::Choice in ur hands!!!::

Tuesday, 24 November 2009

::sukanye::

siapakah gerangan yg kena kurung dalam jump jump ni?



budak kena kurung dalam jump jump...

owh,bosannye....



cerita pagi ini::

saya kemas rumah skit2 je arini..sbb bila saya kemas si tecik ni tolong 'kemas' lg..bila saya kurung dia dlm jump jump or exersaucer dia,laungan dia satu taman boleh dengar...bila dia dgr suara akak2 dia kt sebelah,laju je dia dh berdiri di gril pintu dgn harapan 'oiii org sebelah...kluarla amik aQeel haziQ ni'..pagi tadi pun dia buat macam tu sampai kakak2 dtg umah dan main dgn dia..bukan main lebar senyuman dia seolah-olah 'akhirnya aQeel HaziQ berjaya ajak mereka dtg main'..toys yg selama ni depan mata dia tak heran pun tp bila akak2 main,dia pun nyibuk jgk nk main..akak2 kusyuk tgk katun,dia pun menempek dpn tv..jd sempatla Mama membasuh CD dan mandi manda..lepas tu dia mula keboringan dan mengantuk..'nak nenen Mama'...sempatla tido 30min dlm buai kejap dan mama mengemas..dan bila dia bangun,dia tolong kemas semula..Mama salin CD yg dh basah tu tp blum sempat pakai seluar dia dh mencecet ke pintu sbb dgr suara kakak2 yg baru blk dr shop..MamaAwe panggil2 dia lgla terjerit2 'nak kluar,nak kluar'...(paham2 jela aqeel haziq cakap bhs german)..skrg dia dkt umah seblah la..smpat mama type entry utk post ini..hehehe..Mama masak bubur nasi untuk dia,membasuh baju,melipat baju..macam2la..semangatnye buat keje..sbb sebentar lg al-habibi nk pulang n bwk kami berdua ke One Utama...:)

psst..boringkn entry tak bergambar..takpe nnt cikct upload..blom pandai nk download gmbr dr smartphone ni ke PC..tak abih menuntut lg..


;;sambungan cerita pagi ini;;
op op..sebelum tu nk bgtau cikCT dh pandai upload gambar dr smartphone ke pc..hehehe..

kami gerak ke OU lps luch di Bkt Sentosa..JJday 2 hari je di OU..ramai btol org.alhamdulillah rezeki aQeel Haziq kami dpt parking dkt dgn entrance..ramai btul org.masuk2 je Mama nmpk org memborong MamiPoko..normal price rm51 (tgk kt Giant KD), tp kt OU semalam rm41..patutla giler2 org memborong.tp Mama tak join la.Papa shopping dgn aQeel while Mama alone..Papa tgh cari kasut n Mama cari baju..But in the end, Mama chose only 1 blouse..tak suke org ramai sgt jd tak selesa nak memilih..tambah2 bila time happy hour..Papa kata macam pasar malam je..aQeel plak steady je tgk org ramai tu..suka la sbb kena dokong, cuba letak dlm stroller..huhu..asyik nak turun aje.at last,the stroller become a trolley..haha...

dah dapat kasut Papa n blouse Mama,kami pegi cari baju2 basahan for this boboy..okla harga2 pun murah2..baju nk pakai hari2 rm10 sepasang..Mama ingak nk jugak grab kiko ke tp Papa kata kalo baju2 jalan cari kt mothercare la..oh,terjumpa dgn aunty shushu dkt ctu..nak cari brg utk kakak Ticha & adik Aqeel..nmpk aunty shushu borong necktie utk uncle Lan..:) Papa aQeel Haziq tak pakai tie pegi opis..:) aunty shushu, nmpk kurus la sejak lepas raya ni..diet eik??

lepas tu Mama Papa pegi solat Asar. jalan2 lg pegi beli kebab dulu..kemudian pegi mothercare beli nipple shield..aunty shushu suggest sbb aQeel HaziQ suka mengeget..then, Papa nk sambung shopping cari winter coat..oh preparation nak pegi Jepun next week.mula2 kami pegi Universal Traveller dulu survey then pegi Winter Time..akhirnya beli dkt UT sbb dkt WT sgt mahal...plus takde sale..aQeel HaziQ plak sronok sgt main car n aeroplane yg goyang2 tu..hihii...takmau turun plak tu.geram mama..

kami sambung shopping kat Giant KD..beli barang dapur sikit sbb Mama Papa tak sanggup bersesak2 nk beli biskut kt JJ tu plus hrganye berbeza..heaven tul pegi Giant time weekdays..takde org la..parking pun senang...aQeel HaziQ plak tido saje sampai la Mama Papa selesai solat Maghrib dkt ctu.

