::Choice in ur hands!!!::

Friday 20 December 2013

::The babysitter; BabyBjorn bouncer::


Baby Hanaa' Syafiyyah on her BabyBjorn babysitter bouncer. Sometimes, it really helps to sooth her and sometimes not. :) but, mommy likes so much as it can be easily fold n travel together. 
 


::Routinizing baby Hanaa'::


30/10 - 30/11

We are in the midst of routinizing little girl..hehe... And abg Aqeel too.. Err actually routinizing our new life.  No more sweet dream for mama or deep sleep for papa..hehe.. Whenever I cant stand my sleepiness, i hav to ask papa to take turn. Huhu.. Ketaq kaki dodoi baby time ngantuk tau! 

Actually this is the sweetest moment. Take turn with spouse and taking care of the baby. Nurse her at night. Changing her diaper, changing her clothes. Pumping breastmilk at midnight because you suffer on breast engorgement and you will end up either you wake up with panda eyes or you wake up late for subuh! 

Oh luckily I applied for three months maternity leave. Yup.. Next month, we will start new routine. I'll send Aqeel to new kindy which starts at 8 a.m. together with little gadis who will accompany us. Hopefully we can adapt this new routine.  


Monday 4 November 2013

::Hanaa' Syafiyyah::

Hanaa' - Kebahagiaan
Syafiyyah - Yang Merawat

Terima kasih kepada ibu Rikazz @ Ustazah Nhazzla yang sudi membantu mama n papa dalam mencari nama dan maksud yang terbaik buat Hanaa'. Semoga Hanaa' membesar menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti dan akhlaknya seindah namamu sayang.

P/s ; Hanaa' Syafiyyah sekarang berada di wad kanak2 PMC sedang menjalani phototherapy kerana jaundis. 4/11/2013

Sunday 3 November 2013

::Fresh from the oven::

Salam all readers,
I'm mama n papa and my abang little princess. I was born 12days earlier than due date on 30th October 2013 at 7:03 p.m weighing 2.55kg at Putra Medical Centre, Sg. Buloh.

Mama said on that day, she went to send abg Aqeel in the morning to school with Mak Tok. Then, mama n makTok went to the market, Tesco and few shops. When they reached home, mama felt so sleepy n decided to sleep for a while after had a cup of yoghurt. Mama woke up around 11:45 to get ready to school but she said that she felt that I (baby inside womb) did not move a lot on that morning and she felt a very painful stomach cramp like menstrual pain. Mama called papa to come back home and brought her to the hospital. No obvious show except a crystal vagina discharge and Mama knew and confident that it was amniotic fluid.

Mama left home with papa when abg Aqeel reached home from school. Alhamdulilah, Dr.Ratna was on duty. She examined mama n baby. After did VE, she said mama already 4cm dilated. Yes, it was the day that we've waited for a long time baby...:)

And......after few dramatic scenes for 2hours in the labour room, without epidural, or any pain killer, witnessed by my lovely Papa, I was pushed out by Mama and Dr.Ratna welcomed me as soon as the muazzin recited the call to prayer for solat Maghrib.

Alhamdulillah.....

I'm HANAA' SYAFIYYAH BT MOHAMAD HIRZAN.
The happiness that cures sickness.
I bring happiness to our little family.





Tuesday 8 October 2013

::Sneak peek of our little darling::

As Dr.Zarul referred mama to do 4D ultrasound, n here it is, sneak peek of our little darling..

Posing plak dia..

Hehe.. Nanti mama ceritakan pengalaman warded akibat kebocoran air ketuban at 32weeks, dexa jab dan antara medical term yg kami belajar slps ultrasound tu; Pericardial Effusion, AFI, velocity of aorta, etc..

Please pray for us peeps...

Tuesday 1 October 2013

::Musim PMR::

Esok dah start PMR. Masa nila pelajar-pelajar tingkatan 3 rasa dah tak cukup masa nak study. Eh, yeke..atau masih ada yg berpoya-poya?! Yang mana ada kesedaran tu Alhamdulillah, yg mana masih main-main sambil lewa lagi, kalo dah malas sangat, gali lubang timbus diri sendiri ye..

