::Choice in ur hands!!!::

Sunday, 31 May 2009

::school holiday part 1::

family potrait

IT'S SCHOOL BREAK...


30th May 2009/8.30 a.m/Bukit Sentosa to Taiping

first weekend during school break, Aqeel Haziq, Mama & Papa went back to our hometown..From Taiping with Love..attending Bazilah & Shahrizan wedding ceremony (jiran sebelah umah mak tok)..Bazilah o aunti Noy was pengapit Mama last year..and she chose da same date as Mama&Papa's wed for her Big Day..


i'm ready Mama


on the way




he didnt sleep at all





31st May 2009 ::the pink couple::



as usual, balik kampung most tiring but HAPPY...:) mom's house @ Taiping then in law's house @ Bagan Serai..the must-visit places during balik kampung..:) owh,Tesco Taiping also included..:p

Wednesday, 27 May 2009

::sebab saya suka::

sebab saya suka kawasan kejiranan saya adalah;
  • mereka sangat peramah
  • sangat2 ambil berat
  • sangat2 baik hati

sebab itu saya sayang rumah saya(*sewa*) dan kawasannye..tengok la gambar yg berjaya diambil oleh papaHaziq masa mamaHaziq n Haziq sedang berkumpul bersama ahli mesyuarat tingkap petang jumaat minggu lepas..:) rindu btul waktu saya blum keje,saya slalu join mesyuarat tingkap ini..antara aktiviti kami ialah makan2...best....tambah2 masa pregnant,sume kakak2 itu sgt ambil berat..:)

bila Aqeel Haziq dh kluar,saya hantar pd kakak disebelah rumah a.k.a cikAwe sambil dibantu oleh cikSu yg gemar juga membawa Haziq jalan2..



Haziq with cikImah..


pics diambil dr tingkap master bedroom rumah kami..:)

Tuesday, 26 May 2009

::buli mama papa::

Aqeel Haziq yg suka senyum...
yg manja sangat...
yg suka memerap dengan papanya...
yg suka berjaga malam2...
yg suka mengadu....
apapun jua,,,,
Mama Papa tetap sayang kamu...
sayang sangat2...
cinta sangat2...
semoga Aqeel Haziq menjadi orang yg berguna...
menjadi orang yg berjaya...
yg sentiasa taat pada perintah Allah dan RasulNya..
yg patuh pd Mama Papa..
yg hormat pd orang tua..
yg sentiasa mendengar kata gurunya..










walopun kamu membuli mama papa dengan bangun seawal jam 4pg dan mengajak mama papa bersembang..walopun kerap kali akhirnya mama papa terlena tak sedar diri,tp kami tetap sayang kamu...;)



dan akhirnya dia tertido pukul 6.30pg dgn ayunan buaian..:)

Monday, 25 May 2009

::breastfeeding challenge::

mama br pas half semester la dlm akademi breastfeeding..hihi..br 3 bulan la...alhamdulillah,haziq masih breastfeed..antara cabaran yg mama hadapi;
i) production merudum sebab;
-stress
-mkn tk menentu
-tak sihat
ii)tak sempat nk pam dkt skolah sebab;
-masa rehat mama telah dikebas utk relief cikgu2 yg tak dtg
-sibuk siapkan material

masa mula2 mama stat keje, n pam di skolah ade jgk cikgu yg tanya knapa tk bg je susu formula..mama senyum jela..sbb yg brtanya pun sedang pregnant..justeru,tidakkah dia mnyedari bahwa susu ibu makanan terbaik bayi..mungkin kurg pgtahuan dan dia merasakan amat susah mama ke hulu kehilir mengendong cooler bag..

dan kadang2 yg plg mencabar bila vitamin M mama terlebih dos..huhu..perlu diingat bila dh berniat nk bf baby maka kite perlulah


i)rajin
ii)konsisten
iii)sabar
iv)yakin boleh

dan paling penting,sokongan drpd papa kepada anak anda iaitu en.hubby la dan juga mak ayah,mertua n sume2 la adik bradik..barula berjaya...

!!!!jangan bandingkan ape yg kite dpt dgn ape yg org lain dpt..contohnye tgk gambar ebm org lain yg melimpah ruah..apa yg kite ade adalah rezki kite..jika dibandingkan kite akn cpt stress jgk!!!!!!!berbanggalah dengan ape yg kite ade..