Kemudian,kami balik ke BS, pergi klinik sbb nmpk mata kanan budak tecik ni merah.doc kata maybe allergic..lepas dinner kami pun balik rumah..








Monday, 23 November 2009

::top 13::

oo.td jenguk blog k.eli nk tgk result baby in blue contest tu..tgk2 aQeel HaziQ ade dlm list top 13..harap2 lepas ni dptla top 5...:)

Friday, 20 November 2009

::aQeel, anak lananG::

ala,tak jatuh pun Mama...

Budak kecik ni kn sgt lasak..dh memanjat walopun baru je blaja merangkak..ye,dia pandai semua benda dlm masa seminggu ni..pandai merangkak,pandai duduk,pandai berdiri,pandai memanjat and pandai dh nk berjalan..badan pun dh susut..makan banyak jgk..sgt suka bubur oat+ikan bilis..makan sampai licin..so, skrg ni time benjol sana sini...huhu..tak sempat nk kejo..semalam,masa aqeel haziq main dgn papa,tiba2 dia tersembam..duduk blum stable lg la...tgk2 bibir berdarah..Papa pun sgt panik..mama cepat2 amik ice pack nk tuamkn bibir tu..tp dia ngamuk2..last2 mama bg nenen.dia senyap trus..huh, tula namanye anak LananG...(read Jawa: anak lelaki)...
port latihan memanjat dan berdiri

jap,jap..nampak benda bulat nih ape...

akhirnya Mama Papa tak payah tengok tV...

Tuesday, 17 November 2009

::Abah masih di GH Penang::

Kami ke Penang lg Sabtu dan Ahad yg lepas..Bertolak pagi sabtu seusai solat subuh.Kami tak lagi bertolak selepas Nur Kasih (malam) kerana masih trauma dgn kejadian 2minggu lalu.Kali ini pastinya pulang ke kampung dgn Red Aero suami yg hampir 8 bulan sudah tak keluar dr negeri Selangor..('bmw' cikCT masih di workshop)..Abah masih di GH Penang..masih lagi berbaring di atas katil.Sedang menjalani radioterapi sesi kedua selepas yg terakhir pd bulan Mei lepas.Tiada apa perubahan dan Abah masih sakit.Masih tidak boleh berjalan walaupun sudah menjalani beberapa kali sesi fisioterapi.Dan sebenarnya kuman yg jahat itu sudah pun merebak ke tulang belakang ke pinggang Abah.Kami?Sudah menduga keadaan ini maka kami redha.Allah,kuatkan iman kami menghadapi dugaan dan ujian ini..Itu keputusan hasil MRI.Itu yg menyebabkan Abah tiba2 tiada daya untuk mengangkat kaki.Itu yg menyebabkan Abah tiba2 terbaring terlantar di atas katil.Dan kerana kesan radioterapi yg dulu2 dan sekarang itu juga yg menyebabkan Abah kadangkala meracau.Saraf-saraf Abah sudah terganggu dan fikirannya kadang2 hanya teringatkan peristiwa 20-30 tahun yg lalu. Abah kini 65 tahun dan peristiwa yg masih terkesan di minda Abah ialah kemalangan yg dialami dgn Mama lebih kurang 30tahun lalu. Itu yg berkali2 keluar dari mulut Abah berkenaan polis yg dtg, lawyer yg menguruskan kes. Yang penting sekarang Abah masih kenal kami.Masih ingat lagi dimana anak-anak tinggal.Masih boleh membaca Fatihah dgn lancar.Masih ingat ayatul Kursi.Cuma perlu diingatkan untuk baca kerana pandangan dan fikirannya sangat terganggu kerana kesan ubat-ubat itu. Abah masih kenal dengan orang yg datang melawat dia.Saya sebenarnya sangat terkilan kerana tidak berupaya untuk menjaga Abah.Saya sangat kagum dengan Mama kerana sangat tabah.Abah memang tak nak org lain jaga dia selain Mama..Walaupun kadang2 ada hari yg Mama tak tahan melayan kerenah Abah yg meracau marah2 tapi Mama tetap disisi Abah.Mama sangat sabar.Makan,tidur semua di hospital sepanjang Abah di wad.Ya Allah, berikan kesihatan yg sempurna kepada Mama.Mama sangat sabar.Ya,walau berkali Abah mencabut drip,walau berkali dimarahi Abah namun Mama tetap disitu..(kadang2 pastinya air mata Mama mengalir bila tahap kesabaran menipis.Saya sgt pasti kerana kadang2 bila bercakap di telefon mengadu keadaan Abah, kedengaran suara serak dengan hidung seoalah2 selsema)..Sesi terapi berbaki lagi 2 kali dan selepas ini kami mungkin akan membawa pulang Abah selepas doktor putuskan tiada apa lagi yg mereka boleh lakukan.Namun,kami akan tetap berikhtiar.Bukan doktor yg tentukan jangka hayat Abah,jd kami harus berikhtiar. Mana tahu bila bawa pulang Abah sihat?Mana tahu nanti di rumah Abah boleh berjalan?(aku terlalu optimiskah)..Sesungguhnya itu semua kuasa Allah S.W.T..