Soalan bocor?! Tak perlu la nak sibuk
cari soalan bocor. Sebabnya kalau anda betul2 bersedia, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Cikgu-cikgu bagi latihan selama ni pun tu semua soalan ramalan hasil kajian daripada soalan- soalan yg lepas.

Ok, semoga berjaya bagi calon2 PMR 2013.. Buatlah yg terbaik utk dirimu sendiri..

Monday 30 September 2013

::Convertible car seat pilihan::

Setelah menimbang tara pilihan untuk membeli car seat, akhirnya convertible car seat pilihan kami jatuh kepada Omni Guard Sweet Cherry.

Dah lama usha tp tunggu sale. Sabtu lepas, Jusco Rawang buat sale lagi. Mula2 masa survey tengok harga RM459.. Tak jadi cikCt nk ambil. Masa tu salesperson takda kat situ. Dah puas pusing2 bawak Aqeel main, Papa dtg bgtau price tag tu ada tanda mesti ada diskaun. So, cikCt pegi lagi sekali tanya salesperson.. Cik Kak tu kata harganya kurang rm100 jadi rm359.. Oh ok.. Tapi, tinggal 1 saje yg display nih. Sebab pagi tu dah ada org dtg beli. Ye ke.. Kut dia sorok plak kan.. Hehe..

So, sambil tu surf internet jap survey harga online. Ok harga termurah dalam online pun rm369.. So, boleh la kan.. Bila datang lagi sekali, dia kata rm349 sebab diskaun lagi untuk member's card.. Lagila ok.. So warna pilihan (tak boleh pilih sebab 1 tu je kan yg ada), warna beige.


::Warehouse sale @ Little Whiz::

Alang-alang dah stay overnight kat Concorde Shah Alam, lps check out kami pun pegi warehouse sale Little Whiz di Setia Alam.. Selain barang sendiri, cikCt beli barang2 order dari kawan-kawan. Kedai Little Whiz ni kecik je. Tapi barang2 nya penuh. Mr.H kata semua car seat n stroller kat ctu mahal2.

Berbaloi jugak beli masa warehouse n pegi sendiri. Harganya banyak beza jugak.
Total damage about RM568. Kalau ikut harga biasa mau lebih RM700 rasanya. Yang kami beli semalam;

2 set sterilizer and warmer
Medela milk collector
Botol susu
Liner bag
Breastpad
Nursing bra
Toy


Wednesday 25 September 2013

::Cuci mata katalog IKEA 2014::

Hajat hati nak berangan ke IKEA dari minggu lepas. Harini kami cuti sebab ke hospital pagi td untuk check up. Tapi kan, huhu, tak larat sungguh nak bawak badan..mak buyung naik 4kg bulan nih!! 😱😱😱 patutla rasa macam jentera berat sungguh.. Bergerak dari kelas ke kelas pun slow sungguh..

Ok balik kepada katalog IKEA 2014,item pertama dalam list ialah 'drying rack'. Nak sangkut dlm bathroom supaya nanti kalo basuh diapers baby sikit2, boleh terus sidai. Bathroom tingkat atas lebih luas sikit ruang dan ada cahaya matahari. Jadi, memang sesuai rasanya. Ikut info tu, kalo taknak guna boleh lipat..tapi tak berapa clear la macam mana nak lipat.

Item pilihan yang kedua ialah rak storage Trofast. Sekarang ada satu buat simpan mainan si abang. Cadang nak beli satu lagi untuk simpan baju2 adik baby di tingkat bawah. Boleh susun sebelah2..haish, rumah sempit tp nak letak macam2.
Harap2 adala rezeki dapat beli.

Item pilihan ketiga pulak, yang ni wishlist dulu..tapi amat menarik. Brimnes Daybed. Yg best ada drawer n boleh transform jd queen size bed. Bilik ats tu kecik comey maka katil ni sesuai la. (tapi kena la letgo katil single yg sedia ada sekarang ni) .

