::Choice in ur hands!!!::

Saturday 31 March 2012

::Muqaddam Bergambar::

Ini pun hot item dlm album Books For Your Little Caliphs cikCt..:)
Muqaddam bergambar ni sangat special sebab ada gambar yang berwarna-warni. Ia memuatkan 30surah dari Juz Amma..(tak sama dgn muqaddam biasa yg mula dgn alif ba ta)..Bukan setakat anak-anak je boleh baca tapi sesuai jugak untuk mama n papa..Nak tau kenapa? Setiap surah ada makna terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu (rumi & jawi). Bonus untuk kita lebih memahami maksud ayat-ayat dari surah2 pendek tersebut..Gambar ilustrasi pulak berdasarkan kisah-kisah yang mengiringi surah berkenaan. Wah, sangat bagus penyampaiannya. Dan lagi satu dengan harga RM15.00 sahaja, beli muqaddam ini dapat VCD bacaan surah-surah dari Juz Amma ini..bagusnya kan...

Friday 30 March 2012

::MyFirst Quran Storybook for our little caliphs::

Alhamdulillah, dengan izin Allah buku ini paling laris!! Walaupun stok habis sekarang ini, tapi i received a lot of order and they don't mind waiting for it..

Mai nak tunjuk sikit muka depan dan dalam buku cerita ni..Anak-anak yang dah ke sekolah boleh jadikan salah satu bacaan NILAM di sekolah..

Anak-anak kecil pula bolehla dibacakan cerita dari buku ni sebelum tidur...

Harga:RM69.90 (excluding postage)

Tuesday 27 March 2012

::Student melampau::

Diikutkan hati yang sakit mau aje cikCt sepak budak tu.melampau btul..ye, tak cukup dengan tu panggil mak bapak dia terus hulurkan aje borang berhenti atau bertukar sekolah. Huh, hangat hati sungguh.
Ceritanya tadi cikCt masuk ke kelas yang berada di aras 2 selepas rehat. Hari ni agak sibuk sebab kena turun train budak2 choral speaking. Baru 5 min cikCt bercakap dengan budak kelas tiba-tiba terbau asap larangan..memang sangat dekat masuk dibawa angin ke kelas kami tu. Cikct tanya students, awak bau tak macam asap rokok kan..Mereka pun kata ye..CikCt pun meluru keluar tengok ke kelas sebelah tapi kosong sekali ternampak 3 orang pelajar di hujung koridor dekat tong sampah tengah baik punya aksi menyedut..Masa tu memang menyirap darah sebab cikCt kenal pulak makhluk 3ekor tu lalu kujeritkan la, "Hoi, hisap rokok ke?". Bertempiaran lari budak2 tu..Memang nasib tak baik la kan sebab aku kenal korang..Terus cikCt call PK untuk tindakan selanjutnya. Kenapa bertindak terburu-buru tak rujuk kepada kaunselor? Huh, takde maknanya..budak macam ni, dah tak laku la kaunseling.Buang air liur je..

Melampau kan perbuatan mereka..mencabar kewibawaan kami sebagai cikgu.Mana-mana sekolah pun, hisap rokok adalah kesalahan yang membawa kepada hukuman rotan dan gantung sekolah. Sekali dah kena gantung, bad record sampai berhenti sekolah nanti. Masa depan? Memang dah tak gemilang la masa tu..

Sunday 25 March 2012

::Didik anak cintakan buku::

CikCt dah janji haritu nak share buku-buku yang bagus untuk anak-anak kita..berikut ialah sebahagian buku-buku Islamic yang sesuai untuk bacaan anak-anak dari baby lagi..Mendidik anak untuk cintakan buku harus bermula sejak bayi lagi..betul tak? Kalau ada yang berminat boleh email cikCt atau tinggalkan saja comment untuk maklumat lanjut..:)

::shopping @ Cameron Highlands::

Shopping sayur mayur wajib la beli dah naik Cameron ni..Kalo tak beli apa,sia sia je naik mabuk-mabuk dengan jalan kona-kona...:)
Tapi kalini cikCt tak shopping dkt Kea Farm walopun dekat sangat dengan hotel sebabnya kami keluar lambat parking semua dah penuh dan nampak sesak sangat.Akhirnya kami ke tapak pasar malam semalam dan shopping di situ..sebelum tu on the way kami beli Jagung diamond besar, diamond kecik..hehehe..hopefully rasanya sama macam kami beli di pasar malam Brinchang...crunchy, juicy and sweet..CikCt beli sweet potato, sayur mayur, buah-buahan..sampai tak cukup tangan..

