A warmest welcome to dear readers.Thanks for visiting us.It's all about our little family.:)
::Choice in ur hands!!!::
Friday, 6 February 2009
::bunga siti fatimah::
pernah tgk bunga ni??ada yg panggil bunga siti fatimah, ade yg panggil selusuh siti fatimah..got this one from my sister..her husband got tis in Cairo during mission to Gaza a fortnight ago..petuanya,bila dh mula sakit nk bersalin, rendam n bile bunga tu dh kembang maknanye dh ready utk brsalin..ade yg suh minum air tu jgk..tp amaran keras jgn rendam awl2 sbb ade yg kata nnt sakit je lebih tp jln blum terbukak lg..kesimpulannya cikCt tggu sakit nnt dh masuk spital br la rendam bunga ni...slain itu, brg2 dh siap pack n ready dlm keta..n nnt nk bekal buah kurma,bunga siti fatimah n air zamzam..
NAK TENGOK BUNGA SITI FATIMAH YANG DH KEMBANG SELEPAS DIRENDAM PADA SAAT2 KELAHIRAN AQEEL HAZIQ, KLIK PAGE INI. AQEEL HAZIQ.
Tanda-tanda Hampir Bersalin
Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
sakit perut, memulas
kerap buang air besar
kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
keluar air ketuban.
pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
keluar darah dari vagina.
apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
Labor Signs, webmd.com
Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
::adapted from Ratuhati.Com::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment