::Choice in ur hands!!!::

Tuesday 27 March 2012

::Student melampau::

Diikutkan hati yang sakit mau aje cikCt sepak budak tu.melampau btul..ye, tak cukup dengan tu panggil mak bapak dia terus hulurkan aje borang berhenti atau bertukar sekolah. Huh, hangat hati sungguh.
Ceritanya tadi cikCt masuk ke kelas yang berada di aras 2 selepas rehat. Hari ni agak sibuk sebab kena turun train budak2 choral speaking. Baru 5 min cikCt bercakap dengan budak kelas tiba-tiba terbau asap larangan..memang sangat dekat masuk dibawa angin ke kelas kami tu. Cikct tanya students, awak bau tak macam asap rokok kan..Mereka pun kata ye..CikCt pun meluru keluar tengok ke kelas sebelah tapi kosong sekali ternampak 3 orang pelajar di hujung koridor dekat tong sampah tengah baik punya aksi menyedut..Masa tu memang menyirap darah sebab cikCt kenal pulak makhluk 3ekor tu lalu kujeritkan la, "Hoi, hisap rokok ke?". Bertempiaran lari budak2 tu..Memang nasib tak baik la kan sebab aku kenal korang..Terus cikCt call PK untuk tindakan selanjutnya. Kenapa bertindak terburu-buru tak rujuk kepada kaunselor? Huh, takde maknanya..budak macam ni, dah tak laku la kaunseling.Buang air liur je..

Melampau kan perbuatan mereka..mencabar kewibawaan kami sebagai cikgu.Mana-mana sekolah pun, hisap rokok adalah kesalahan yang membawa kepada hukuman rotan dan gantung sekolah. Sekali dah kena gantung, bad record sampai berhenti sekolah nanti. Masa depan? Memang dah tak gemilang la masa tu..

2 comments:

|| NaFiRaa || said...

cabaran kan nak mendidik anak2 zaman sekarang kan cikgu~ harap2 anak2 kita tidak buat perangai cam tuh~

azhariahzuber said...

budak2 la ni