::Choice in ur hands!!!::

Sunday, 30 September 2012

::saya kerja hari sabtu&ahad::

Amat luar biasa kan saya kerja sabtu & ahad..dan lagi luar biasa sebab saya sudah 2 minggu berturut2 berulang alik dari Bukit Sentosa ke Batang Kali without fail...

Kata Dr.Muhaya,
Fikir apa yg kita akan beri, jangan fikir apa yg kita akan dapat.

*tgh fikir berapa bonus 1 1/2 bulan tu*..hahhaha...petang ni mau ajak boss pi Ikea.. Dah tak menahan perasaan terperap ni..

Friday, 21 September 2012

::Mak ngantuk::

Selalunya makla yg ngantuk bila anak demam..huhuhu...

Sunday, 16 September 2012

::Kuala Terengganu, 16 Sept 2012::

Sempena cuti Hari Malaysia, kami pun ambil kesempatan ke negeri Darul Iman..semata-mata nak makan Kepok Lekor Bukit Tok Beng or well known as Kepok Lekor BTB 2209.. Memang tak sesia la akak amik nombor giliran macam kat bank tu dan tunggu dekat setengah jam..huhu..Sedappp..seriyes tak tipuuu...Beli 2 hengget yg dh goreng tu, Aqeel hentam makan sorang ja..Kat sini, kalo agak nak beli banyak, n naik flight pulak tu boleh booking awal..Deme akan pack dalam vakum pack..canggih ooo...tapi, sebabkan kami datang pepagi buta tu n nak balik malam tu jugak rupanya dah tak boleh nak pack dlm vakum pack sbb byk sgt tempahan..jadi, kami borong je yg baru rebus tu..kebetulan adik baru pindah keluar ke sewa rumah dr hostel di UMT, maka kami tumpangla sejukkan kepok yang hangat tu kat rumah dia..:) oleh kerana kes spesel kami maka, sebelum balik tu dengan gigih suami isteri membalut kepok tersebut dgn rapi.udah mcm pekerja kedai tadi pulak..Kami bawak 3 tapawe kosong utk isikn sos pencicah. Yg tu pun dibalut rapi dgn plastik n tape. Mujur balut sbb sampai umah tgk sos tu dh meletop dlm tapawe tu. total berat beg kami 20kg.. Hihihi...mujur bawak beg kosong.. Dah puas ronda2, menziarah lg kami pi makan Ikan celup tepung, sotong n mushroom...terbaikkk!!! Lokasi di tepi airport aje.. Mahal tu belakang kira yg penting fresh!!!!

InsyaAllah, panjang umur bulan 11 kami datang lagi ke negeri penyu bertelur ni..:)

Saturday, 15 September 2012

::diet saya::


Saya sedang usaha jaga perut yg errr nampak cam makin membesar..huhu..
Dah takmo berat naik lagi. Huhu..
Nampak cam kurus eik hakikatnya tuan punya badan yg tau.
Sebab takmo lg ubah saiz2 baju maka usaha mengembalikan saiz normal harus gigih..:)

Makan lauk banyak nasi sikit.
Minum lemon cider + honey.
Stop cold drink.
Exercise
Err merahsiakn spare tyre tang perut dgn SPANX..:) hihihi...

That's all!!!!!

Friday, 14 September 2012

::To Kuala Terengganu::

I miss Kuala Terengganu so much!!!!
So, this Sunday, insyaAllah we'll be there...kepok lekor, nasi dagang, nasi minyak n everything!!! Pantai Batu Burok, Gong Badak..ohoho..missing all the moment with my good friends..

Thursday, 13 September 2012

::24 jam pun tak cukup::

Parah nampaknya cikgu cikgi..Tambah2 dgn PBS ni.. Exam akhir tahun hampir tiba. Cuti sekolah makin hampir.. Now, ada rakan2 guru kata rasa nak tambah lg sebulan hari persekolahan..errrrrkkk...24 jam tu sgt pantas berlalu.