Ok itu aje.. Layan la gambar daripada katalog IKEA 2014.










Tuesday 24 September 2013

::contraction ~ false alarm::

To baby,
Now u're reaching 33weeks 2days.. Mmg dh kerap sgt bg hint contraction tipu2..huhu..semalam lps dinner, tiba2 dtg sakit yg amat sgt.. Papa pun dh panik tanya mana beg mama. Haiyoo.. Baby ni main2 la tu.. Make up la puas2 dulu.. Sikat rambut, lentikkan bulu mata.. Bagi pipi tu pinkish2 skit. Hehe..kalo nak keluar, keluar 36minggu sok nnt ok la dh.. Mcm abg Aqeel dulu.. :)

Beg spital blom siap lg.. Nebes...

Tuesday 17 September 2013

::baby D.....A....::

Tak tau la ni confirm ke tak tapi rasa2 memang nak decide D...A... Ilham tu dtg masa tido.. Jadi, mama suka je.. Papa? Suka jugak la kut.. XX ke XY? Seprais!!!!! Hehe...

::medela freestyle::

Ni antara wish utk yg second ni.. Nak try medela freestyle breastpump.. Masa Aqeel, mama guna manual avent and spectra 3.. InsyaAllah bulan dpn la kut.

Lepas tu nak cari convertible car seat.. Dalam plan jangka panjang, nmpk macam mama jgkla yg akan keluar hantar aqeel pi skolah pagi2. So, mstila angkut baby kan.. Sementelah kami dh letgo baby car seat yg lama so carila yg baru kn..

Tggu bulan dpn jugaklah..

::32minggu::

Dah 32minggu.. Ikut calculation mmg ada lebih kurang 6-8 minggu lg sblm bersalin. Tapi kalo menurut pengalaman dgn abang Aqeel, tinggal lagi 4 minggu..
Honestly, nampak je mcm Mama ni cergas ke sana sini, sihat tapi hakikatnya Allah je yg tau.. Dah tak boleh tido, tak boleh baring..nak tunduk, nak jalan jauh2, semua rasa letih..sakit.. Redha la dugaan ujian Allah bagi.. Lain org lain rasanya lain pengalamannya.. Kalo boleh blk keje nak rehat nk baring nak tido..kalo boleh nak tiap2 malam org urutkan pinggang yg sakit..perut yg ketat sendat.. Itu semua kalo boleh..
For the past three weeks, i had hectic days.. Keluar masuk rumah, masak pagi2, fikir lunch n dinner and so on for other people..moga2 Allah permudahkan urusan bersalin nanti..

Preparation baby, baju2 je la dh basuh..beg belum packing.. Beg mama pun tak sempat lg nk pikir.. Abg Aqeel plak makin hari makin meragam.. Bukan baby dlm perut je buat mama tak tido mlm, dia pun sama..ada je hari tak sihat.. Bila tak sihat, mama pun tak boleh tido lena.. Asyik terjaga utk observe dia pukul 3-4pagi saat org lain lena dibuai mimpi..

Sunday 7 July 2013

::Phuket Fantasea::

Alhamdulillah rezeki dapat menjejakkan kaki di negara jiran..Kalini pi Phuket tp tak banyak sgt berjalan..setakat mlm tadi, pergi tengok show di Palace of Elephants Phuket Fantasea ..

Banyak sebenarnya aktiviti boleh buat kat Phuket ni. Tapi dengan mak buyung bawak perut 5bln ni, berpada-padala....yep, mmg kalini saya sungguh tak rasa cergas mcm pregnant Aqeel.. Asyik nak tidur n baring aje.
Kami stay dekat Tune Hotels Patong. Ada masjid dan restoran muslim..boleh jalan kaki saje..tp biasanya cari makan encik suami yg amat mithali tu la akan keluar.

