::Choice in ur hands!!!::

Thursday, 28 June 2012

::Letgo baby items; clear bilik::

Harini cikCt dh letgo baby car seat and give away baby bouncer pada kawan yg nak bersalin minggu depan..:) lega la tengok dah clear..hehehe..mission blum accomplished lagi..ada lagi 1 katil baby nak let go..ikea 2 in 1 convertible bes..pastu nak tggu org ambil queen bed kami tu pulak..

Misi utama ialah >>>>
Nak kosongkan bilik tu!!! Nak simpan mainan Aqeel pulak..hihihi...asalnya itu mmg guest room tp takpela..bukan slalu pun guest datang nak tidoq..:)

Orait, minggu ni kita pi duk KL la..2 mggu terperap, sangatttt buring...hehee..

Sunday, 24 June 2012

::stroller mega sale::

Siapa2 yang sedang mencari stroller cubalah jengah dekat sini.

http://www.shoppingnsales.com/2012/06/22/15-june-2-sept-2012-stroller-world-mega-sale/

Ada sale tu!!!

*mode nak clearkan barang2 baby ni sbb baby dah besar*

Friday, 22 June 2012

::Sweet dreams::

Pernah tak anda mimpi dan terasa mimpi itu sangat2 indah??

Sebab tu bila nk tido, org ucap "have a sweet dream" kan...

CikCt penah jugak mimpi yg indah2 ni..bahagia je rasa.. Tp paling tak suka kalo mimpi mengandung ke ada baby ke sbb semua2 tu bila tersedar, huhuhu buat sedih je..

Ada sekali tu cikCt mimpi berada satu kwsan yg sgt cantik, indah sampai kagum la kan..bangun pagi tu ingatan mimpi tu lekat kuat.. Dan paling tak sangka, beberapa hari kemudian tu cikCt dpt tgk tempat yg cantik dan indah tu..REAL!!!!! subhanallah...

Ini dh jadi macam Dejavu pulak kan.. But seriously mmg rasa happy sangat..

Sampai sekarang masih teringat..

*kejadian baru berlaku seminggu yg lepas*
*cuba mengingati perkara2 yg menggembirakan supaya boleh melupakan kesedihan*
*layanperasaansorang*

Thursday, 21 June 2012

::Sedih::

Doa ketika sedih dan berduka cita.

Maksud doa;

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.


Sumber dari http://doaharian.blogspot.com/2007/03/doa-ketika-dukacita-dan-sedih.html?m=1

::Rest sampai raya::

Semalam duk bersembang dgn mr.H, bagitau minggu ni ada program sekolah, awal bulan 7 sukan pulak. Kena bagitau siap2 sbb dpt suami yg suka bg kejutan ni, nnt kalo clash mmg spoil and ruin the program. Mr.H kata ok, nasib baik kita tak pergi mana2..
Sambil kata macam tu pun, sempat lagi dia bagitau Grand Lexis buat promotion sempena Ramadhan sekali dgn buffet Ramadhan..tp cikCt ckp, kang asyik berendam dlm pool, makruh tau..takla murah sangat pun promo GL, masih tetap mahal bg saya.

Nampaknya dari bulan ni sampai puasa, kita rehat je kat rumah menambah ilmu dan amal ibadat.. InsyaAllah, minggu raya tu kita mulakan misi meluaskan pemandangan semula..:):)

Aqeel pun kata, "mama, boleh tak Aqeel nak naik aeroplane, makan2, tido hotel?! Aqeel nak pegi Potdiksen..bolehla mama!!"

Hadoiiii sejak bila nak pi PD nak lena naik aeroplane nak oii..

Tapi tahun ni, PD takdak dlm list lg..Papa, cepat2 slot la kat mana2 bulan..Mama pun rindu angin PD..:):)

Layan gambar2 dari Photobook kedua kami..kalini tema photobook kami ialah Vacation..so, gambar2 trip merata-rata la dalam ni cuma papa malas nak tulis caption.Tak kreatif katanya..Photobook ni mmg berbaloi.Kali kedua kami buat dgn company yg sama guna kupon voucher yg murah itu!! Harga asal dalm RM208..Kami bayar (mrH yg baYar) RM50 je!!!