Habis bershopping kami pergi isi perut dulu..anak teruna pulak meragam takmo makan..nak ratah lauk je..ada la yang tak kena tu.Lepas tu, kami pun menuju ke arah Cameron Valley..Bharat Tea Plantation..Last time kami dah pergi ke Boh Tea kalini kita nak ke Bharat la pulak kan..

On the way, rasa macam nak pluck strawberry pulak.Papa pun singgah la di Opah Strawberries Farm..Tempat ni macam satu kawasan kampung Melayu.Kebanyakan rumah-rumah di situ mesti ada kebun tepi rumah.Orang pun tak ramai..:) Bestnya sebab stoberi banyaakkkk sangat dan kami je yang datang masa tu..

Layan gambar2 Aqeel di CH..nanti datang lagi lepas mama lupa macam mana mabuknya jalan kona-kona ni ye..

::Equatorial Hotel, Cameron Highlands::

Live telecast from 8th floor, Equatorial Hotel, Cameron Highlands..:) After 2years n half, kami datang lg ke CH..last time we were here,Aqeel was 7mos and still sleeping in buaian.(angkut buaian sekali naik hotel)..
The weather is cold..huhu,,bercinta nak masuk toilet..tejukkk..

Gerak dari rumah hampir pukul 12tghari, kami naik CH ikut jalan Simpang Pulai..Hujan pulak bula dah nak sampai CH..berdebar jugak trngok jalan licin..Alhamdulillah,selamat tiba di hotel lebih kurang pukul 430.

::Brinchang Night Market::
This evening, we go to the Night Market.It is so packed n crowded with people..So, it is advisable to you to come early before 6:00pm..u can find many special food here.
Fried mushroom
Fried seafood
Sweet corn (the best jagung mutiara)
Ubi keledek rebus (they called as Mualaf food)
Strawberry chocolate (hot item)
Fresh fruits
Souvenirs
And many more......

Few pics in the hotel;

Saturday 24 March 2012

::My little bookworm::



Mama tekad seminggu ajar little bookworm kami membaca book no 1 daripada siri buku Allah Makes...dan Alhamdulillah, Aqeel berjaya jugak walaupun ada words yang dia masih confuse terutamanya berkaitan number..:) So far, pencapaian Aqeel memberangsangkan..macam mana mama n papa ajar dia boleh fokus? Sama macam kanak-kanak lain, daya tumpuan Aqeel singkat dan mudah bosan..Tetapi...kami cuba terapkan dia dengan permainan yang memerlukan tumpuan dan kemahiran..2 toys yang banyak membantu meningkatkan daya tumpuan Aqeel ialah block n jigsaw puzzle..hasilnya Aqeel boleh memberi tumpuan yang lama untuk menyudahkan binaan atau melengkapkan puzzle tanpa jemu...
setakat ini dahulu perkongsian ilmu malam ini...

p/s nanti mama upload buku-buku yang best untuk anak-anak kita dari siri Islamic Books for Kids.:)

Thursday 22 March 2012

::sambung lagi pergi USS; part 3::

::Lights,Camera,Action by Steven Spielberg::
Kalini nak cerita show yang sempat kami tengok..Lights,Camera,Actions by Steven Spielberg memang best..Sungguh real keadaan konon-konon bandar dilanda ribut taufan kemudian kebakaran di sana sini...Semua berlaku dalam studio. Warning awal-awal siapa ada lemah jantung jaga-jaga la..Tiba-tiba bot tergantung dekat atas jatuh gedebuk depan kita.Lepas tu keluar pulak kapal besar then tumpahan minyak petrol disambar api.Lemah semangat!!! Apap pun sangat puas hati sampai dah balik pun cari youtube nak tengok lagi.:)

