke hospital semula.
5Mei2010
abh dh ok sikit tp ma kata doc psg tiub oksigen dh makanan kerana abh susah nk telan makanan..cikct dh risau..abng n kakak semua nk balik hari khamis ptg..cikCt masih ragu2 nak balik ke tidak..kemudian, ptg khamis 6hb cikct mmg nk balik..fikir2 biarlah amik saje mc hari jumaat..
6Mei2010
Ma call bgtau abh dh bukak mata.tp perasaan cikct sgt berdebar..adakah ini petanda??tiba2 pagi itu cikct menangis teringatkan abh..bila nak balik kg msti abh tya nak mkn apa..mesti dia akn blikan ikan keli keemaran kami..:) tengahari itu,cikCt mkn ikan keli goreng bercili..petang balik sekolah,cikct drive sgt laju..kami kluar ke rawang..dan pukul 9:30 mlm adik cikCt call menyampaikan khabar itu..abah dah takde...

merelakan pemergian insan tercinta yg selama ini membesarkan kami bukan mudah.terkilan tidak menghadap disaat akhir namun cikct redha..abah dh terlalu lama menderita..abah pergi dgn cara yg amat mudah..alhamdulillah mlm jumaat yg hening abah pergi tinggalkan kami di hadapan isterinya yg sgt setia..

semalam kami ke kubur...apa yg cikct sgt terharu,depan pusara abah, ada sebuah kebun kecil ditanam sayur-sayuran..sejuk sungguh pusara abah..sama seperti hobi beliau yg suka berkebun..semoga abah tenang disana..adik sentiasa doakan abah tergolong dalam golongan org yg bertaqwa..

ya Allah, Kau peliharalah ayahanda kami dan tempatkan beliau dikalangan orang2 yg beriman..jauhkanlah beliau dari seksa api neraka..ya Allah,Kau tabahkan hati kami, Kau jadikan kami anak2 yg soleh yg sentiasa mendoakan kedua ayahbonda kami..

Thursday 6 May 2010

::mintak cuti::

selalu tak kite mintak cuti??M.C...hehehe..tahun ni baru sekali..semalam saya sakit perut,loya2,cirit birit..pegi klinik doc kata awk ni demam..lepas tu dpt ubat dpt cuti..tp saya malas nk cuti sbb saya rasa baik pegi sekolah..kerja banyaaaaaaaaak sgt sape nk tolong saye buat..lepas tu kat sekolah bila dh tghari makin melugai...fuh,tahan jela sampai balik umah..dpt minum air blackcurrant,lega skit..skrg dh ok skit..