Wednesday, 20 June 2012

::Shopping $$$::

Sejak last week, hati tu menggeletek nak shopping kasut2,baju2 n macam2 la...tahannnnn....

Tapi, tiap kali pi JJ, mesti pegi section kasut! Now, saya dh jatuh hati sama kasut2 scholl, carlo rino and camel yg saya nampak tu...

Dan jugak handbag2 yg menggoda itu..kenapala awak semua comel2 haaaa...

Waaaaa, demand besar nih..tgh duk usha cardigan jugak..tetiba rasa baju2 scarlet di JJ Rawang tu cantik2 belaka.

Mau beli pants baru jua. Swimming suit baru Aqeel.

Mr.H pun duk usha luggage baru.weee manyaknye mama!!

Yela, bulan dpn dh nak pose..eh, baju raya pun blom pikir lg..rasanye baju raya sederhana jela tahun ni sbb nak beraya di perantauan kali ni insyaAllah...

Pssst: weekend ni abg syg sy janji nak pegi shopping..nak tuntut ni..:))

Tuesday, 19 June 2012

::Botol susu baby::

Ini adalah hobi yg tidak disengajakan sejak mendapat seorang anak.. Boleh tak dipanggil bottles freak! Inipun dah tinggal sebahagian setelah cikCt buat pembersihan. Sebelum org duk sibuk kata pasal BPA free, saya dah ada botol2 MAM..memang guna since Aqeel lahir..masa beli tu haram la tau pasal BPA free ni..bila awak breastfeed n express ebm, mestila kenal dgn semua storage bottles.Time Aqeel yg paling glemer ialah Mom's Little Ones (MLO) n Bumble Bee. Of course BPA free.

Sebab cikCt pakai breastpump Avent, maka botol2 Avent harus la ada dlm rangkaian botol Aqeel. Tp ada 1 je PES bottle yg sy beli sbb selalu Aqeel pakai MAM bottles saje. Nak kata minat sgt dgn Avent tak jugak tp botol Avent ni mmg glemer dlm family saya since tahun 1985 iaitu bila adik bongsu lahir..mama cikCt masih simpan lg botol tu kaler purple skit tp dh lusuh giler..hihihi..mama cikct citer ramai org duk tanya mana dia beli botol made in England ni..sampai saudara dari Singapore pun kagum tengok..padahal mama beli dekat Ipoh Parade je..:)

Tommee Tippee pun penah pakai tp neck terlalu luas tu yg tak berapa gemar. Walopun sy suka wide neck bottles..

Yg lain2 bpa bottles tu ada yg org bagi dan selebihnya mama la beli. Sebab utama ialah cantik!!! Menggoda betul..

Sekarang kita cuma pakai glass bottles..weh, aqeel dh 3 thn bila nak stop! Nnt la saya train..blom skolah lagi biarla dia..

Monday, 18 June 2012

::Bahaya buaian baby::

Tiba- tiba tajuk baby ye.. Hehehe..sebenarnya semalam sembang2 dgn rakan doktor yg datang jauh. Harusla sembang2 macam2 topik kan.14 tahun tak jumpa tu..:)
Anak dia masih kecik. Baru pandai jalan lesen P.

Ok, back pasal buaian. Kebanyakan para ibu moden mmg sgt concern dgn penggunaan buaian kan sbb byk sgt causes n effects dlm artikel2 berkaitan bidang perubatan atau parenting. Tapi cikCt bukan nak sentuh sebab bahaya yg tu.cikCt nk cerita bab BAHAYA bila dah start guna, maka baby dan buai tak boleh berpisah. :)

Sejarah kami mula guna buai utk Aqeel bila Maternity leave mama dah nak habis..ingat lg peristiwa siang hari tu Aqeel susah nak tido, dan mama terus je call papa tengahari tu suruh balik n ajak pi GrandUnion nak beli besi buai dan pacifier..kelakar pun ada..actually, Aqeel ada je bouncer tp tetap susah nk tido..imagine, setiap malam nak bagi tido papa mama kena dodoikan atau kami round naik kereta pukul 1 pagi!! Whoaaaa, papa pegi kerja dgn mata panda setiap pagi.

Dah beli buai terus gantung tengahari tu jugak and Aqeel tido lena!! Tak perlu nak enjut2 beria tp just letak je dan nyanyi2 skit terus lena..hamboi!! So, mama pun bgtau dekat babysitter aqeel tido buai..dia kata takpela, tali dah ade, mama kena antar buai je.

Bila dah start berbuai, haish satu keje plak nk kena angkut kan.satu hari balik kg tanpa buai,(belum ada buai yg portable tu) Aqeel tak tido mala smpai pukul 3 pagi..Opah n atuk pun bangun berjaga sama2 kami..end up, opah gantung tali dekat alang rumah (mujur umah kampung byk alang) opah gantung kain pelekat atok, Aqeel todo lena sampai pagi!

So, lesson learnt. Mama pun survey portable buai. Jumpa la amby hammock dkt internet..asalnya pegi rumah aunti shushu..berkenan dgn buai tisya. Nampak kukuh n cantik design nya.. Kebetulan a chinese lady iklan dkt ebay kata nak jual sbb mak dia dh belikan buai yg sama mcm tu jugak..So, kami dpt la buai amby tu dgn harga yg murah..

Kalo tak silap dkt fabulous mom pun ade dh jual amby hammock ni..

Nnt cikct share gambar buai nye dgn baby tembombom..

Portable hammock ni best sbb siap ade beg..tak susah la nak angkut pun..kami pegi holiday bawak jugak. Aqeel berbuai sampai umur 2 thn lebih je..pastu dah boleh tido bawah..

Bila bagi tido buai, bukan bermakna kita bileh tinggal.Kenala pantau selalu.Tambah2 kalo dah pandai meniarap.Hati-hatila..kalo di rumah pengasuh, cikCt mmg bg kain lubang2 tu takut aqeel meniarap dalam buai. Dan tinggi buai tu tak tinggi pun..dekat rumah bs mmg rendah sgt.Bila masukkan Aqeel dalam, jarak dari lantai dalam 2 jengkal je. :)

Begitula ceritanya...:):):)

2 gambar terawal tu dr website babyhammocks.com.
Item yg kami dpt masa beli, beg, 2 spring, jump-jump, buai ada tilam nipis..
Yg seterusnya gambar budak tembun..:)

::Isnin yg lemau::

Teringat keje yg duk bertambah, makin lemau rasanya..aiyokkk bila la nak tambah semangat ni..Harap2 cepat la siap semua keje2 yg terbengkalai tu..huhu...

Saturday, 9 June 2012

::Tiramisu biscotti yg sangat mudah::

Tiramisu biscotti yg cikCT buat memang sempoi! Ada unsur2 malas sikit tapi sedap! Mom's special request ni..Mula-mula tak tau mana nak cari biskut lady fingers dkt Taiping ni tp alhamdulillah, adik cikCT jumpa dekat kedai jual bahan-bahan buat kek sederet AmBank..(kut org Tepeng cari, cikCT bg landmark siap2)

kalo takde jugak boleh tukar biskut Meri atau kalo anda rajin nnt cikCT share resepi buat biskut ladyfingers nih!! (jgn tanyala nape cikCt x buat sendiri, kan dh mention tahap kemalasan saya pada aras tinggi)

Halal ke? InsyaAllah halal.cikCt tengok bahan2 untuk buat biskut ni egg yolk, white egg, flour n sugar. Anda boleh rujuk wikipedia untuk maklumat asas biskut;

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Ladyfinger_(biscuit)#section_2

Ni resepi yg sempoi!
1.Sepeket biskut lady fingers or known as biskut tiramisu.
2.250g cream cheese
3.2gelas whipping cream (actually cikCt tak measure pun tp sukati la nak masuk byk mana)
4.125g gula (ni pun akak agak2 je bubuh dalam 4sb penuh)
5.Air nescafe O satu mug

Cara-cara;
1.pukul gula, whip cream, cream cheese sampai gebu.
2. Susun biskut td dlm bekas.sprinkle air nescafe ke ats biskut..nak celop pun boleh.
3. Sapukan krim yg gebu td diats biskut.
4.susun semula biskut..dan layer skali lg dgn krim td.
5. Boleh sprinkle dgn serbuk koko atau milo..(sukati la nak letak apa pun)

Sejukkan dalam fridge.
Kalau tak sejuk nanti makan anda akan rasa sangat mual. So, best serve chilled!!!