Wednesday, 11 November 2009

::Anakku Ceria Give-away Contest::



Tiap kali Mama blog hopping Mama nmpk contest ni..so, mlm ni Mama geram sbb Mama nmpk lg.tengok2 plak hadiahnya ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/ iaitu 1 Vantage Cookware yg menawan kalbu nih..kredit to Ibu Irfan

kalo masak ape pun sure sedap..heehe.selain daripada itu, blog ibu Irfan nih dh menarik perhatian Mama. ibu Irfan ni dinnerware seller..jd mama dh tertarik la dgn all dinnerware,cookware yg aduhai cantik2nye..set2 corningware tu..jd,Mama buat keputusan nak joinla contest nih...
jeng jeng jeng...opp..syarat2 nak tau ke??
nak lebih details, check kat cni ye blog ibu Irfan
sambil tu semak samada mama dh settle ke blom..

1. Be a follower of http://mystory-noriza.blogspot.com/ -CHECKED
2. Be a follower of http://jommainkutu.blogspot.com/ - CHECKED
3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria. -CHECKED
4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry http://mystory-noriza.blogspot.com/ -
CHECKED
5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified) -CHECKED
8. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner. -
CHECKED

Syarat-syaratnya;
1.Terbuka kepada ibubapa yang mempunyai anak/anak sedara/ di bawah usia 24 bulan. -YES,Aqeel is 9months
2. Satu contestant 1 entry sahaja -YES
3. Contest bermula dari 22 October 2009 sehingga 22 November Nov 2009 -ada byk masa lg
4. Proses pemilihan pemenang akan dilakukan oleh juri-juri yang dilantik oleh penganjur. -OK
4.Gambar pemenang akan dipamerkan di blog penganjur -OK
5.Proses pemilihan pemenang oleh juri adalah muktamad -OK

::::Gambar Aqeel HaziQ yg ceria ialah::::



berseronok di Taman Tasik Taiping


Ok,Ganbate!!!

Tuesday, 10 November 2009

::Hi Tea & HoneymOOn @ Awana::

seperti yg telah dijanjikan,ini adalah gambar2 kami beronggeng di Awana Genting Highlands.
petang tu hujan lebat jgk.jd suasana sejuk je..best..Aqeel HaziQ behave je awal2 tu lps tu dh lama sgt berdokong dia mula la meragam..nk bebas lepas...tp kami naik bilik pkl 6 lbh jgk sbb Mama tak smpai hati nk tinggalkan majlis.(saya AJK pendaftaran hihihi...)



Cujei,Ila,Kak Mas..(bestfriend @ SMSM)
To K.Mas:perasan tak yg meja kite tu semua org bujang except kite??



Aqeel Haziq tak puas hati sbb Papa asyik makan je..

Muka kepuasan berjaya membolot byk hadiah lucky draw..hehehe..


i'm tired la ma..let's go..

Bila masuk bilik, Mama igt Aqeel Haziq sudah mau titon,rupanye dia kembali cergas beraksi..sume tempat dia nk explore..
Esoknye, Mama Papa plan nk bwk mandi kt swimming pool..tp pg tu dia meragam je masa tgh breakfast then tgk cuaca sgt cejuk jd sian la plak manje ni nk bersuka ria..alih2 kami kasi dia swim dlm bath tub saje..hehehe...
ade gaya schumacher tak??

"Papa, I can feel your hands"


"uit,Mama amik gambar rupanye."


