::Choice in ur hands!!!::

Monday 12 December 2011

::Kota Bharu,Kelantan::

Alhamdulillah, trip kami ke KB bejalan lancar. Hujan sekejap2 dgn angin kencang sekali sekala tidak mengganggu perjalanan. Jom review ke mana destinasi kami. Sayangnya gambar tak banyak sgt sbb ank manja byk meragam.

Malam sblm ke sana,kami tidur di Salak Tinggi umah abg cikCt. Jadi bolehla lambat sikit kluar ke airport.Dalam pukul 430 br kluar.kalo dr Rawang mau pukul 3pg dh kna kluar.

Berlepas dari LCCT dgn AirAsia tepat pukul 630 am.Berdebar jgk makcik sbb masa last call for boarding papa tak kluar2 dr surau.haishhhh.Kami tiba 15 minit awal dr jangkaan. Sampai je dkt Sultan Ismail Airport,turun flight kna lak tggu stroller. Lambat la pulak.Aqeel tido. Mama mmg surrender nk dukung dia ms tido ni.

Kemudian, tunggu plak kereta sewa. Papa sewa dari Hertz. Last time kami guna service Hertz masa dkt Kuching. Utk trip kalini, harga sewa kereta utk 3 hari RM229 + insurans. Destinasi pertama kami, cari breakfast yg best. Kat mana? Hentam sajalah. Hehe. Papa drive dr KB menuju ke Pengkalan Kubur. Jadi, kami pun carila mana2 kedai. Sebaik shaja turun dari flyover yg sblhnya nampak Ta Ya Sin Kaf Wau, lps roundabout,kami jumpa satu kedai makan di Wakaf Bharu yg ramai sungguh org. Apalagi trus stop by la. Menu yg ada pagi tu nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, pulit dgn sate dan mcm2 kuih tradisional.Mmg tak menghampakan. semuanya sedapppp.!!!Puas hati la kiranya.Papa kata repeat makan kt sini lg.


Then,dh kenyang kami trus ke Tumpat rumah kawan sekerja cikCt. sama mengajar di Batang Kali n asben dia plak sekilang dgn papa.(sepejabat lain tau tp deme sekilang).:) Kami dijamu minum dulu sblm ke Pengkalan Kubur. Sampai kt sana trus la shopping. yg plg susah n cerewet skali bwk Aqeel Haziq yg suka shopping ni. Dahla jenuh kami mencari baju transformers dia. Yg penjual2 plak bila kite tya baju transformers ade tak,depa bantai tunjuk baju ultraman dgn Ben10, mau xngamuk hero nih. Apa barang ultraman.Akhirnya,papa jumpe baju transformers dia.last stok plak tu.Lalu papa belila 2 pasang dgn hrga yg murah!! Mama plak shopping sudu2.Ikutkan hati makcik nk je grab casserole bagai tp xpela,sabarrrr. Itupun hampir2 kena tax custom.

Tumpat-Pengkalan Kubur-Bunohan

Habis bershopping,balik semula ke rumah kwn mama kt Tumpat tu then papa pegi solat Jumaat. Lunch haritu ditaja oleh K.hawa sefamily. Ayam percik, ikan kering, sayur campur. sedapp. Ayam percik Pantai Timur ni mmg special. Bertambah2 kami mkn.Kemudian,kami ziarah bapa mertua k.hawa di Bunohan. haa,tgk nama tempat.ngeri kan. tp bila org Kelantan sebut takle ngeri sangat. Yer jd 'Bunohe".Then,trus kami ke KB utk check in. Hotel pilihan kalini semestinya hotel bajet Tune Hotels.com. Ramai yg tanya mama,ok x hotel ni. So far, okla kalo tujuan asal nk travel ini ialah nak pi melawat byk tempat dan duduk kat hotel cuma utk rehat,mandi dan tido. Next time kite review psl hotel ok. Dan yg plg penting sblh hotel ni KB Mall. Tak cukup baju ke tertinggal berus gigi ke bolehla pi shopping.


Ok,nnt kite sambung cerita hari kedua plak.





posted from Bloggeroid

9 comments:

Umialya said...

Rambang mata bila ader kat sana

Cik CT said...

umialya-series rasa nk repeat shopping kt situ tp memikirkan naik flight maleh nk mengangkit byk2.huhuhu.xpe,de rezeki pi lg.

Mama Gee said...

dah lama tak jejak kaki ke kelantan...dulu2..setiap tahun mesti sopping kat ...........adess lupa plak namanyaa...ada 2 tempat yg femes supping kt kelantan tu pangkalan kubur dgn.........hik2...
naik kereta leh borong sampai penoh bonet....tp sakit pinggan duduk lelama heehe

Salina@IbuAqil said...

Bestnya jenjalan.. ;)

Cik CT said...

Mama Gee - satu lagi tempat ialah Rantau Panjang..Tulah,naik keta boleh la shopping byk tp memikirkan prjalanan 8 jam plak..adeh,patah pinggang kalo dgn bdk kecik yg asyik meragam je nih.

Cik CT said...

IbuAqil- jalan2 menambah pengetahuan,...

kurus said...

uishhh kelantan negeri pilihan utk jln2 lahhh seronokkk

misz moja said...

Saya duduk Kelantan pon sangat amat susah untuk ke Pengkalan Kubor..heheh

Cik CT said...

ieda - few ppl terkejut bila kami kata nk jln2 dkt KB..sbb ada apa kt KB??but we enjoyed the food so much..

misz moja- biasala org luar yg excited nk ke Pgkln Kubor ni..:) duty free kan..