Selamat mencuba.


Thursday, 7 June 2012

::Pajeri Buah Kedondong @ Buah Ambra::

Siapa suka makan buah ni angkat tangan. Belakang umah ma cik ct ni ada satu pokok je tapi bila tiba musim buahnya MasyaAllah, punyala banyak..

Harini cikCt ada projek dengan buah-buah ni..hehehe...tunggu..tengahari nanti kita update ye.

Ok,ni cikCt update..hasilnya ialah Pajeri Kedondong..

Wednesday, 6 June 2012

::Mangoes::

Mangga, mempelam ke semua sama..tapi yg ni paling best..Harum Manis....sekilo RM12 kalo kat sini.. Tapi memang puas hati..

::Menjala di waktu pagi::

Menjala dgn bonda pagi tadi..Kuahnya, gulai ayam tua. Alhamdulillah, rezeki..

::Nasibla kena himpit::

Keadaan kanak-kanak riang di waktu pagi..haish, macam helikopter pun ada..Akhirnya yg kena mengalah, Mama la jugak..Anak-anak express yg 2 org tu harusla kena kepit jugak..Kalo tak tak lena..

Tuesday, 5 June 2012

::Keretapi Sinaran Utara Rawang ke Taiping::

Semalam buat pertama kalinya cikCt bawak aqeel balik Tepeng naik train..Dari Rawang ni train pagi pukul 9:30..selalunya train ni punctual tapi kadang-kadang nasib tak baik berjam jugak la tunggu..Alhamdulillah smlm cuma lewat 5min..

CikCt duk berdoa dalam hati janganla aqeel buat perangai sbb balik berdua je kan..Segala mainan, buku-buku dah standby takut dia boring..Dia nak main aipon tp cikCt tak bagi sbb karang dibuatnya asyik nk beryoutube little einstein la apa la, habis bateri camno...

Sebelum naik train, Papa Aqeel dh belikan kuih.ada satu kedai dkt stesen komuter rawang ni buat kuih muih mmg sedap..series tak tipu..CikCt makan sejak pregnantkan Aqeel thn 2008 lg..masa tu I mmg regular passenger komuter jd secara langsung jd regular customer makcik tu..sekali beli ngadap 5-6 biji pun tak sedar..Terutamanya kuih keria, popia goreng, cucoq badak..Subhanallah, sedap sungguh..yg cikct perasan dia buat kuih sendiri n skali buat dalam kuantiti sikit-sikit...kiranya kalo dh nak abih tu nnt nampakla dia duk uli tepung tu..Ish, melalut pasal kuih pulak..

Perjalanan dari Rawang ke Tepeng 4 jam je..samala kalo drive pastu stop 2-3 kali dkt R&R utk makan, buang air, salin diapers or singgah Jusco ipoh..hehehe..

Seat pun luas.tempat letak kaki luas lagi dari AirAsia..Kantin, toilet semua ada tapi cikct idakla berjalan2 ke toilet, kantin tu..Takde keje nak ngangkut Aqeel berjalan2 dlm koc tu..Sudahnya cikct ikut sama layan dia main..Sekali sekala online..Ada 3G la..

Dah sampai Sg.Siput Aqeel tido pulak..adoi, satni nak turun camno?! Tak larat la nak dukung 15kilo ni..Kami smpai stesen Taiping lepas 4malam tau..ade 4 tunnel kena lalu sblm sampai Tepeng..:)

Tepat pukul 1.30 ptg kami sampai.Pastu bermula la pencarian taxi! Weh, satu bijik haram takde taxi kt situ..Pasai pa tak tau. Lepas tu, gigihla telefon stesen teksi, tapi dia jawab, di stesen pun takde teksi! Huaaaahuaaa...

Asalnya nak mintak tolong sape2 sedara mara ke nak tolong fetch tapi semuanya tak bleh..Kecik ati akak ni tau..Slalu tolong org susah, time kite susah camnila..That's life.. Abg kata takpela tolong org dpt pahala.memang btol..Tapi kalo dah org tolong macam2, hargailah..Bukan org lain pun!!

dan akhirnya datang satu teksi hantar org ke stesen ketapi, ada satu family abg tu pun menunggu jugak, ajak kami join skali dia..Jadi dalam teksi tu termasuk drebar ada 7 orang..tengok, org yg kite tak kenal boleh plak pelawa nk tolong kita..pakcik teksi tu dh tentu la nk tolong sbb itu keje dia bawak n hantar org..tp abg n akak sefamily tu ajak lagi kami berdua yg dia dh tau bila kami masuk akan sempitla teksi tu.

Akhirnya sampai ke umah mak tok..Bayaran RM14 dr Tepeng ke Changkat Jering..Taktaula mahal ka murah pasal cikCt tak penah naik teksi berzaman dh..

Moral of the story;
Naik train best sebab tak payah pikir tol, minyak kereta.
Simpan semua no tepon teksi.
Usaha sendiri la!!

Sunday, 3 June 2012

::Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka - 4th Wedding Anniversary;;

Sebenarnya ada banyak cerita trip aqeel's family terperam..tak tau bilala mama nak mengarang..okla, citer yg ni sbb yg ni special..:):) sempena wedding anniversary yg ke-4, Papa Aqeel buat surprise. Asalnya dia bgtau nak pegi Muar ada kenduri tp on that saturday, dia ajak pi Melaka dulu. CikCt ni duk tanya2 nak stay mana tapi dia takmau cakap.Kejutan la tu..bila exit je tol Ayer Keroh, cikCt nampak signboard Philea ni tp Mr.H trus je drive straight towards bandar Melaka.Tup tup sampai simpang dia buat u-turn..Dia kata dh terlepas simpang nak masuk. Pastu masuk ke simpang Philea..hehehe...surprise la kan..tengok lobby memang cantik..superb..tapi orang ramai sungguh queue tunggu buggy..nak masuk ke log cabin, kalao malas jalan, ada buggy jemput..Suasana memang best..feeling?! Macam duk dalam hutan ada stream, waterfall..a very unique experience..beautiful view and calmness..

Log cabin dah tentula buat dari kayu..bathroom je yg ada tiles..Kami dapat cabin atas dekat dgn pool..CikCt tak sangka btul ada man-made stream n waterfall yg cantik dkt resort camni. Tapi, resort 5 stars ni bila cikCt compare dgn 5stars yg lain penah kami pegi this one dpt 3stars je kut.. Nak tau sebab apa? Sebab waktu malam nak tido, susah jugakla nak lena..Bising..tak taula apa yg staf mereka buat malam2..asyik dengar buggy duk ulang alik dpn cabin..yg tak syok org sebelah berjalan, melompat pun dengaq..kira tang situ kurang dah tahap keamanan..hehehe.Kalo anda ada anak yg lasak, pilihla royal suite ataupun cabin belah bawah..

Makanan? Kami makan breakfast je kat situ..Cikct rasa ok jela..Nak kata superb sangat tak la..Duk terlioq omellete dkt Royale Chulan ja..ehehe..

Kalau nak dibandingkan Philea dgn Avilion resort n spa Port Dickson dari segi tranquility of nature, peaceful rasanya cikCt vote Avilion la kut..Jgn compare dgn Avilion marina cove plak, yg tu dah lain konsepnya..Sebab duduk tingkat atas walopun wooden chalet, takdela dengar buggy ulang alik atau bising dgn bunyi tapak kaki..Tapi, overall cikCt masih cintakan Grand Lexis water chalet kut..hihi..


Ok layan gambar Aqeel's family..

Friday, 1 June 2012

::It's already 4 years::

30/5/2012 - It's our wedding anniversary!! I already had a conversation bout it with dearly hubby few days before the date..however, on the day itself, I forgot everything. I was busy handling 4 kids at home plus extra class and had to attend a course on that wednesday during this school holiday!!!

Huhuhu..blame on me! I felt so guilty. Surprisingly, on that very beautiful morning, when I got into the car quickly and wet because it was raining cats and dogs, I saw a box of chocolate on driver seat..oh, sooo sweeeeet..yes, he is Pakar in making surprise. Furthermore, ayat-ayat cinta in the small card really touch my heart.:) Do i need to explain more? he is a real poet in my life. Never failed in writing Love letters!

So, tomorrow, he asked me to prepare the bag because we are going somewhere (which is still his secret)..Ok, will update u guys!!