Wednesday, 5 September 2012

::Supplement 1 family::

Mama,Papa,Aqeel semua makan supplement ni.. Transfer factor..Ntah camne masa tu Aqeel duk batuk,mama selsema non stop, mama pun belila..Alhamdulillah, kesihatan makin baik. Baru ni bila travelling, risau Aqeel cpt penat n demam, mama up kan dose.. Syukur, pergi balik dlm keadaan sihat. Kita berusaha dan tawakkal kpd Allah.. Transfer factor ni supplement yg elok utk org cam kami ni..hidung soksek, kulit eczema, asthma...:)

Nota kaki; tak reti langsung nak menjual...:)

Tuesday, 4 September 2012

::cikgu & jurutera::

CikCt bukan nak komen lg isu yg famous dikalangan guru seantero Malaysia ni. Tapi saja nak bgtau, saya cikgu, suami saya jurutera. Tak pernah la pulak suami saya mengeluh untunglaaa jadi cikgu sebab boleh goyang kaki selalu..Tak pernah la pulak suami sy nak membanding2 kan kerja dia banyak atau kerja cikgu sikit. Sebab kerja saya dirumah tak pernah habis.:)
Apa pun, siapala kita nak mempertikaikan pekerjaan org lain. Err, cikct boleh pertikaikan kerja kat kedai fotostat dgn cikgu, sebab cikCt pernah kerja di kedai fotostat.. Susahnya kena berdiri lamaaaaa sama dgn cikgu tp gaji dpt ciput..:)

Itu aje..

Regards;
A teacher and wife of an engineer.

Monday, 3 September 2012

::saya anak cikgu::Jangan hina tugas guru::