Semalam ke Phuket Fantasea, kami tgk satu show yg sungguh WOW...amazing.Sebelum tu kami makan malam di situ jugak.ada 1 hall yg besar dan makanan,minuman halal semua di satu section yg khas..jgn risau sbb cutlery, pinggan mngkuk semua diasingkan.ada halal cert lg diletakkan disitu.makanan sedap2 belaka..

Show start pukul 9mlm...rasanya hampir 10,000 penonton dalam hall tu.tapi jgn harap nak amik gambar walopun korang berjaya sneak in kamera handphone..sbb camera police is everywhere. Show tu melibatkan manusia, gajah, harimau, burung, ayam, kambing, kerbau..memang kagum semua penonton tgk..pandainya gajah2 beraksi dlm pementasan tu. Kagum tgk mcm mana mereka boleh latih sekumpulan burung boleh pulak terbang dlm hall tu.. Sampaikan si Aqeel yg mula2 takut sbb bunyi yg kuat terus teruja bila tengok gajah2 buat show.

Habis show around 11..beratur nak balik naik minivan..tp sistem di situ mmg efisien..tak kalut pun..queue up, pastu tunjuk tiket nk balik mana, nnt naik minivan..sampai hotel pukul 12mlm.








Monday 1 July 2013

::21 weeks already::

Alhamdulillah, my little bun is 21 weeks already.. Wonder what he/she is doing now in tummyland.. :) hopefully you are growing healthily darling..

Sunday 30 June 2013

::membuang sawang::

Assalamualaikum,
Lamanya tak menulis kan.. Sekarang baru tahu macam mana sibuknya saya dgn macam2 sistem pendidikan yg baru ni.. Dan lagi satu mungkin hormon dah berubah membuatkan saya tak berapa minat nak mengadap hp/laptop ke nak menaip cerita2..:)

Happy news #1
Ok, sekarang cikct dh masuk trimester kedua. Dah 5 bulan.. Perut dah nampak dan paling ketara pinggang dah stat sakit.. Tanda kekurangan kalsium yg ketara. Makan? Masih belum berselera. Doakan moga baby kami sihat2 saje ye.boy or girl kami tak kisah.. :)

Happy news #2
Alhamdulillah, buat pertama kali saya pohon pertukaran ke tempat bertugas yg lebih hampir dgn rumah, dan dengan izin Allah ia telah diluluskan. Yahoooo!!!!! Memang rezeki baby sebab alasan utama saya tak larat sungguh berulang jauh2 dgn keadaan jalan yang berbukit bukau dan lubang sana sini..Sekarang masih menunggu surat pertukaran dari jabatan. Sedih nak meninggalkan tempat lama tapi itukan adat pertemuan. Semoga tempat baru memberi semangat dan inspirasi kpd sy agar bekerja dgn lebih kuat.

Itu sahaja bebelan cikct..:)

Rindu teman2 blogger...:)

Tuesday 14 May 2013

::6/5/2013 kembali lagi::

6/5/2013 mungkin tarikh biasa..oh, bg Malaysia tarikh penting juga.sehari slps pilihanraya umum.

Tak tahu bagaimana nak dimulakan bicara, samada ni suratan atau kebetulan tetapi sesungguhnya ini ujian maha hebat buat kami. Ya, sekali lagi diuji dengan perkara yg sama. Allahuakbar.

3 tahun yg lalu, tarikh ini jua, ayahanda tercinta meninggalkan kami menghadap illahi. Kami redha setelah pelbagai dugaan, kesakitan beliau alami akibat Nasopharyngeal Carcinoma.

Sekali lagi tarikh ini jua menentukan berita yg tidak bagus bagi kami. Ya Allah, kau uji lagi kami dgn perkara ini. Namun hati ini redha. Faham kerana setiap ujian menandakan Allah sayang dan kasih pada kita. Cuma kadangkala terdetik jua bolehkah kami menghadapi cabaran dugaan ini dengan sabar?!

Ibu mertua cikct pulak dikesan mempunyai ketumbuhan di belakang hidung. Sama seperti arwah abah dulu. Rawatannya cuma radioterapi. Ya itu menurut doktor.

