::Choice in ur hands!!!::

Monday 24 March 2014

::Masak memasak dengan Elba Pressure Cooker::


Dulu memang duk aim nak beli pressure cooker.tp hold dlu sbb rasa macam takde kepentingan sgt. Biasa nk rebus daging, pakai slow cooker je. Tengah malam on, esok pagi dah siap. 
Tahun lepas, Perodua bg pilihan hadiah2  untuk staf yg servisnya sudah mencapai 10tahun. Maka, cikCt pun dapatla peluang memilih hadiah. Macam2 ada.. Tp cikCt lebih minat gadjet dapur. Jd pilihla Pressure Cooker n Steamboat n grill set.


So, baru ni la berkesempatan nak pakai. Waaahhhh rupanya dengan ada ank kecik, pc amat membantu. Dan lebih seronokla kita bereksperimen. 

So, menu pertama cikCt ialah beef stew. 
Dalam setengah jam dah siap dan rasanya umpphhh enak bangat.. Resepi beef stew banyak ye kt internet. Boleh google je. Yg cikCt rasa wajib bubuh ialah thyme, bay leaves n oregano. Black pepper jgn lupa. CikCt pakai vege yg keras; kentang, carrot, celery. Buh kicap manis n masin.. 
Oleh kerana first time guna pc, lepas daging masak, cikCt alihkan dlm periuk
Ajaib sbb nak masukkan tepung jagung utk pekatkan kuah. Padahal boleh je on smula periuk tu. Penakut btoi. Hehehehe..

Eksperimen kedua ialah nasi tomato air mata Syafiyyah. Masak dalam keadaan Hanaa Syafiyyah duk meragam entah kenapa, cikCt on suis n pilih menu rice pastu start. Bahan2 apa yg ada dlm dapur, masukkan 2 sudu marjerin, tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan 3sb tomato puri. 

Bila dh naik bau, masukkan beras basmathi beserta air. Sukatan air beras basmathi 1:1.. Kemudian, tekan lg sekali button start dgn pilihan menu rice dan tutup tudung periuk. 

Jangan lupa garam ye. Macam cikCt ni td kelam kabut dgn syafiyyah maka nasik ku tawarrrrr..  
Dan ini dia hasil masak nasi tomato n beef stew dengan Elba Pressure Cooker.  Sayur? Makan dengan salad je. Masak mmg pantas. 8minit je dah siap.

2 comments:

amirah said...

maksudnya kita leh tumis dag pc tu gak ke ti? soalan org tak pernah ada pc..kmie pun penakut gak..hihi

Cik CT said...

KakMi, boleh..pilih je menu cth td nk msk nasi, tumis dulu..pastu nnt bila timer bunyi, kita buh beras, tudung baru tekan smula start.