JADUAL WAKTU SAYA
5.30pg/6.30pg - optional mgikut keadaan Aqeel Haziq..kdg2 simanja ni bgn awl n kdg2 lambat..tp seboleh2nye sblm ke skolah mesti mengepam sekali
10-10.30pg - wajib pam..tgk jgk time rehat ni..kdg2 kna relief cikgu2 yg tak dtg jd kena ubah jadual
1.30-3ptg - wajib pam sbb tangki dh penuh..kalo tidak akibatnye S.A.K.I.T dr bwh armpit smpai ke lengan...
7 - 8 mlm - mengosongkan tangki drpd balance yg Aqeel Haziq dh minum
11-12 mlm - optional (kalo mama lum terlena)
dan hasil harian adalah utk bekalan haziq keesokannya....

lebihan bekalan akn dijadikan frozen ebm..
konsep supply and demand perlu diamalkan walopun most yg mama baca perlu pam at least 8kali shari utk maintain milk supply..tp mama cuma mampu buat dlm 5kali dan masih maintain milk supply..
next; ebm storage

Sunday, 24 May 2009

::manja::

arini manja mamapapa asyik titon saje
penat sangat ke???

::my weekend::

weekend Aqeel Haziq mestila bersama mamapapa...sangatla pandai mengajak papa kluar..pg td mereka berdua keluar ambil angin pagi tinggalkan mama sorang2..huhu...bila masuk umah dia mula mengamuk2 nak kluar..adoila ank teruna sorang ni..suka sangat tengok cars,birds..
"Aqeel Haziq tau tak yg awk tu baru je 3bulan...masih tecik lg tau...".
Mama rs geram mau cobit2 aje..esok isnin..selalunya Aqeel Haziq akan meragam di umah CikAwe sbb rindukan mamapapa yg manjakan dia time weekend...
bila la baby mama ni nk menerap eik?semalam dh mengiringkn badan btul mcm nk meniarap..pastu tak jd plak..:)

::pre-anniversary::


anniversary mamapapa yg pertama...:) oleh kerana hari sabtu ini 30/5/09, cikCT,hubby&Aqeel Haziq akn pulang ke kampung,jd kami putuskan utk celebrate pre-anniversary dulu..hehehe...

so,off we went to Manhattan Fish Market,MIDVALLEY..so far, in our plan, we'll go for a vacation to celebrate this beautiful moment..cikCT n hubby r already married for 1 year and alhamdulillah, blessed with a cute son..n we'd a lot of 'rezeki' came in our life;

  • me got a job
  • hubby got interview for promotion

  • we bought new car
  • and our target now is...............to have a dream house...........

love is in the air

nyamnyam

the food is yummylicious

daddy and son

mummy and son

Ma,where's my menu??

my finger??nyamm...

Saturday, 23 May 2009

::anugerah untuk doktor kita::

