::Choice in ur hands!!!::

Thursday 9 February 2012

::9 Februari #3::

Tido malam tanpa sedar sakit2 malam itu ialah contraction nak bersalin!!! Of coz la acik tak tau lagipun dah biasa senggugut jadi contraction pun rasa macam sakit2 perut biasa. Bila bangun pagi tengok2 ada blood show. Due date doc bg ialah 3 Mac. Sampai hospital dalam keadaan masih blur sebab pagi2 buta kan, nurse buat ctg . Lepas tu,bagi baju. Boleh pulak cikCt tanya, "err,nurse saya ni nak bersalin dah ke?" Nurse jawab ape...mestilah ye.tapi paling cepat pun maghrib nanti.Amboi,awalnya baby nak kluar dah.

Akhirnya,semua tekaan doc ke nurse ke salah ye sebab Aqeel mau keluar pukul 5.17 pm sebaik sahaja papa pergi solat Asar. Memang tak nyempat2 budak ni tau.
.....….............................,.......................

Sekarang budak ini sudah besar. 3 tahun dah. Sebelum orang cakap dah patut ada adik baik mama jawab dulu. Belum ada rezeki nak beradik. Ada rezeki kami nanti dapatla adik.(err,soalan2 bila nak dapat adik atau nak tambah lagi ialah antara soalan2 yang boleh mengguris hati ibu2 ye.so,beware.)
Semoga Aqeel menjadi anak yang soleh.Sihat tubuh badan,cerdas akal fikiran, menjadi pejuang agama, orang yang disegani kerana kebijaksanaannya(seperti maksud namanya), yang pemurah dan penyayang..aminnn.

5 comments:

amirah said...

happy 3rd birthday aqeel...aqeel baru 3 tahun la mama..tak puas nak manja2 lagi..huhu

Runiza said...

Happy 3rd birthday Aqeel boy! :) Moga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat :)

shareeda said...

happy birthday abg aqeel!! stay smart n cute ya!! =)

eg said...

aqeel jgn lupa mintak transpormers beso yer ngan papa n mama..

Cik CT said...

Auntie eg, parah jgk ada transformers fan ni..kan senang kalo minat ultraman..bleh bli kt psr mlm.huhuuu..