::Choice in ur hands!!!::

Monday, 3 September 2012

::saya anak cikgu::Jangan hina tugas guru::

Saya lahir dalam keluarga cikgu. Sejak dari dalam kandungan lagi, ma angkut saya pegi sekolah. Abah saya pun cikgu. Jadi anak cikgu ni banyak perkara yang saya kena bertoleransi. Satu perkara yang saya ingat sangat2 terkesan dihati ialah masa saya mula2 jejak kaki masuk darjah 1. Bagaimana korang masuk darjah 1? Siapa yg hantar? Saya mendaftar masuk darjah 1 oleh abah. Itupun abah hantar saya dalam blok sekolah lepas bayar yuran dan terus pergi..tak pernah dia menunggu saya..nak tahu kenapa? Sebab ma dan abah nak menyambut pulak kehadiran pelajar darjah 1 sekolah mereka!! Adik lelaki saya pula masuk darjah 1, masa saya darjah 3. Saya yg bawa dia mendaftar. Sbb ma abah memang tak boleh nk tggu ats tanggungjawab mereka kpd anak didik di sekolah lain. Ye, ingat lagi adik bawak duit yuran dan hilang di sekolah. Ma dan abah percaya saya n adik boleh berdikari. Mereka pun lepaskan tanggungjawab kpd cikgu2 kami. Hari2 seterusnya saya pergi dan balik sekolah sendirian. Kadang2 naik basikal, selalunya jalan kaki. Bila hujun turun waktu malamnya, parit dipenuhi air. Nak melintas, titi kayu dah reput. Ada ketika, terjatuh dlm parit, kasut hanyut dibawa air. Abah hantar? Jarang sangat sbb abah keluar awal pagi lg kerana sekolah ma n abah jauh. Balik sekolah, makanan dh sedia.Ma dh masakkan malam sebelumnya. Saya balik rumah letakkan lauk dalam mangkuk, letakkan dalam rice cooker dan panaskan sekali dgn nasi. Ma abah belum balik lagi. Saya n adik harus cepat kerana kami akan pergi mengaji pulak. Ma tak bagi kami main api.maksudnya makan jelah apa yg ada. Jgn ngengada nak masak. Bila tiba hari penyerahan laporan prestasi, kadang2 abah datang. Kejap je pun sbb selalunya time yg sama, ma abah ada program di sekolah. Hari anugerah? Abah selalu datang tp abah dtg bukanla semata-mata nak tengok anak dia naik pentas, tp memenuhi jemputan sekolah.
Cuti? Cuti sekolah mmg banyak kan.sepatutnya bolehla kami balik kampung, jalan2 tp jarang sgt dpt. Contoh cuti 2mggu pertengahan tahun. Minggu pertama ma abah sibuk dgn kelas tambahan. Kemudian mggu kedua mungkin ma atau abah kena duty masa cuti 2-3 hari. Jd cuti berbaki adala dlm 3-4 hari. Jarang sangat dpt cuti sekolah kami berjalan-jalan.
Bila time nk dkt exam, ma abah pun sibuk buat soalan. Kami pun kena tempiasnya. Nanti dah siap digelek ( skrg riso) kami jugaklah akn dikerah tenaga menyusun dan menstaple kertas2 itu. Tak pulak la kami nak marah sbb ma suruh buat kn..semua sukarela nk membantu. Kemudian bila kami berpindah ke sekolah kampung, tiap2 pagi ma pergi sekolah awal bawa beberapa helai baju, bedak, sikat, cermin ke sekolah. Sebabnya, ma pegi sekolah menyambut anak2 murid dia yg dtg dr ceruk kampung jauh dgn bas dgn pakaian selekeh macam tak dibasuh seminggu. Selalunya mereka ni terlalu ramai siblings sampai mak mereka x sempat nk tengok. Ma akan siapkan budak2 tu pakai baju yg dibawak, bersikat n berbedak. Kami? Siapla sendiri di rumah!!! Nanti waktu akhir sekolah, budak2 tu akan salin semula baju buruk mereka. Saat kesibukan ma abah, mereka masih boleh bersosial dengan masyarakat. Untungnya jadi cikgu, bila nak minta tolong pasti dibantu. Alhamdulillah..
Banyak lagi saya nak cerita tapi cukupla..nampak tak pengorbanan guru tu mendidik anak org lain? Tapi kami yg dirumah ni, alhamdulillah...menjadi jugak sebagai manusia. Hamba kepada al-Khaliq. Tak pernah pun merungut mengenai kehidupan kami. Dan saya sangat menghargai guru-guru saya. Sangat menyanjungi mereka kerana saya tahu pengorbanan mereka. Saya jadi guru kerana permintaan arwah abah dan juga ma kesayangan saya. Ditambah pula dgn minat sedari kecil.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saya tak ingin cerita lagi tugas tanggungjawab guru sekarang yg tak pernah habis. Dari pagi sampai ke malam. Saya fikir kebanyakan rakan guru saya mesti mengalami stress. Mesti mengalami keadaan high blood pressure sebab stress dgn tugas. Saya sedih dan terkilan dipertikaikan. Anda yg nak tahu kesah selanjutnya tentang tugas guru dipertikaikan oleh seorang anak muda yg saya fikir sangat tidak wajar; sila goole Kisah Liyana; Untunglaa jadi cikgu. Banyak dah yg mengulas, minta dia pohon maaf, dia dibidas, dikutuk sampai akhirnya blog n fb sudah deactivate. Walau dia sudah pohon maaf (katanya dalam entry selepas itu; tp saya tak dpt baca kerana blog sudah didelete), namun luka dihati atas tulisan dia itu meninggalkan parut. Saya sebagai seorang guru sangat terkilan kerana dengan mudahnya seorang jurutera muda (umur 24tahun katanya) seperti dia membuat pertikaian sebegitu. Walau apapun sejarah dia dengan guru yg mengajarnya, yg membuatkan dia menulis blog sebegitu, namun dia tak layak nak menghakimi dengan mengatakan tugas guru semudah itu. Semoga selepas peristiwa ini, dia boleh berfikir dengan lebih waras. Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, cakap online fikir2 lah ye..