::Stunt show @ Water World::
Kemudian, kami pergi menonton Stunt show water world..Di water world, penonton awal-awal lagi dah diberi warning siapa yang duduk di zon biru akan basah..(wet zone)...jadi,berjaga-jagalah dengan payung ataupun baju hujan.:) Mula-mula Aqeel crancky btol sebab dia marah papa parking stroller dia..Sekali bila tengok bot laju keluar terus terpaku..Memang kagum la dengan aksi stunt mereka..Takde tipu2 punya sebab depan mata kita tengok mereka jatuh dari tower..peluru dengan bom je yang action bunyi dan cahaya..Siap ada kapal terbang kecik pulak boleh terbang di kawasan kecik tu..Bila dah keluar dari show Aqeel pun kata "Bestttt"...sampai harini masih bercerita lagi apa yang dia tengok..Yang ni pun balik rumah tengok lagi dekat youtube..:)

Dah penat,cuaca pun tak mengizinkan sangat kami nak meronda, Aqeel pun tertido..Papa sorang je pergi pusing- pusing shopping..:) Sebelum tu,duk mencari surau..alahai, kecik sangat tapi okla ada jugak suraunya..:) Yang tak berapa syiok ialah toilet yang takde paip air..:) So,everytime masuk toilet bawakla botol air.

::Transformers Ride::
Sementara tunggu Hollywood Dreams Parade, Papa pergi join transformers ride..Papa kata best.konon-konon Megatron lawan dengan Autobots depan mata kita.Yang tak best,Megatron spitting kena muka papa..:) hihihi..yang ni Aqeel tak boleh masuk sebab kurang ketinggian..

::Hollywood Dreams Parade::
Parade ni hanya ada hari Ahad n selected public holidays.. Dapatla tengok character popular Jurassic Park, The Mummy, Madagascar. Marilyn Monroe, dan macam-macam lagi..CikCt duduk betul-betul depan transformers area.:) Masa duduk dekat bench tu datang satu family duk sebelah kami..Sementara menanti parade tu sempatla kami berbual2 rancak..dari pandangan cikCt harusla mereka ni orang berada sebab 'kakak' (patutnya makcik la sebab dia datang bawak cucu tp dah dia bahasakan diri kakak so ikut jelah) tu cerita yg mereka stay di Hard Rock Hotel..jalan kaki je la masuk USS..Friendly btul kakak tu banyak la yang kami bualkan..Papa pulak duduk belakang atas tembok berbual dengan seseorang yang CikCt fikir salah seorang anak 'kakak' tu.Bila dah habis parade cikCt pun cerita dekat papa yang rupanya kakak tu orang Terengganu..Papa pun bagitau la siapa mereka sebenarnya..Itula bapa saudara Sultan Mizan..OMG, cikCt td duduk sebelah kerabat diraja duk huhahuha tak tau langsung itu mak engku dan pak engku..huhuhu...yang cikct igt 'anak' dia duk bersembang dengan Papa tu ialah driver mereka..hehehhe...Rupanya itula Tengku Seri Laksamana Raja Terengganu Tengku Sulaiman dan isteri serta anak-anak..:)
Kami balik ke JB pukul hampir pukul 10mlm..:) bas lambat..
Begitula akhirnya..nanti pasti datang lagi sebab banyak lagi show yang kani tak tengok ni..:)

Saturday 17 March 2012

::Universal Studio Singapore part II::

Belum habis lagi cerita kita.:) Sebaik sahaja sampai di SciFi City, Aqeel pun dah ok sikit la.nampak bumblebee besar tercongok kat atas,then disogokkan dgn fridge magnet optimus prime dan notebook bumblebee..Next to the shop is transformers ride.Aqeel tak boleh masuk sbb tak cukup tinggi laaa...dah puas dekat dalam, kami pun keluar and suprisingly jumpa bumble bee sedang beraksi!!! Apalagi terus kami queue nak bergambar..risau jugak mama bumble bee tu naik angin ke..ahahaha....excited wo tengok bumble bee yang besar tu bergerak..bukan maskot ok but real robot..:) mujur kami cepat sebab lepas je abih kami bergambar taklama tu mereka kata bumble bee nak rehat.:)
Kemudian kami pun mula menjelajah seluruh kawasan...jengjengjeng.......sambung la ok...tengah tunggu baked potato wedges ni..:)