Harapnya mak cepat sembuh. Mak, kami sayang mak...

Sunday 7 April 2013

::On 30th birthday::

Terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk bernafas sehingga usia 30tahun.

Bersyukur dikelilingi oleh orang2 yg saya sayang.

Moga Allah merahmati perjalanan hidup kami.

6th April 2013
Berjaya Resort, Langkawi.

Friday 29 March 2013

::Kun Fa Ya Kun::

Setelah menunggu selama 2minggu dgn sabarnya...maka, keputusannya ialah;

Alhamdulillah....

InsyaAllah, Aqeel will be a big brother soon. Masih terlalu awal. Dalam fasa berjaga-jaga.

Hadiah paling bermakna menjelang April. Kenapa April? Sebab both of us, mama n papa were born in April. :) So, hadiah harijadi kami yg amat berharga.


Syukur ya Allah kerana memberi kami rezeki yg kami nanti2.

Peganglah janji Allah. Kun fa ya kun. Supaya tidak akan ada rasa gundah. Jangan berhenti berusaha. Jangan putus asa. Rezeki itu pasti ada.

Ujian menunggu tu mmg seksa jiwa raga. Tapi tak mengapa. Hasilnya membahagiakan.

Ikut perkiraan, usianya baru 8minggu. Tadi bila discan, saiznya amat kecil. Mungkin dalam 5minggu. Sebab itu, waktu ujian urin 2 mggu lps masih negatif kerana hormon HCG sgt rendah.

Terima kasih kepada kawan2 yg mendoakan kami..

Ujian ke-2 di rumah.

Tuesday 19 March 2013

::2ww::

Mama dlm fasa 2weeks wait now..aduh terseksa rasanya..minggu lps sakit perut..pergi klinik dapat mc..doktor cek tp it turns big fat negative! Pasrah..
Redha jelah..Tapi till now my bf blom muncul lagi. It's CD #44
Aqeel dah tak sabar nak jadi abang. Kesian dia...main sorang2.
Tapi semalam ada 1 faint line, 1 clear line. Hope it's not an evaporate line..huhu..
So, marila menunggu sesama..

Antara simptom paling ketara, perut buncit. Sakit belakang..cramp perut. Cramp kaki.. Tapi tu semua mama tak mengharap sgt sbb kalo my bf nk dtg, macam tu jugak sakitnya!

Doakan kami ye...





Tuesday 5 March 2013

::seorang ibu::

Pagi tadi selepas hantar aqeel ke sekolah, sebaik saja balik rumah, mama nampak macam kelibat Aqeel ada di rumah..:) itula naluri seorang ibu..maknanya roh dan jiwa Aqeel mmg amat dekat di hati mama..:) anak teruna dah 4 tahun pun. Masih seorang, belum beradik..:) Jangan ditanya bila sbb saya pun takde jawapan. Masih berusaha.. Err, lambat sangat nak buat, beli lebih cepat kan..hahaha..kang kna tangkap pulak akta pemerdagangan manusia.
Bila tanya Aqeel, dia jawab, adik tgh tidur lagi..Belum bangun lagi.. Tanya lagi, adik Aqeel tu girl ke boy? Katanya Girl..hehee...
Berangan!!!
Saya rasa nak beli rumah yang besar sikit. Kenapa? Saya berharap anak (anak2) saya ada yg sudi tinggal di rumah kami bila dewasa kelak. Huh, jauhnya pikir..hehe... Yelah,nanti mesti sunyikan..bila dh tua..

Friday 15 February 2013

::Bahasa rojak::

Sejak mula sekolah ni, perubahan ketara pada Aqeel ialah bahasa. Di rumah, kita bercakap dalam bahasa Melayu rojak..hahaha..rojak2 dgn English.. Tapi skrg, Aqeel dah banyak vocab in English yg dia dengar n belajar di sekolah.. Jadi, balik rumah dia pun speaking dgn mama.. 1 insiden yg buatkan mama tergelak tu, satu hari dia mencari charger dvd player.
A: mama, please charge. Battery abis.
M: Carila charger dalam beg tu.
A: (dtg dkt2 mama smpai kerut2) What? I dont understand.!
M: (nak gelak tp tahan) Find the charger inside the bag.
A: Oohhh...tp Aqeel tak tauuu! (faham mama cakap tapi malas nak ambil sendiri)

Hehe..kononnya tak faham bila mama jawab in Malay..eksyen eik Aqeel...hahaha...