8 comments:

Runiza said...

Saya juga anak cikgu!! For me, tidak berkat ilmu yang dipelajari kalau tak suka cikgu yang mengajar! Apa lagi lah kalau menghina cikgu... ish ish!

Sabar nya CikCT... jasa baik cikgu2 ni terjamin balasan nya di akhirat nanti... insyaAllah...

Azhariah Zuber said...

tulisan liyana tu harus diperbaiki. tak nafi jadi cikgu untung. tapi dlm masa yg sama cikgu juga ada stress yg tersendiri

Cik CT said...

Duduk la mana2 tmpt pun, takde pekerjaan yg senang..tanggungjawab kita pd pekerjaan kita maka tak layak kita bandingkan pekerjaan kita dgn yg lain unless kita pernah duduk dikerusi itu.:)

Teacher Mazida said...

Tiada pekerjaan yg mudah.. Waima apa pekerjaan sekalipun... jurutera ke cikgu ke... semuanya memaikan peranan masing2 dan ada tanggungjawab tersendiri.. maz pun anak cikgu jugak.. masyarakat kena faham bahawa tugas guru adalah menghasilkan murid yg serba boleh.. murid tu manusia.. mudahkah kerja kita dalam membentuk seseorang manusia..?

Salina@IbuAqil said...

Ina ada terbaca sis blog dia..
Terkejut ler jgk..
Walaupun bkn seorg cikgu atau anak cikgu atau saudara mara keje cikgu..
Tp rasanya keterlaluan kalau kita meletakkan sesuatu kerja tu "mudah & senang" sbb istilah tu x wujud dlm tiap pekerjaan..
Mana ada kerja mudah hatta pengutip sampah sekalipun..

Cik CT said...

Btul sis...hatta surirumah skalipun berat tggjawabnya..:)

azureus said...

Hm...cik iti tau tak, ade jugak beberapa kali aku berbual dgn kawan2 bukan cikgu ni..diorg mcm ada pandangan yg jadi cikgu ni senang. padahal keje mana2 pun susah. kadang2 aku perbetul gak depa, citer pengalaman aku. depa pi keje bukan kena deal masalah tetiber student mengandung ke, ape ke. walaupun aku tak keje skolah, aku still tak suka orang perlekeh keje cikgu.

kalau rasa keje cikgu senang, pegi daftar jadi cikgu ganti bersalin. keje seminggu, tengok tahan ke tak.

and i think u're right about stress among teachers. but i'd like to say something here: cikgu ramai stress, dan bila stress tu hilang aku rasa sebab keje mengajar ni keje mulia. jadi, kalau aku stress, aku slalu memberi pada budak2. tak kisah la beri nasihat ke, beri makan ke, beri masa kita ke...insyaAllah, stress tu akan hilang sikit.

honestly, aku kadang2 kecik ati bila kawan2 aku cakap cikgu ni keje tak seberapa tapi gaji tinggi. hari tu housemate aku tanya. bila aku cakap gaji cikgu ni berapa, baru la dia paham. grade gaji jurutera dengan doctor bukan start dengan 45 ke? cikgu nak dapat 41 sikit punya susah kena tunggu confirm bagai kan?

azureus said...

Hm...cik iti tau tak, ade jugak beberapa kali aku berbual dgn kawan2 bukan cikgu ni..diorg mcm ada pandangan yg jadi cikgu ni senang. padahal keje mana2 pun susah. kadang2 aku perbetul gak depa, citer pengalaman aku. depa pi keje bukan kena deal masalah tetiber student mengandung ke, ape ke. walaupun aku tak keje skolah, aku still tak suka orang perlekeh keje cikgu.

kalau rasa keje cikgu senang, pegi daftar jadi cikgu ganti bersalin. keje seminggu, tengok tahan ke tak.

and i think u're right about stress among teachers. but i'd like to say something here: cikgu ramai stress, dan bila stress tu hilang aku rasa sebab keje mengajar ni keje mulia. jadi, kalau aku stress, aku slalu memberi pada budak2. tak kisah la beri nasihat ke, beri makan ke, beri masa kita ke...insyaAllah, stress tu akan hilang sikit.

honestly, aku kadang2 kecik ati bila kawan2 aku cakap cikgu ni keje tak seberapa tapi gaji tinggi. hari tu housemate aku tanya. bila aku cakap gaji cikgu ni berapa, baru la dia paham. grade gaji jurutera dengan doctor bukan start dengan 45 ke? cikgu nak dapat 41 sikit punya susah kena tunggu confirm bagai kan?