::Choice in ur hands!!!::

Tuesday, 23 October 2012

::Trauma kereta hilang!!::

Trauma kehilangan kereta masih bersisa..sungguh mengejutkan..menakutkan..Allah uji selama 1 jam..ye sejam saja..dan dalam masa sejam tu perasaan bercampur baur..terkilan dah semestinya..ralat...dan macam2 lagi..dahla kereta baruuuu servis..and sebenar2nya sejak ada 2nd car, dah lama sungguh tak naik kereta pertama tu bila berjalan bertiga..almaklum, manual..

Akhirnya, Allah temukan kami kembali dengan kenari merah yg penuh nostalgia tu..Alhamdulillah syukurrrrr... Tapi,, masih trauma!!!!

Friday, 12 October 2012

::pre-school registration::

Since Aqeel will be 4 next year, so we decided to send him to pre-school..in addition, he is requesting mama n papa that he wanted to go to school everyday!!! Every morning when he wakes up, he will ask mama to send him to the school. So, we've registerd Aqeel last Saturday at smart reader. One of the reason is SR got an arabic class..:) Actually, i'm searching for a mandarin class..however, the principal said they are still searching for teachers..Never mind..as long as he can learn new language,it's ok..Mama is excited of course..n nervous too..

Aqeel's first impression, he was so excited on that day!!! He asked papa whether he can learn how to write and the teachers heard.. They brought him to the class n gave him a piece of paper n pencil. He sat on the chair and so excited when the teacher started to write on the whiteboard..:):)

Hopefully the spirit to learn will last until the end of the school..

Thursday, 11 October 2012

::Sorry, i have no respect at all::

Berpoligami memang sunnah Rasulullah tapiiiii kalo hanya mampu berpoligami dan mengumpulkan 4org isteri dalam 1 rumah, sorry, I have no respect at all..
Apakah kebaikan, manfaat, nilai yg nak ditonjolkan. Kasih sayang?! Lepas tu, anak2 yg makin membesar dlm rumah boleh tengok bapak masuk bilik2 'mak' lain2 setiap hari?!

Ok..ada hukum mengatakan harus berpoligami dan tinggal sebumbung. TAPI demi keharmonian rumahtangga seeloknya si suami menyediakan kediaman berasingan kerana antara syarat poligami itu sendiri si suami harus berkemampuan dari segala segi termasuk menyediakan kediaman buat isteri2..

*takde kena mengena dengan hidup aku*


Sunday, 7 October 2012

::Nasi jagung::

Entry khas utk adikku Jazilah yg bakal beraya di perantauan..
Jom kita buat nasi jagung..resepi ni pun dulu google jugak..tq pada noorsha.myresepi dan ainkamal.blogspot yg sudi share resepi nasi jagung best ni..tp cikct dh olah skit2..

3 cawan beras
3 cawan air
1 cawan susu cair

Bahan menumis;
1 biji bawang besar - saiz kecil
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 sb margerin @ butter
1sb serbuk pati ayam
1btg serai

2tongkol jagung


Cara-cara

basuh beras, masukkan air dan susu, ketepikan.
mayang halus bawang besar, bawang putih dan halia.
masukkan margerin @ butter ke dalam kuali dan tumis serai yg diketuk,kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih serta bahan yg dimayang halus tadi hngga kekuningan.
setelah itu, masukkan bahan yang ditumis bersama serbuk pati ayam kedalam periuk nasi
masak nasi seperti biasa. setelah air kering, masukkan jagung dan kacau rata. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

Sedap dimakan dgn ayam masak merah atau masak kicap ke..:)

::Ikan Percik ala Kelantan::

Siapa yg pernah makan ikan or ayam percik Kelantan mesti tau kalernya putih..tak sama dgn yg biasa kita makan tau..ok cikCt nak blog kan resipi ni sebagai ingatan sendiri dan juga sesiapa yg nak cuba. Resepi ni cikCt buat utk 2 kelar ikan tenggiri.

Bahan-bahan;
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 btg serai
1 senduk santan
Garam secukup rasa

Cara-cara;
Blend semua bahan-bahan kecuali santan.
Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan masukkan santan.
Kalau nak pedas, masa kisar tu masukkan lada hitam.
Bila dh pekat, masukkan garam dan tutup api.

Bakar ikan sekejap dan lumurkan kuah percik tadi pada ikan.Kemudian, sambung bakar ikan sampai masak.

Kalau guna ikan kembung/ ayam, kelar la ikan/ayam tu dulu.

Wednesday, 3 October 2012

::anak bapak punya kulit boya::

Musim cuaca hangat ni, malam2 syok ja main air..tapi sungguh tak elok ye, bahaya utk paru2 anda. Nak cerita pasal anak dan papanya..bila tido malam di bilik kami, "ekon" dh pasang tp tak cukup sejuk jugak pasang kipas lagi!! Huhu..yg mama ni jenuh la kesejukan deme selamba je tak berselimut..aiyooo kulit boya ka?
Si kecik yg tak berapa kecik tu pun sejak dr azali lg tak suka selimut. Nak jugak menempel tengah2 mama n pala. Bilik dia tu buat perhiasan jelah..:)