::Choice in ur hands!!!::

Saturday 9 June 2012

::Tiramisu biscotti yg sangat mudah::

Tiramisu biscotti yg cikCT buat memang sempoi! Ada unsur2 malas sikit tapi sedap! Mom's special request ni..Mula-mula tak tau mana nak cari biskut lady fingers dkt Taiping ni tp alhamdulillah, adik cikCT jumpa dekat kedai jual bahan-bahan buat kek sederet AmBank..(kut org Tepeng cari, cikCT bg landmark siap2)

kalo takde jugak boleh tukar biskut Meri atau kalo anda rajin nnt cikCT share resepi buat biskut ladyfingers nih!! (jgn tanyala nape cikCt x buat sendiri, kan dh mention tahap kemalasan saya pada aras tinggi)

Halal ke? InsyaAllah halal.cikCt tengok bahan2 untuk buat biskut ni egg yolk, white egg, flour n sugar. Anda boleh rujuk wikipedia untuk maklumat asas biskut;

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Ladyfinger_(biscuit)#section_2

Ni resepi yg sempoi!
1.Sepeket biskut lady fingers or known as biskut tiramisu.
2.250g cream cheese
3.2gelas whipping cream (actually cikCt tak measure pun tp sukati la nak masuk byk mana)
4.125g gula (ni pun akak agak2 je bubuh dalam 4sb penuh)
5.Air nescafe O satu mug

Cara-cara;
1.pukul gula, whip cream, cream cheese sampai gebu.
2. Susun biskut td dlm bekas.sprinkle air nescafe ke ats biskut..nak celop pun boleh.
3. Sapukan krim yg gebu td diats biskut.
4.susun semula biskut..dan layer skali lg dgn krim td.
5. Boleh sprinkle dgn serbuk koko atau milo..(sukati la nak letak apa pun)

Sejukkan dalam fridge.
Kalau tak sejuk nanti makan anda akan rasa sangat mual. So, best serve chilled!!!

Selamat mencuba.


1 comment:

Myra Jay said...

Resepi dah ada cuma tak tau bila nak buat, sebab belum jumpa lagi biskut tiramisu ni ;)