Tahniah kepada Dr.Aniza yg mendapat Anugerah Ibu Muda Bestari 2009. CikCt terasa nk letak entry ni sbb our family selalu jumpa Dr. Aniza bila tak sihat.dari cikCT, hubby n Aqeel Haziq..;) salah satu sebabnye Aniza Medical Center is panel clinic ofis hubby n da service is 5 stars..:) bila dh baca artikel from Berita Harian ni tak sangka Dr. Aniza rupanya pesakit kanser payudara.orangnye sangat lemah lembut..:) semoga Dr. Aniza akan terus maju dan sihat sentiasa...
Berbakti kepada masyarakat
Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
SENTIASA memberi tunjuk ajar kepada kakitangan yang bersama-sama menjayakan Aniza Medical Center.
Penubuhan Aniza Medical Centre bukti kecekalan doktor muda menawarkan khidmat ORANGNYA kecil molek. Tutur katanya juga lemah lembut, tetapi terselit nada tegas membayangkan semangat juang yang tinggi tertanam jitu di dalam jiwanya terutama apabila membabitkan pesakit yang mengunjungi pusat rawatan dikendalikan beliau. Sebagai pengarah perubatan Aniza Medical Center, Dr Aniza bertekad menjadikan pusat rawatan berkenaan sebagai satu hab kesihatan yang berupaya memberikan rawatan terbaik kepada setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kesihatan.
Ibu kepada tiga cahaya mata lelaki, Muhammad Syameel, 9, Daniel Hasyimi, 7, dan Adam Syazwan, 5, itu menyatakan beliau tidak menyangka daripada mengendalikan klinik kesihatan kecil, beliau kemudian berupaya memiliki pusat kesihatan dengan jenama sendiri, iaitu Aniza Medical Center yang meletakkan beliau pada kedudukan hari ini. Sejurus tamat pengajian bidang perubatan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Dr Aniza bertugas di klinik kerajaan dan beberapa kali bertukar lokasi kerja bergantung kepada pos yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak majikan. Pada 1999, beliau bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai Pegawai Perubatan Siswazah dan kemudian di Hospital Kuala Kubu sebelum ditukarkan ke Klinik Kesihatan Serendah. “Semuanya bermula pada 2004. Ketika itu saya cuti bersalin. Suami (Ahmad Hisham Hashim), memberikan kata perangsang supaya saya membuat pilihan, sama ada meneruskan kerjaya di klinik kerajaan atau mencuba sesuatu yang baru dan mencabar dengan membuka klinik sendiri,” katanya ketika ditemui di pusat rawatan berkenaan di Bukit Sentosa, Rawang, baru-baru ini.
PESAKIT adalah keutamaan di Pusat Perubatan Aniza.
Beliau menyahut cabaran suami dan membuka Klinik Aniza pada Disember 2004 yang beroperasi di Bukit Sentosa sehinggalah pada Mac lalu, Klinik Aniza bertukar status kepada Aniza Medical Center yang lokasi barunya tidak jauh daripada klinik yang lama. “Saya beralih daripada klinik kepada pusat perubatan kerana bukan setakat kata-kata semangat daripada suami saja yang berlegar di minda saya, keluhan pesakit juga sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan saya untuk membuka pusat rawatan yang dikendalikan doktor wanita,” katanya. Apabila mengingatkan keluhan pesakit wanita yang susah mencari doktor sama jantina bagi mendapatkan rawatan, Aniza terpanggil menyediakan kemudahan berkenaan yang dirasakan perlu dan wajib membantu mereka yang ingin dan sepatutnya berasa selesa apabila berhadapan doktor yang merawat mereka. “Saya acap kali mendengar pendapat pesakit mengenai kesukaran mendapatkan rawatan daripada doktor wanita selain klinik Aniza yang dikendalikan sebelum ini agak kecil ruangnya sedangkan pesakit ramai mengunjungi klinik bagi mendapatkan rawatan.
KEGEMBIRAAN terpancar pada wajah ketika menerima anugerah Ibu Muda Bestari 2009.
“Setelah ditimbang buruk baik dan cabaran yang bakal saya hadapi, saya mengambil keputusan menubuhkan Aniza Medical Center, selain menganggap ia fardu kifayah yang perlu dilaksanakan,” katanya. Beroperasi di premis rumah kedai empat tingkat (namun hanya dua tingkat saja yang disewa Aniza Medical Center), pusat perubatan berkenaan dibuka kepada pesakit bermula jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Ahad, hanya dibuka pada jam 5 petang hingga 10 malam saja. Kata Dr Aniza, cabaran memang terasa kerana ada perbezaan ketara antara mengendalikan klinik dan pusat perubatan yang lebih besar skalanya baik dari segi kawasan mahupun rawatan yang ditawarkan. “Pusat perubatan ini menggunakan kemudahan teknologi moden sepenuhnya dan kurang menggunakan kertas. Di sini kami sudah menjalankan tanggungjawab memelihara alam semula jadi. “Berbanding kerja makan gaji dengan kerajaan dulu, saya tidak memikirkan sangat mengenai jumlah pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, tetapi apabila mengendalikan pusat perubatan dengan jenama sendiri, saya tidak nafikan sentiasa berharap supaya pusat perubatan ini dikunjungi orang,” katanya. Begitu pun, Dr Aniza yang sentiasa mendapat sokongan jitu daripada 11 kaki tangan menegaskan beliau tidak mahu menjadikan Aniza