Kalau nak ambil something yg dia tak sampai...

A: ooo, Mama, tolong Aqeel..Aqeel tak bleh reach!

Selain daripada belajar dan dengar semasa di sekolah, Aqeel belajar English dari transformers. Ayat fav dia;
One shall stand!!!!! N one shall fall!!!
You got the power!
Dan banyak lagi...

Walaupun mama cikgu bahasa, tp mana taklah tekankan sangat nak speaking aje dgn dia..rasanya minat, kebolehan berbahasa tu mmg boleh dipupuk dgn mewujudkan persekitarannya di rumah.
Lepas ni tunggu masuk kelas bahasa Arab pulak.. Hehee...jd eksperimen la aqeel ye..:)



Thursday 14 February 2013

::4th photobook::

I just completed uploading pictures for our 4th photobook!! Huh, rasa nak munt**.. actually i just continue what had be done by mr.hubby..hahaha..kerja utk org yg bercuti..so, this 4th photobook compiles our trip to Legoland, Terengganu, Bali, Bandung, Lost World of Tambun, Bukit Gambang Resort, Aqeel's 4th birthday and a few pics of family gathering..yeah,,, cant wait!!!

Wednesday 13 February 2013

::WSH requests for make up::

Our WSH requests for make up!!! Huhu...Accidentally injured and she will undergo minor operation tomorrow..
Huhu...and it happens during my 1 week holiday!!! Sob sob sob...

Monday 11 February 2013

::school break::

I'm enjoying my 1 week school break now..:) we are now in Taiping!!!
Sooo grateful as i dont hav any school work to be done.
Everything is fine.

::jauhi sifat menunjuk::

Nak tulis buat peringatan diri,
Jangan jadi manusia yang suka membazir,
Beli barang itu ini yang mahal2,
Walau takde niat nak menunjuk tapi kalo suka upload dalam fb, stagrem dan sewaktu dengannya, apa kes...
Biarlah bersederhana...
Moga Allah jauhi kita dari sifat2 syaitan yg suka membazir.
Ada duit sikit buat cara duit sikit.
Kalo ada duit banyak pun jangan tunjuk2.simpan utk masa depan.

Moga Allah berkati rezeki yg kita dapat.
Moga Allah limpah kurniakan keberkatanNya ke atas rezeki kita.

Menulis utk peringatan diri yg slalu tak puas hati.. :)

::He turns 4 on 090213::

My darling turns 4 years old!!! Hopefully you will be our anak soleh..Be a responsible brother..:) may Allah grants you with all His blessing..

We celebrated it twice. First, we fulfill his wish to cut the cake with his makLong and lovely sisters.. Secondly, we cut the cake with mamaAwe (his babysitter) and family.. mama cooked mee hailam on that night..













::Bonus 8% Tabung Haji::

Alhamdulillah, rezeki...hehe...baru je hapdet buku awal bulan Januari aritu.. So, setiap simpanan berjumlah RM1000 dapat la lebih kurang RM80.. Moga2 Allah murahkan rezeki kita semua..
Nak pegi Mekah..Madinah... Rindunya...

Thursday 31 January 2013

::Ri-yaz Heritage Resort & Spa::

Sharing some of beautiful sceneries at Ri-yaz Heritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu..We went there for 3days and 2nights.I like the surroundings, tranquility of nature and the food! :)













Wednesday 30 January 2013

::Aqeel off to school::

My little one is now getting bigger..clever..n more handsome..10days more before he turns 4 years old..:)

::dah upload gambar::

Setelah sekian lama tak boleh upload gambar dari blogger via iphone, sekarang dah berjaya!!!! Caranya, reinstall apps blogger itu..geram tgk kak runiza upload boleh, cikct tak boleh..hahahaha....

