::Choice in ur hands!!!::

Tuesday 14 February 2012

::TTC & Clomid::

My lovely readers, cewah ramai la konon.:)
Semalam doc prescribe clomid kan dkt saya..saya tak mintak tapi doc advice sbb tgk Aqeel dh besar.Dia tanya samada saya ada family planning.No! Saya memang nak baby lagi.

mula makan semalam dan hari ni. Semalam bertungkus lumus jugak la mencari maklumat clomid ni.Especially nak tau side effect. Oh,
maafkanla kejahilan cikct ni. Saya jumpa banyak forum TTC..trying to conceive..Banyakla kes yg masih belum ada anak dan juga kes macam saya. Nak anak no 2 tp blum dapat lagi. Dan seterusnya saya baca la macam2 cara, kaedah dan rawatan yang perlu mereka buat. Rupanya saya tergolong dlm TTC-ian la kan..saya memang nak sangat ada adik Aqeel.. Bukan sebab saya tengok org lain ada 2-3 anak tapi sbb saya dan suami nak aqeel ada kawan.itu je.

Eh,melalut pulak. Nak cerita side effect clomid pd diri saya. Semalam mkn pagi, petang tu sedikit pening tapi masalahnya tak boleh nak lelap mata langsung.Bila dah petang saya nak makan je. Malam masa nak tido tiba2 selsema.
Pagi tadi,saya makan lepas breKfast.Selsema lagi dan tiba2 masa drive blur vision.Tapi boleh memandu cuma terpaksa focus depan betul2. Dan sekarang.... Sakit kepala dan energy level saya going down drastically. Guys, usually saya masih bersemangat sampai pukul 630 tau. Harini sebelum rehat saya dh minta izin students utk duduk.Saya x boleh bdiri lagi..
Ada lagi 3hari utk makan ubat ini. harapnya semua side effect ni sekejap je..
YaAllah, kalau ini harga pengorbanannya saya redha. maybe Allah nak uji sebab nak bagi sesuatu yg lebih bernilai kepada kami.:)

2 comments:

azhariahzuber said...

doa untuk awak

UmmuAisyah said...

mg terus tabah n kuat my dear, sis