Medical Center sebagai premis yang mementingkan keuntungan semata-mata kerana apa yang penting, niat asal beliau ialah berbakti kepada pesakit. “Saya maju bersama kakitangan yang sentiasa memberikan sokongan. Suami lebih-lebih lagi, sentiasa menanamkan kata semangat kepada saya. Jadi, saya perlu memikirkan pelan yang jauh lebih baik untuk memberi khidmat kepada pesakit. “Saya tidak mahu menjadikan Aniza Medical Center sebagai pusat perubatan semata-mata sebaliknya mahukan lebih daripada itu kerana ada ramai pesakit yang memerlukan khidmat kami,” katanya. Beliau bercadang mewujudkan pusat jagaan harian kepada pesakit yang tidak mampu menghuni wad atau tiada pilihan seperti mendapatkan rawatan serta pada masa sama, mereka terpaksa menjaga keluarga di rumah. “Kadangkala ada wanita yang mengalami sakit kritikal tidak mahu ke hospital kerana alasan mereka ada anak kecil yang perlu dijaga. Saya melihat situasi ini sebagai satu keadaan yang perlu ditangani dengan bijak. “Apa yang boleh saya lakukan ialah menyediakan pusat jagaan harian supaya mereka boleh balik menjenguk anak dan tidak perlu bermalam di hospital. Bagaimanapun, ini masih dalam perancangan,” katanya. Beliau juga berpendapat pesakit adalah sentiasa betul dan apa yang wajar dilakukan ialah memberikan sepenuh perhatian dan simpati kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan. “Saya selalu menasihatkan kakitangan Aniza Medical Center supaya tidak mengeluh apabila menjalankan tugas mereka di pusat perubatan ini. Memang bekerja itu penat, tetapi pesakit berhak mendapat layanan baik selain kita sendiri memperbetulkan niat serta tugas membantu pesakit. “Sekarang mungkin kita tidak nampak kebaikannya, tetapi kita tahu pahala menunggu untuk mereka yang berbuat kebaikan kepada sesama insan,” katanya yang cukup disenangi kebanyakan pesakit. Melawan penyakit Siapa sangka di sebalik kemanisan tutur kata wanita kecil molek itu, Dr Aniza adalah pesakit Tubular Carcinoma (barah payu dara kiri tahap satu) dan hingga kini masih mengambil ubatan bagi mengawal barah yang dihidapi. “Perlu diingat doktor juga tidak terkecuali daripada sakit dan deman. Saya tidak gemar menjadikan sakit yang dialami ini sebagai cara untuk mendapatkan perhatian sebaliknya kita harus berfikiran positif. “Sebagai doktor juga, saya harus kuat dan tabah menanganinya kerana pesakit memerlukan kekuatan daripada saya. Andai saya berada dalam keadaan lemah, bagaimana pesakit akan berasa sihat jika melihat saya,” katanya. Pegangan Doktor Aniza adalah mudah, beliau harus menunjukkan sifat positif jika ingin melihat orang sekeliling juga positif dan beliau sendiri perlu berada dalam keadaan ceria sekiranya beliau ingin melihatnya pesakitnya tenang. “Kita harus bermula dengan keceriaan diri sendiri, barulah orang akan berasa ceria apabila berhadapan dengan kita. Bila saya memperlihatkan saya berada dalam keadaan sihat, pesakit akan lebih bermotivasi,” katanya. Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata lelaki, Doktor Aniza akui agak sukar mengendalikan tugas di pusat perubatan dan urusan rumah tangga serentak, namun beliau sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat memahami cita-cita beliau. “Suami dan anak saya memahami tugas saya. Walaupun masih kecil mereka mudah dibentuk dan sudah boleh mengendalikan diri sendiri. Lazimnya saya menggalakkan mereka bangun awal pagi bagi menguruskan diri sebelum saya keluar bekerja. “Mereka boleh memakai baju sendiri selain pandai membawa diri sekiranya saya amat sibuk dengan tugas di pusat rawatan,” katanya. Baru-baru ini, Dr Aniza ini menerima Anugerah Ibu Muda Bestari yang dianjurkan oleh majalah tempatan dan agak terkejut dengan anugerah berkenaan kerana memikirkan ada ibu lain yang lebih layak menerima gelaran berkenaan. “Saya tidak pasti siapa yang mencalonkan saya untuk anugerah berkenaan. Mungkin pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di sini yang menghantar penyertaan. Apa-apa pun saya berterima kasih kepada penganjur kerana memilih saya sebagai pemenang. “Saya tidak mahu diberikan rasa simpati kerana barah yang saya hadapi sebaliknya saya suka menganggap ia adalah peringatan daripada Allah supaya memanfaatkan kehidupan yang diberikan sebaik mungkin,” katanya.
INFO Dr Nor Aniza Ali Shibramulisi
Jawatan: Pengasas Aniza Medical Center
Lokasi: No 43 & 45, Jalan Bunga Orkid 2B, Seksyen BS 2, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor.
Operasi: 8 pagi hingga 10 malam kecuali Ahad bermula jam 5 petang hingga 10 malam. Perkhidmatan yang ditawarkan: Imbasan 3D (3D Baby Scan), pemeriksaan kesihatan eksekutif, x-ray, densitometer tulang, kesihatan ibu dan kanak-kanak dan berkhatan.
Telefon: 03-60281910.
Pencapaian: Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 2003,
Anugerah Prestasi Terbaik Runcit PUNB 2008 dan Anugerah Ibu Muda Bestari 2009