::roti bun gebu::

Roti ni memang sedap bila cicah air teh..:) sape pun boleh buat..memang senang.. Cikct pun try dr resepi roti kismis gebu cik mat gebu kita..memang menjadi..

Wednesday 23 January 2013

::entry 2013::

Lamanya tak update blog..Sis Runiza, ticer ct sibuk sangat dgn kerja sekolah n kerja rumah..tambahan lagi, Aqeel dah start sekolah..(pre-school)..tak sempat berblogging..nak taip entry ni kena duduk senyap2 dan taip..hehehe....Ok, mai nak cerita sikit..sekarang dah masuk minggu ke4 persekolahan. tahun ni portfolio di sekolah tak banyak berubah tapi beban tugas makin bertambah..selaku guru kelas macam2 la kami kena buat. Daripada hal buku register, yuran PIBG, fail peribadi, data murid online, buku spbt sampaila ke hiasan bilik darjah. Tahun ni saya ada 42 anak dan yg pasti lelaki lebih ramai daripada perempuan. Dan ada juga pelajar orang asli dan juga warga asing. semua kena ada data yang terperinci ttg mereka. Selain dari itu, library masih memerlukan khidmat saya selaku guru unit NILAM utk tahun yg kelima. Azam tahun ni wujudkan ramai pelajar yg menjadi rakan pembaca atau elit. Rasanya dah muak budak2 tu tgk saya mengarahkan mereka baca buku, rekod dalam buku NILAM. Seterusnya, kantin pulak...macam-macam kena buat kat kantin ni. Daily inspection mmg wajib lepas tu nak ceriakan jugak. apa lagi? ha data emis pun masih perlu bantu guru sesi pagi.. Dahla, kalo citer bab tugas kat sekolah mmg banyak...senang cerita, jd mak,kerani,doktor,akauntan dan segala-galanya lah.:)

Cerita Aqeel Haziq pulak. Masuk minggu ke4 baru la ok skit. hari pertama dia melalak sampai dikuarantin oleh cikgu dlm bilik lain..tapi dia suka je duk bilik lain tu sbb ada tv. hari ke2, melalak jugak dan seterusnya sampai masuk minggu ke2 dh ok skit. minggu ke3 buat perangai lagi..sampaikan mama jd migrain duk pikir apa kerenah yg bakal dia lakonkan setiap pagi. Alhamdulillah selepas kami rutinkan jadual malam dia, baru nampak ok pada minggu ke4. Pergi sekolah mama hantar, balik pulak naik van atau kereta ticer. Improvement? pandai dah tulis nama, dan paling ketara now speaking London aje.Petang pulak lepas buat homework, mengaji dengan mama hawe. Jadi jadual dia mmg pack la waktu siang. Malam pulak dia balas dendam main transfomrers la.

Lepas antar Aqeel pergi sekolah, mama pun bersilat la di dapur. masak simple aje. kalo nak bergulai, pagi dah siap masak gulai. Balik sekolah baru masukkan ikan. Masa tu jugak nak siapkan lesson plan,prepare apa yg nk diajar, siapkan semua kerja2. Memang macam tangan sotong. Sambil periuk atasa dapur, laptop pulak atas side table. hehehe...

Papa Aqeel pulak macam biasa la..sekarang pi keje awal skit sebab kadar kesesakan trafik depan rumah sampai ke kilang amat luar biasa. Selalu breakfast simple je, roti atau minum air je. kalo mama terjaga awal, mama masak le.

Minggu ni free skit sbb minggu ni ada acara merentas desa. Hari Khamis cuti maulidur rasul dan hari Isnin pula cuti thaipusam.

Ok, hujung minggu ni nak menjejaki Sata Pak Aziz Kuala Kemaman..sapa nak ikut jom!!! :) Trip pertama 2013 ke Gambang, Kuantan dan Kemaman insyaAllah. :)

terima kasih sudi membaca.