Saya lahir dalam keluarga cikgu. Sejak dari dalam kandungan lagi, ma angkut saya pegi sekolah. Abah saya pun cikgu. Jadi anak cikgu ni banyak perkara yang saya kena bertoleransi. Satu perkara yang saya ingat sangat2 terkesan dihati ialah masa saya mula2 jejak kaki masuk darjah 1. Bagaimana korang masuk darjah 1? Siapa yg hantar? Saya mendaftar masuk darjah 1 oleh abah. Itupun abah hantar saya dalam blok sekolah lepas bayar yuran dan terus pergi..tak pernah dia menunggu saya..nak tahu kenapa? Sebab ma dan abah nak menyambut pulak kehadiran pelajar darjah 1 sekolah mereka!! Adik lelaki saya pula masuk darjah 1, masa saya darjah 3. Saya yg bawa dia mendaftar. Sbb ma abah memang tak boleh nk tggu ats tanggungjawab mereka kpd anak didik di sekolah lain. Ye, ingat lagi adik bawak duit yuran dan hilang di sekolah. Ma dan abah percaya saya n adik boleh berdikari. Mereka pun lepaskan tanggungjawab kpd cikgu2 kami. Hari2 seterusnya saya pergi dan balik sekolah sendirian. Kadang2 naik basikal, selalunya jalan kaki. Bila hujun turun waktu malamnya, parit dipenuhi air. Nak melintas, titi kayu dah reput. Ada ketika, terjatuh dlm parit, kasut hanyut dibawa air. Abah hantar? Jarang sangat sbb abah keluar awal pagi lg kerana sekolah ma n abah jauh. Balik sekolah, makanan dh sedia.Ma dh masakkan malam sebelumnya. Saya balik rumah letakkan lauk dalam mangkuk, letakkan dalam rice cooker dan panaskan sekali dgn nasi. Ma abah belum balik lagi. Saya n adik harus cepat kerana kami akan pergi mengaji pulak. Ma tak bagi kami main api.maksudnya makan jelah apa yg ada. Jgn ngengada nak masak. Bila tiba hari penyerahan laporan prestasi, kadang2 abah datang. Kejap je pun sbb selalunya time yg sama, ma abah ada program di sekolah. Hari anugerah? Abah selalu datang tp abah dtg bukanla semata-mata nak tengok anak dia naik pentas, tp memenuhi jemputan sekolah.
Cuti? Cuti sekolah mmg banyak kan.sepatutnya bolehla kami balik kampung, jalan2 tp jarang sgt dpt. Contoh cuti 2mggu pertengahan tahun. Minggu pertama ma abah sibuk dgn kelas tambahan. Kemudian mggu kedua mungkin ma atau abah kena duty masa cuti 2-3 hari. Jd cuti berbaki adala dlm 3-4 hari. Jarang sangat dpt cuti sekolah kami berjalan-jalan.
Bila time nk dkt exam, ma abah pun sibuk buat soalan. Kami pun kena tempiasnya. Nanti dah siap digelek ( skrg riso) kami jugaklah akn dikerah tenaga menyusun dan menstaple kertas2 itu. Tak pulak la kami nak marah sbb ma suruh buat kn..semua sukarela nk membantu. Kemudian bila kami berpindah ke sekolah kampung, tiap2 pagi ma pergi sekolah awal bawa beberapa helai baju, bedak, sikat, cermin ke sekolah. Sebabnya, ma pegi sekolah menyambut anak2 murid dia yg dtg dr ceruk kampung jauh dgn bas dgn pakaian selekeh macam tak dibasuh seminggu. Selalunya mereka ni terlalu ramai siblings sampai mak mereka x sempat nk tengok. Ma akan siapkan budak2 tu pakai baju yg dibawak, bersikat n berbedak. Kami? Siapla sendiri di rumah!!! Nanti waktu akhir sekolah, budak2 tu akan salin semula baju buruk mereka. Saat kesibukan ma abah, mereka masih boleh bersosial dengan masyarakat. Untungnya jadi cikgu, bila nak minta tolong pasti dibantu. Alhamdulillah..
Banyak lagi saya nak cerita tapi cukupla..nampak tak pengorbanan guru tu mendidik anak org lain? Tapi kami yg dirumah ni, alhamdulillah...menjadi jugak sebagai manusia. Hamba kepada al-Khaliq. Tak pernah pun merungut mengenai kehidupan kami. Dan saya sangat menghargai guru-guru saya. Sangat menyanjungi mereka kerana saya tahu pengorbanan mereka. Saya jadi guru kerana permintaan arwah abah dan juga ma kesayangan saya. Ditambah pula dgn minat sedari kecil.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saya tak ingin cerita lagi tugas tanggungjawab guru sekarang yg tak pernah habis. Dari pagi sampai ke malam. Saya fikir kebanyakan rakan guru saya mesti mengalami stress. Mesti mengalami keadaan high blood pressure sebab stress dgn tugas. Saya sedih dan terkilan dipertikaikan. Anda yg nak tahu kesah selanjutnya tentang tugas guru dipertikaikan oleh seorang anak muda yg saya fikir sangat tidak wajar; sila goole Kisah Liyana; Untunglaa jadi cikgu. Banyak dah yg mengulas, minta dia pohon maaf, dia dibidas, dikutuk sampai akhirnya blog n fb sudah deactivate. Walau dia sudah pohon maaf (katanya dalam entry selepas itu; tp saya tak dpt baca kerana blog sudah didelete), namun luka dihati atas tulisan dia itu meninggalkan parut. Saya sebagai seorang guru sangat terkilan kerana dengan mudahnya seorang jurutera muda (umur 24tahun katanya) seperti dia membuat pertikaian sebegitu. Walau apapun sejarah dia dengan guru yg mengajarnya, yg membuatkan dia menulis blog sebegitu, namun dia tak layak nak menghakimi dengan mengatakan tugas guru semudah itu. Semoga selepas peristiwa ini, dia boleh berfikir dengan lebih waras. Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, cakap online fikir2 lah ye..