::Choice in ur hands!!!::

Tuesday 25 March 2014

::Good Night MH370::

Imaginasi seorang budak tadika. Sejak hari pertama MH370 hilang, dia kerap bertanya kenapa..cikCt cuma jawab hilang..missing.. Dia asyik beritahu, kapal tu dh jatuh la mama..Saya tak berani nak katakan ye pada dia kerana tak mahu dia jd trauma..tp harini, bila cikCt bgtau dia MH370 has gone, gambar di atas ni hasil imaginasi dia..

Malam tadi, tepat pukul 10mlm, Datuk Seri Najib membuat sidang media. Terpaku kami menonton, tiada suara kedengaran ketika kami mendengar PM mengucapkan perkataan 

"Deep sadness and full of regret.......,..MH370 ended in the Indian Ocean".. 

Allahuakbar..Innalillahi wa inna ilahi roji'un.. Sebak di dada, pilu dihati..tersekat kata-kata di kerongkong.. Itu kita, kita yg merasakan hubungan antara para penumpang dan semua krew  sebagai satu keluarga kerana pesawat MAS itu pesawat negara kita.. Yang punya rasa cinta pada negara, yang punya rasa kasih sesama insan akan tersentuh hati apabila mendengar berita ini. Bagaimana pula dengan ahli keluarga mangsa? Pasti lebih sebak, lebih pilu. Takziah kepada mereka. Moga Allah tabahkan hati keluarga mereka. Semoga mereka dapat menerima kehilangan ini dengan penuh redha. 

Setelah 17hari kehilangan misteri, kesimpulan yg dapat dibuat pesawat berakhir di lapangan tanpa landasan. Di selatan lautan Hindi. Lautan ketiga yg paling luas dan dalam. Peristiwa yg mencatat sejarah dalam penerbangan moden. Pencarian kotak hitam masih dijalankan walaupun kemungkinan pelbagai rintangan akan dihadapi kerana angin kencang serta ombak setinggi 10meter berisiko tinggi kepada krew yg terlibat.

Allah Maha Berkuasa. Tidak Dia jadikan sesuatu musibah itu suatu yg sia-sia..Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.






1 comment:

amirah said...

takziah...aduh sedihhh...alfatihah untuk saudara2 muslim...moga tenang mereka di sana..