Thursday, 21 May 2009

::manja papa::

sedapnye isap jari ma..

papa, bestla mandi...


::S3 mama::



blk je skolah trus bersihkn tgn n switch on my S3...so far,mik production is satisfactory.. alhamdulillah..
usually,this is from half B*
geram dgn haziq..kdg2 mama bwk blk lebihan susu yg dia tk abih minum dr umah cikAwe; tp bila dia bau mama,dia takmonye susu tu..

akhirnye kusiram bunga sajela..(note::ibu2 kalo nk buang susu yg expired,siramla bunga o pokok o ats tanah.jangan buang dlm sinki sbb kata org tua2 nnt susu kite merajuk kalo dibuang bgitu saje)..



frozen ebm stok as at 19th March...




fresh ebm - a day production (at school n home)

::jom picnic::

sesape nk ajak mama pi picnic??sape nk ikut??jom jom..dh boring jln2 p shopping mall aje...

Tuesday, 19 May 2009

::help me::

nampak tak ape dia cuba buat??masa ni lum knal lg jari mana yg sdap..tp cuba jgk sumbat tu..

anak teruna saya dh belajar hisap jari..semalam, mama notice ibu jari dia merah..i thought was bitten by ant..tp mlm td baru perasan,he sucks his thumb..nyotnyot..bunyi2 plak tu..mommies,mama2,ibu2...camne eik??aiyoo,nnt jd habit lak...dummy??he doesnt like at all..tak penah pandai nk nyonyot puting tipu2 itu...lgpun maktok kata tak baik tipu baby..

Sunday, 17 May 2009

:;@ 3months::

owh 3 months already...backdated post..:) what does he can??pandai sangat menyembang n beri senyuman paling menawan setiap kali bangun tido..




UNTUK OPAH, ATOK, ANJANG, ATEH, ACIK MIMI & ACU ANIS N PAKSU AJIB YG DUK KAT UMAH TU....

Aqeel Haziq,please raise your hand!!! yeay....

mama papa belikan playgym utk haziq n it can turn into a tunnel...sape nk join? jom2...nnt dh pandai meniarap lg sweet....hihi...mama yg overexcited...i'v been searching this thing to get the best price..fisher price is RM199 but this is SIMPLEDIMPLE..its retail price in internet n jusco is RM89.90 but we r lucky coz jusco@1Utama offer us only RM69.90...:)




mana haziq manje mamapapa ni???




uit, badan dia dlm tunnel la..




montel ni selalu kepanasan...tengok badan la...




owh,ngantuk la..


kicking...

::my boyfriends::


the most important in my life is

+

+

+
+

+

to be with these two boyfriends during weekend!!!!

@secret recipe, Kota Damansara

Saturday, 16 May 2009

::HAPPY TEACHER'S DAY::

a good teacher is like a lighthouse.
it doesn't ring bells orfire guns to call attention to its luminance.
it simply shines.
HAPPY TEACHER'S DAY to my parents, and all my teachers...
credit to cikJURA
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
tapi apa yg cikCT nk bilang disini, adalah sungguh tidak patut pada hari guru yang sepatutnya hari utk cikgu beraya,utk cuti dr sekolah tu, cikCT n warga sekolah telah diarahkan hadir utk LADAP(latihan dalam perkhidmatan)...huhuhu....korang rasa patut ke tak patut???maka dengan paksa rela cikCT telah hadir kursus EDUWEBTV selama 6jam itu meninggalkan buah hatiku si haziq tomeito bersama papanye....

Friday, 15 May 2009

::baby carrier::

Sekarang Haziq dh 3 bulan n dh pandai kenal Mama Papa..bila lapo cari Mama tp bila nk main, nk bermanja cr Papa aje..pegi jln2 pun camtu, mesti nk tgk muka Papa tolak stroller dia atau Papa yg dokong..kalo Mama yg dokong dia takmo..huhu..ape nk buat..manje Papa..kdg2 bila pegi berjalan, malas nk bwk stroller o tempat tu inconvenience utk menolak stroller, jd baby carrier msti sesuai kn..nk tanya pendapat reader, baby carrier yg bagus camne eik???? Mama penah tgk baby sling tp Papa tak minat..Mei Tai pun menarik jgk sbb kaler..tp ok ke???