Wednesday 14 March 2012

::Tune Hotel,Danga Bay::

Entry khas utk Shushu dearie..Review from our experience.:)
1. Outside;
Building hotel ni besar kira tak macam yg sblm2 ni kami pi di Kota Kinabalu n Kota Bharu hotel didalam atau sebelah shopping mall. Kedai yg ada cuma 7E..depan hotel ada Restoran Sekinchan Ikan Bakar.500m ke depan tu Danga Bay..
Nak ke Plaza Angsana pun dekat je.

Inside;
Gambar dalam bilik takdela shushu..tapi kalini more comfortable dari TH di Kota Kinabalu yg alahai sangat sempit.
Di Danga Bay ni kira katil pun selesa la walopun share 3org.

Service yang kami ambil;
1.TV 12hours
2.Wifi
3.Aircond 12hours (yang macam ct bagitau shu kami tak guna langsung sebab waktu malam sejuk.almaklum musim hujan.)
4.Towel.

Disebabkan sebelum ni dah experience susah nak bancuh air,susu sebab takda kettle, so kalini kami bawak kettle siap2 dari rumah. (Sebelum ni, TH yg kami pergi ada kedai makan 24hours so kami bawak flask je minta diisi air panas).
Mujur jugak bawak kettle sebab takdak kedai makan 24 hours.(maybe di 7E boleh kut minta air panas). Abg Hirzan dah siapkan milo 3in1, biskut, mug,sudu n tupperware.:) Di TH takde semua tu ye..:)
Oh, ironing can be done on the 1st floor.
Apa lagi yang kami bawak?
Toilettries complete set.
Air mineral secukupnya.

Hopefully, this review may help you dear..:)

Tuesday 13 March 2012

::Universal Studio @ Singapore::

At last sampai jua kami ke USS..:) Dari Tune Hotels Danga Bay kami naik shuttle bas direct to Resort World Sentosa. Kami naik bas pukul 830pg di depan Tune Hotel. Then, begin our amazing race!! 20min lps tu sampai di Imigresen..Penat btul berkejar dlm Bangunan Seri Iskandar utk cop passport saje!! Lps tu berlari pula cari bas. Gerak dlm 15min turun lagi kalini dengan barang-barang untuk declare di Woodlands Imigresen. Akhirnya sampai jugak sambil dalam hati tu hangattt je.penat wei! Mengamuk2 dlm hati ni awatla tak naik je flight ke keta ke..hihihi...Lepas tu, adala berlaku sikit tragedi la kan..tiket masuk pulak ada hal. Dah settle semuanya kami pun masuklah..Masa ni Aqeel dah cranky sikit..Cuaca panas, tak selesa..Restless pula sebab penat semalam tak habis lagi kut. Kami pun pergi cari apa yang boleh console dia. Jumpa bumblebee water bottle. SGD25.kopak papa!! Cer convert dlm RM50 jugak le..tapi makin menjadi ragam dia..sebab dia nak tengok transformers cepat..Kami pun terus mencari mana transformers di SciFi City. Dah dapat tengok, legala sikit..Jomla layan gambar2 kami.

Saturday 10 March 2012

::JB welcomes us::

Happy holidaysssss to all specially teachers n students..:)
So, on a very fine Saturday, we're on our way to Johor Bharu!!
Hehehe..
Mana boleh duduk diam..insyaAllah, tomorrow we're going to USS..yeay..:)
Ok guys will update later on the trip..
Smileeee!!!!

Friday 9 March 2012

::merawat hati dgn memasak::

Badan yang tak berapa sihat..semalam mc..pagi ni bangun kesihatan masih tidak memuaskan..tapi, berada di dapur seawal 5 pagi telah menghasilkan baked pasta 3tray tu!!!!
Ntah mana dtg semangat nya tapi yg pasti rasa legaaaaa sangat bila dah siap, rasa pun not bad...excellent..credit to http://hungryzshu.blogspot.com atas perkongsian resepi baked pasta with white sauce.