Lepas mandi manda, kami pun pergi naik cable car. kan kami dpt tiket free.Aqeel Haziq dh mengantuk sbb queue panjang sgt.(Org sgt ramai sbb Singapore cuti kut..)then,he got cranky..Actully,Mama Papa tau dia meragam sbb perut memulas nak poopoo..dh 2 ari tak poopoo..tp dia ttp excited naik cable car..sampai je kt atas, kami lepak kt McD..pastu,masa Papa sedang order food, Aqeel Haziq pun 'buat kerja'..aiyaaa..wet tissue takde.and skrg dh 9bln nih bkn leh pakai wet tissue je..tmbh2 dh mkn macam2...jd,siapa yg nak cebok nih??? Papa Mithali la..hehehe...Papa bwk dia ke toilet, Mama pun makan la.dh sudah tu Aqeel Haziq dgn senyuman sgt lebar sbb perut dh lega pun nak mkn sama..mama suapkan dia bubur oat (tapau dr hotel)..berselera sungguh..lps makan sambung nenen sampai tertido kt McD tu..Papa pegi solat zuhur lps tu kami pun pulang...



Hi,I'm on cable car..

"there's a cable car behind me"

alamak,gayatla...

Sekian saje utk kali ini...;)
p/s menu paling best dkt hi-tea tu ialah pengat nangka..waduh sedap sungguh...


Monday, 9 November 2009

::Mama Papa, aQeel dh pandai::

Our little adorable baby now is 9 Months...He's such a smart boy.Let's list down his milestones this month;

i) still learning to crawl
ii) but he can stand up by holding something
iii)master of combat crawl
iv)say Mama, Papa
v)sometimes imitate Papa or Mama words.(accidentally I guess)
vi)have teeth .(2 on his lower gum)

still maintain as a breastfeed baby & Mama is his milkbar since day 1 until 9months..

Saturday, 7 November 2009

::Cuti+HoneyMoon::

CikCT, En.Hirzan & Aqeel HaziQ honeymoon lagi..sekarang kami di Awana Genting Highlands.dekat je dgn umah sebenarnya..actually, cikCt ada Hi-Tea organized by Kelab Guru skolah..alang-alang dh naik kn, jd cikCT pun plan la this surprise honeymoon for us..:) dpt special price lg..and yg plg tak sangka td masa check-in rupanya kami dpt complimentary Boarding Pass naik Genting Skyway..tak plan langsung nak naik atas tp dh dpt free ni takkan nak sia-siakn plak kn...so,tomorrow pas breakfast n swimming, aQeel HaziQ nak naik cable car plak..yea...kami dpt bilik floor 22..huhu...sgt tinggi..orait...will upate with pics later...Aqeel tgh tido keletihan..

::mamam nasi::

to Eva, suruh mummy masak bubur nasi ye..bg kuat lg buli Mama...

Aqeel Haziq takmo bubur nasi yg berair tu..tp dia nak nasi lembik saje..letak ikan bilis, kentang, ayam skit..lps tu Mama lenyek2 aje..dia tak suka bayam..kalo letak bayam adoi lambat la nk abih semangkuk..here wanna share some recipes with Mummy Leen..mak Eva nun jauh duk kat Paris...

Nasi Ikan Bilis;
beras segenggam
potato - slices
ikan bilis - as flavour
carrot - slices
air - utk merebus

sayur tu optional. boleh try brocolli, spinach, sweet potato pun boleh.
ikan bilis pun boleh ganti dgn ikan tenggiri. kalo kat Paris, ikan Salmon la kut.:)

dah basuh bersih, rebus semua dalam periuk sampai masak. Then, lenyek masa tgh panas tu. Ini resepi yg plg cepat la..paling ringkas pun letak je ikan bilis dgn potato.

Nasi Ayam
Masak sup ayam cam biasa. (Ayam,potato,carrot,ikan bilis as flavour)
Lepas itu lenyekkan nasi dgn sup ayam.

Nasi tabur ikan bilis
yg ini instant la
goreng ikan bilis tanpa minyak.
then, tumbuk or blend kering jd serbuk ikan bilis.(goreng banyak boleh simpan wat stok)
bila nak makan, tabur je serbuk ikan bilis tu dalam nasi lembik. yummy..ni sesuai kalo pi travel..

we can also introduce cheese for our 8months baby. for more info you can read here: baby eat cheese.

I juz sprinkle mozarella cheese on his porridge and he likes it..

ok,selamat mencuba ye Leen..

Friday, 6 November 2009

::dedicated to ShuLan::

Request entry from Mrs.ShuLan about SPECTRA 3..


.
rupa Spectra 3 dgn Dual Pumping

Bila ct pakai Spectra 3?



>Ct mula pakai Spectra 3 end of April 2009.. beli dgn kawan Mrs.June Fahmi.

>shushu, ct pakai Spectra 3 kat rumah saje SEBAB kalo travel ct bawak AVENT manual pump..(I like Avent most)


Advantages?