Thursday, 14 May 2009

::temuduga SPP DG41::

::bukit sentosa - shah alam::
alhamdulillah selesai sudah temuduga cikCT...menunggu keputusan la pulak dgn penuh debaran..doa2kan la cikCT lulus na...malam tu tido dlm dua jam aje konon nk study..sambil ditemani baby haziq..asyik duk bersembang aje sampai pukul 5pg tu..huhu...pukul 5pg kami dh gerak ke shah alam nk antar si kecik kt umah maklong dia..sampai sana, solat subuh n gerak ke putrajaya pukul 6.30pg..

::shah alam - putrajaya::
bila sampai di bangunan JPM, kna tinggalkn lesen n amik pas pelawat..tengok2 nama cikCT yg plg atas..no.1 utk bilik 3...takpela..bila mendaftar n amik nombor cikCT jgk org no. 1..aduh..cuak tak terkata..tp tak sempat nk cuak lebih2 pun sbb 7.45 dh dipanggil masuk...maka melangkah la cikCT dgn ala2 model yg penuh ilmu didada..huhu.dlm hati tu,mcm2 duk igt PIPP,KBSM,current issue...interviewer En. Tan Eng Hock..a nice person..yg dia tya byk pasal opsyen cikCT la..English..how to apply.contribution.opinion...last skali soalan siapa menteri pelajaran n timbalan..bila cikCT kuar pkl 8.10 tu ramai serbu duk tya apa soalan yg kluar..huhu..and tetiba dtg a chinese guy kata nk beli file cikCT..rupanya dia cuma bwk file pocket n sgt tak sesuai la kn..jd cikCT pun jual la..rm5..pastu tetiba dia dtg lg ade masalah dgn surat lantikan dia tak lgkap..jd cikCT pun pinjamkan surat tu utk dia..sbb kalao tak,dia kena balik n takleh di interview..bile kengkawan cikCT pun dh sdh,kami pun balik...

kesimpulannya, silala bersedia dgn apa yg dia srh bwk shj..standby la sijil2 tu walopun dia tak minta..n jgn la bergaya vogue sakan..takut2 kna interviewer yg cerewet nnt jenuh nk jwb..

Sunday, 10 May 2009

::demam::

mama demam..menggigil2 n mengerekot aje dlm selimut..huhu...langsung tak larat bukak mata n nk dukung haziq pun...so semalaman n seharian la papa yg menjaga ank teruna tu..nasib baik ade stok ebm byk dlm freezer so papa just panaskan aje..nk direct feed tak leh sbb mama sgt2 tak berdaya..huhu...thanks papa..

::update on demam::
actually ari ahad tu ade celebration mother's day @P2 tp memandangkan mama demam,cuaca panas n haziq tak jd calon cute baby contest jd kami tak pegila ke sana..alhamdulillah,demam makin surut cuma batuk n suara dh cam rockers ni...

Thursday, 7 May 2009

::sibuk::

baru saja selesai menyiapkan soalan English utk MID YEAR EXAM form 3 utk daerah n form 4 utk sekolah..huhu..sangat2 kepenatan..next week ade interview..yes..both of us hubby n wifey got interview next week..cikCT interview utk sah jawatan DG41 n hubby got interview for PROMOTION..alhamdulillah..rezeki Aqeel Haziq...:)

:::::::::

Wednesday, 6 May 2009

::EBM Aqeel Haziq::

minggu2 yg berlalu mama amat2 sibuk dengan penyediaan soalan midyear exam..bila stress milk production pun mula la nak merajuk..frozen ebm (update till 4thMay:17bottles x 4oz)..tak byk kan.,.tp alhamdulillah so far bekalan haziq di rumah CikAwe dia adalah fresh ebm yg mama sempat perah petang atau malam..alhamdulillah...biasanya mama antar jgk 1 botol frozen ebm + 3 botol fresh ebm..haziq belum pernah tidak cukup susu ibunya..n haziq sentiasa dekat dengan mamanya..;) itu sangat penting..sekarang ni si comelcomot mama ni dh pandai n makin bijak..bila balik saje rumah, ebm ditolak n he wants only direct feed...oh,he has master direct feeding guys..

update on breastpump gadget::
mama sekarang dh pakai spectra3 di rumah...avent isis pulak guna di sekolah or jalan2 balik kg or mana2 ajela..di sekolah,port mama pumping takde electric point so knala pakai manual..but,i must admit that i like avent most..walaupun lenguh..hihihi...tp spectra3 pun jasanye tetap dikenang sbb sambil mengepam leh tulih lesson plan atau lelap mata kejap dlm 5 minit..(teruknye!!!)