Wednesday 7 March 2012

::DPO 14::

I'm in dpo 14..(day past ovulation). Banyak term bg org yg ttc mcm saya...dan apa yg saya rasa skrg ini ialah banyakkkkkk sangat dugaan.
Masuk minggu kedua kesihatan tidak memberangsangkan..macam entry sebelum2 ini..sembelit, cirbir, lemah badan..makan kadang2 hamboi tak ingat dunia dan kadang2 alahai tak payah makan pun takpe.. Hidung tersumbat.Selsema lagi dan sakit tekak..Nak makan ubat tapi takut..takut kut2 dah 'membawa' kan..
Kesian jugak mrH melayan bini yg asyik tak sihat je ni..kalau boleh nak tidurrrr je..asal letak kepala terus lena..haish cepat2 la habis minggu ni..nak cutiiiiii!!!!!!!

Tuesday 6 March 2012

::list barang baby::

antara barang2 baby yg penting perlu ada mengikut pengalaman ank sorang ialah;
1.15helai- Baju-baju yang mudah dipakai (butang depan), bila dicuci cepat kering.
Ada long sleeves n short sleeves.
2. Barut baby. Ada yg beli zap on tp banyak yg buat sendiri bertali.
3. 5psg mitten n booties (lebih pun takpe)
4. Water spray utk cuci2 lps salin diaper.
5. Cotton balls
6.minyak telon / yuyi / baby vicks
7. Kain lampin nak bedung,buat lap2

Keperluan mommy yg berkaitan dgn baby;
1.breastpump ( ms aqeel pakai manual avent pastu upgrade Spectra 3)
2. Botol2 utk breastmilk storage. Early preparation sbb buat stok awal.
3. Barut zap on.lebih mudah dr yg bertali sbb cikct pantang sendiri pas 3mggu.mmg tak smpat layan tali2 ni.
4. Minyak turun temurun Nona Roguy

Barang2 utk tidur;
1.tilam
2.babycot/playpen
3.bantal (tp aqeel tak pakai sgt pun)
4.Bouncer (Aqeel ada gastro reflux so tiap kali pas nyusu kena letakkan dia di tempat sdikit tggi so bouncer ni amat diperlukan)
5. Buaian ( terpaksa beli lps sebulan sebab Aqeel nak didodoi sepanjang masa smpai nk pukul 1 pg terpaksa bawa round naik kereta..rasanya buaian ni investment yg plg mahal tp berbaloi sbb pakai smpai 2thn+ n portable)
6.carseat (bg kami antara benda penting dlm pantang sbb byk travel to hospital n blk kg spjg dlm pantang)

Itu saje yg penting2 mamaFarah...entry ni khas utk MamaFarah n babyJunior..hope mamaFarah dh teady banyak benda..

::Penangan tomyam::

Malam semalam teringin benar makan tomyam..bila dah dapat, hirup2 kuah macam makan sup..
Dua hari sudah teringin makan laksa.Mencarila mrH laksa malam2.nasib baik pulak dapat jugak laksa walaupun tak best mana pun..
Kesudahannay, harini baru rasa perut memulas, cramp mcm nak mai period tuh..kluar masuk bilik air tak terkira dah... Rasakan penangan tomyam le tu..hihihi...
Haritu sembelit, harini lain pulak jadinya..

Monday 5 March 2012

::spring cleaning the house::

Banyak lagi tak siap dgn rumah yg satu ni..grill blum pasang, kena pikir tanam rumput pulak..kawasan lapang kat tepi tu kalo ada duit beli aje gazebo habis cerita..tapi,,,kalo ada sape yg nak jual dgn low price memang cikct nk beli. Semalam baru sudah upah orang angkat sampah2 lepas tebang pokok-pokok ceri yang banyak. Minggu depan kena fikir padal langsir pulak..ada sape2 tahu mana nak cari baby changing dresser? Kalo ada bagitahu cikct ye.