>mudah nk dipasang
..pasang tiub pada breastshield saje..pastikan membrane (benda 'cinonet' yg kaler putih) tu dh dipasang pd valve head (yg kaler biru tu). kalo nk pakai botol wide neck pasangkan wide cap (kaler putih tu) pd breast shield tu..



>boleh buat DOUBLE pumping






...5minit dpt 8oz..





>senang nak dicuci





>boleh convert utk pakai pada wide neck bottle mcm Avent..



>adjustable suction


Disadvantages?



>so far baru sekali ade problem; maybe ct tersalah teknik lalu susu yg dipam termasuk dlm tube n main body..ralit tgk tivi sbnrnye...tp berjaya dibaiki oleh E.E (Encik Engineer) kat umah..

Where to buy?


boleh dapatkan from online store mcm mybbstore, babyjaya
atau pegi je kedai babyjaya kat Damansara Utama PJ. senang nnt ade problem boleh refer trus kt situ..
tp shu, ct tgk mybbstore ade offer..RM338.00. normal price RM388.. price yg ct bgtau ni adelah utk Spectra 3 basic je tau..maknanye takde optional breastshield kit utk convert from single to double pumping ataupun backpack, or ice pack ok..

kalau shu nk yg one set package with backpack,icepack,storage bottles special for travelling can look here at Mama&BabyCollection, Mia-Za-Riel..


Alright, that's all...Hopefully,this info can help u...

Thursday, 5 November 2009

::teeth not tooth::



Yesterday, during Aqeel Haziq's shower time, as usual Mama will rub his gum n his new tooth...n suprisingly, I found something hard beside his tooth..ooo...what's this dear.....It's another tooth and now we can say, Aqeel Haziq got teeth...hehehe.....

::cute baby with CD contest::



Aqeel Haziq is a part time CD user..while,googling around, Mama found this contest...waaaa...syok ni..so, we join this contest organised by mummy Qis...emmm...R U A CD USER??wanna join too? check their rules n regulations at this link http://stylobubble.blogspot.com/ or juz click on the banner..


Testimony from the cheeky boy, Aqeel Haziq;

Assalamualaikum n hello frenz...I'm using CD since 2 months younG..
Now, I'm 8 months younG. I'm a part time CD user because I use it when I'm at home. I have no problem on nappy rashes since using CD..I like it because it is colourful..TQ to mama n papa for buying me CD..



ok, that's all...now, we'v been a stylobubble follower..hope Mummy qIS could tell us if there is any prob ya....





Wednesday, 4 November 2009

::I'm concerned, YES.::

Hi siti!If you are concerned that your baby isn't crawling or scooting or pulling up yet, try to relax and remember that every baby develops at his or her own pace and many babies skip developmental stages all together!

This is newsletter from BabyWeekly...Sometimes i feel worry coz Aqeel Haziq doesnt crawl n cant sit on his own yet..but, i believe, all babies are differ right..maybe he wont crawl but he will stand..let's check his milestones @ 8 months:

1) got a tooth
2)combat crawl
3)clapping hands
4)climb his mattress
5)say mamamama, papapapa, babababa


He is trying to....
1)pull up while holding something
2)crawling
3)sit

He is eating...
1)Breastmilk 4oz x 3btls from 7a.m - 5 p.m.
2)porridge with chicken,carrot or potato
3)bread with milk
4)oat n fruits
5)'nestle' rice n vegetables

but he hates eating fruit pudding by Heinz..(save money)
doesnt like Farley Rusks anymore but can consider on Tiger biscuits...(hehehe)

HOW ABOUT YOURS?????

Monday, 2 November 2009

::Car mama masuk wad::

dugaan btul....
semalam dari taiping ke Rawang ujan lebat..
Papa drive sgt hati-hati..
Mama plak tgh mabuk,pening2 tido..
Aqeel Haziq was sleeping soundly in car seat..
Suddenly, a loud 'bammmm' from behind..
oh NO!!!! kami kena langgar...
belakang keta kemek..Alhamdulillah, kami sume OK..
Luckily, Aqeel Haziq dlm rear facing car seat..
Mama rasa sakit jgk di blkg..
sekarang, Papa kena antar Mama ke sekolah..
Car Mama masuk wad..
mungkin 2-3 ari atau mungkin juga seminggu..
huhuhu....
S.A.B.A.R jela....
p/s dear mommies,,
Babies mesti duduk dlm car seat.Bila dh jd mcm ni baru sedar kepentingannya..Malang tak berbau kn..Mama terfikir, kalau la Mama duduk dpn, smbil pangku Aqeel Haziq tak tau la apa akn jd..Nauzubillah...