::Choice in ur hands!!!::

Sunday 4 December 2011

::Borneo Trip Part #2::


Lunch at Raffie Cafe, Sibu

Mohon perkenan, cikCt nk cut short je semua cerita..;)

Sibu-Miri-Bandar Seri Begawan

Usai majlis kenduri pada hari Ahad 27 Nov 2011,(selesai bergambar,solat,makan buat kali kedua) kami pun bergegaslah ke Sibu Airport. Beg2 mmg dh ready dlm van..


14 org punya beg.Tupun ada lg luggage yg tak masuk ni..


Flight kami ke Miri pukul 6.30pm..Dah maghrib la tu kan..flight Mr.Papa plak ke Kl delay pukul 6.25pm. Jadi kami boarding sama2..masa menunggu ni la yg mencabar sekali lagi. Kanak2 kecik sumer dh meragam.. They got really cranky..terutamanya Little Aqeel yg dh keboringan..Masa ni berdoala semoga cepatla masa berlalu..tak larat tunggu..dahla airport Sibu ni kecik dan huh, kepanasan...

Kami ke Miri dgn flight MasWings..Masuk je flight dpt minum fresh orange huh lega...Dlm flight tu tak ramai org pun..Ada dalam 2 family je kut.:) Sampai Miri Airport kami pun terus ambil beg. Jalan macam nak tercabut dh kaki. Aqeel plak tertido makanya Acu la dukung dia..Stroller plak masa nak naik flight Sibu dh masuk baggage sekali sbbnya dari departure gate kami kena turun tangga..So, takkan nak usung stroller turun tangga yg agak tinggi la jugak..

Lagi satu kami bergegas sebab nak kejar masa. Pos imigresen dkt Sg.Tujoh tu tutup pukul 10mlm..Jadi, kami takmau la bermalam di Miri. Dkt balai ketibaan kami disambut oleh Pak Ngah n Mak Ngah aka cousin Ma cikCt. Dia pun dh ready dgn form pas masuk ke Brunei.kami pun cepat2 isi.

Dari Miri ke Bandar Seri Begawan ambil masa 2jam tapi oleh kerana kami tiba hari Ahad, org Brunei ramai yg keluar shopping ke Miri..Jadi, malam tu que dr nak ke pos imigresen adalah sangatttt panjang...berpeluh kami tunggu dalam kereta yg berekon..lebih kurang sejam lebih jugakla nak melepasi kedua-dua pos sg.Tujuh,Miri dan Sg.Tujoh, Kuala Belait..huhuu...

Sampai di Bandar Seri Begawan dah dekat pukul 12. Ngantuk sangat2. Dalam kereta tak bleh tido mengenangkan Pak Supir yg drive kitorang tu nmpk mcm ngantuk aje drive dlm ujan lebat..Risau makcik..Family Pak Ngah sambut kami ramai2..terharu plak sbb cikCt tak penah jumpa..Ma plak dh tak jumpe dkt 32 thn..

Rumah Pak Ngah ni terletak di Berakas daerah Brunei Muara. Macam mana bentuk rumah mereka?? Macam Astana..Kagum tengok sbb semua rumah besar2 belaka. Negara yang kaya raya la katakan..Mereka sangat peramah dan mesra..Sepanjang kami berada di sana selama 4hari 3mlm, setiap hari pasti ada aktiviti. Yang paling cikCt igt ialah kami ke Royal Regalia..Muzium Diraja. Disana kami sempat shopping banyak souvenir..

Kami juga berpeluang melawat masjid2 tersergam indah di Brunei, berkelah dan shopping lagi..:) Sepanjang berada di sana, Pak Ngah n family buat gathering tiap2 hari.Mereka sangat baik hati tau..

Hari terakhir kami bertolak ke Miri pukul 10pg. Singgah di Lumut,Kuala Belait sblm trus ke Miri Airport. Kami pulang dgn pesawat AirAsia plak. Overall, percutian kali ni sangat menyeronokkan, meletihkan dan macam2 lagi. Bila pergi beramai-ramai macam2 ragam la kan..Apapun misi trip kami menziarah sanak saudara sudahpun terlaksana..:) Alhamdulillah...

Recap perjalanan kami selama 6 hari 5 malam:

2 destinasi; Sibu & Brunei
3 airlines; FireFly, MasWings, AirAsia
4 airport; KLIA, Sibu, Miri, LCCT
1 road trip; Miri to Brunei

Mmg mcm amzing race kan..Ini belum cikCt cerita part kanak2 riang ni semua sakit dan pakat2 nak melawat hospital pulak..Aqeel plak smpai merasa la pi klinik kt Brunei..

Apakah part yg paling best dlm trip ini???

Free accommodation.
Free car rental.
Food sponsored.

Thanks for all the families..:)

No comments: